Encik Park tersenyum melihat gelagat mereka dua itu sedangkan Jimin membuat muka menyampah terhadap Jin dan V.
"Uhm itu anak seonsaengnim ke?" Tanya V.
"Ye. Namanya Jimin." Encik Park memperkenalkan anaknya kepada V dan Jin sambil tangannya ditunjukkan ke arah Jimin.
"Aku Kim Taehyung tapi sini panggil aku V." V perkenalkan dirinya serta Jin.
"Aku Kim Seokjin. Panggil aku Jin. Aku dengan V teman sebilik."
V dan Jin menghulurkan tanda salam.
"Aku Jimin."
Jimin tidak menghulurkan tangannya untuk salam sebaliknya pergi dari tempat itu.
V dan Jin pandang antara satu sama lain. Tiba-tiba tangan mereka berdua disalam oleh Encik Park.
"Maafkan Jimin ye. Jimin memang macam tu." Encik Park memohon maaf atas kesalahan Jimin.
"Hah? Tak pe. Budak baru, memang macam tu." Kata Jin.
"Cikgu nak kamu berdua berkawan dengan Jimin ye walaupun perangai dia begitu." Minta Encik Park.
"Boleh!" Jawab V dan Jin serentak.
Sebelum Encik Park beredar, Encik Park sempat melemparkan senyuman kepada V dan Jin.
V dan Jin membalas sambil menundukkan badannya.
"Sombong!" Kata V.
"Siapa?" Soal Jin.
"Budak baru tu la apa namanya Jimin." V geram dengan sikap Jimin yang sombong itu tadi.
"Biarlah. Kan kita dah janji yang kita nak berkawan dengan dia." Jin berkata perlahan.
"Kawan apa macam tu. Buat sakit hati adalah."
"Apapun kita tengok perangai Jimin sehari dua, mungkin elok. Yela dia kan budak baru dalam sekolah ni, memanglah sombong. Mungkin dia perlukan kawan." Jin menyakinkan V.
Fikiran Jin lebih matang dan sentiasa berfikiran positif berbanding V yang sentiasa meluru dalam sesuatu perkara.
"Yela. Kita tengok." Balas V malas.
------
Encik Park mencari Jimin selepas Jimin pergi bergitu sahaja meninggalkan Encik Park di situ.
Encik Park melihat sekeliling. Matanya memandang Jimin yang sedang duduk di sebelah mesin air peruncitan automatik sambil minum air cola.
"Bagus sangatlah perangai macam tu." Kata Encik Park sambil merampas air cola yang diminum oleh Jimin.
"Appa?!" Jerit Jimin.
"Tak boleh ke Jimin jaga sikap tu. Tak kan lah dekat sini pun nak malukan appa."
"Hish Jimin menyampahlah dengan sikap mereka berdua tu. Mengada-ngada!" Jimin berpeluk tubuh.
"Biarlah. Appa dah masak dengan perangai mereka berdua tu. Bukan mereka berdua je, satu sekolah appa dah masak dengan perangai anak-anak murid appa."
Jimin menjeling.
"Appa back up mereka daripada anak sendiri. Huh?" Keningnya diangkat.
"Appa bukan back up. Appa cuma.."
"Cuma apa? Dah lah. Tunjuk bilik Jimin cepat." Marah Jimin sambil merampas air cola dari tangan Encik Park.
Encik Park hanya mampu menggeleng sikap anaknya itu. Mahu sahaja dimarah tapi bersabar. Selagi boleh bersabar, bersabarlah. Kalau memarahinya bukan boleh mengubah sikap anaknya itu.
"Tu bilik Jimin." Encik Park menunjuk bilik Jimin dibelakangnya.
Jimin memandang belakang.
"Ini bilik Jimin?" Tanya Jimin kepastian.
Encik Park mengganguk.
Jimin memulas tombol pintu biliknya. Dia memandang sekeliling biliknya.
"Cantik!" Puji Jimin.
Tubuhnya menghempas katil itu. Pandangannya ke atas.
"Eh jap?" Jimin ingin berkata sesuatu.
"Kenapa? Tak suka?" Soal Encik Park.
"Bukan. Atas ni katil siapa?" Tanya Jimin pelik sambil jarinya tunjuk ke arah katil di atas.
"Ouhhh atas tu. Katil tu--" Kata Encik Park dipotong.
"Omma tak bagitahu appa ke yang Jimin mahukan bilik sendiri tanpa teman sebilik."
"Haishh. Dah bagitahu." Balas Encik Park.
"Dah tu?" Bahunya diangkat.
"Boleh tak jangan potong bila appa tengah cakap." Suara Encik Park mula kedengaran marah.
"Boleh." Jawab Jimin.
"Omma da bagi tahu da dekat appa. Katil atas tu tiada siapa yang punya. Kosong." Terang Encik Park.
"Jadi kenapa ada dekat sini?" Soalnya lagi.
"Jimin ingat ni hotel boleh tempah satu katil dekat sini. Ni asrama lah. Mana ada satu katil. Satu bilik dua katil maksudnya dua penghuni. Tapi disebabkan permintaan Jimin yang tidak mahu teman sebilik, appa tunaikan."
"Okay jadi katil atas ni kosong? Jimin sendiri?"
"Ya. Sendiri." Kata Encik Park.
Jimin mengukir senyuman tanda gembira.
"Haha yahoo!" Jerit Jimin.
"Ouh ye? Uniform Jimin dalam almari. Jangan lupa pakai. Lepas ni tiada alasan dah."
Encik Park menunjukan baju uniform sekolahnya di dalam almari.
"Baik appa." Jawab Jimin.
"Appa daftarkan Jimin dalam lompat tinggi dan kelas tarian."
"Serius?!"
"Ye serius. Tapi petang bukan pagi. Pagi Jimin ada kelas."
Jimin mengangguk tanda faham.
"Jadi pergilah."
Jimin mengerutkan dahinya.
"Pergi mana?" Tanya Jimin pelik.
"Pergi berkenalan dengan kawan-kawan." Balas Encik Park.
Jimin membaringkan dirinya di atas katil.
"Malas. Jimin nak tidur." Kata Jimin kepada appanya yang sudah tertutup rapat matanya tanda ingin tidur sambil memeluk erat bantal di situ.
"Suka hati Jimin lah. Malas layan perangai Jimin yang tak sudah ni."
Sebelum Encik Park meninggalkan Jimin, Encik Park sempat meletakkan kunci bilik itu di atas meja.
Pintu bilik ditutup rapat.
Jimin perlahan-lahan membuka matanya. Takut Encik Park masih berada di situ lagi. Pandangannya beralih ke pintu itu. Tertutup rapat.
Jimin menghela nafas lega.
Bersambung...
YOU ARE READING
I Hate Him! I'm Not Gay!
FanfictionJimin sangat membenci semua lelaki di sekolah lamanya kecuali perempuan. Jimin membenci lelaki kerana sekiranya dia rapat dengan seseorang lelaki dia akan menganggap dirinya gay. Kerana itulah membuatkan Jimin seorang yang kaki perempuan dan dia jug...