Part 6

5.1K 325 193
                                    

Sedang Jimin melihat sekeliling kelas itu, tiba-tiba matanya terlihat seseorang di dalam kelas itu.

"Dia lagi." Bisik Jimin.

Jimin berjalan masuk sambil memandang Jungkook.

Jungkook hanya menjelingnya.

"Jimin, perkenalkan diri." Arah Encik Park.

"Aku Park Jimin." Jawabnya bersahaja.

Jungkook tergelak lalu dia mengangkat tangan.

Encik Park yang terlihat Jungkook mengangkat tangan segera mengangguk.

"Cikgu, patut ke dia berada dalam kelas ni? Macam tak sesuai je dengan kami. Dia kan benci lelaki. Kenapa cikgu tak hantar sahaja sekolah perempuan, kan senang. Boleh dia 'main' dengan anak dara orang." Tanya Jungkook pedas sambil keningnya diangkat.

Rakan-rakannya lain juga turut ketawa. V yang berada di sebelah Jungkook menyentuh bahu Jungkook lalu menunjukkan tapak tangannya untuk hi-5. Jungkook membalas hi-5 rakannya itu.

Jimin mengenggam kedua-dua tangannya. Kakinya ingin pergi ke arah Jungkook kerana lelaki itu telah membuat Jimin panas terhadapnya tetapi sempat ditahan oleh Encik Park.

Jimin memandang ayahnya.

"Appa?" Panggil Jimin perlahan.

"Sabar." Kata Encik Park perlahan.

"Appa boleh kata sabar?! Appa dengar tak apa budak mentah tu kata. Appa boleh suruh Jimin bersabar lagi."

Encik Park tidak melayan apa yang Jimin katakan.

"Baiklah Jimin, Jimin boleh duduk di belakang Jungkook." Kata Encik Park.

Jimin membawa dirinya malas. Sesampainya di tempat Jungkook, dia memandang Jungkook lalu membongkokkan badannya.

"Kau tunggu." Kata Jimin perlahan sambil membetulkan rambut Jungkook.

Jungkook menepis tangan Jimin yang menyentuh rambutnya.

Dia berdiri semula lalu melemparkan senyuman palsu kepada rakan sekelasnya.

Jimin menarik kerusi. Dia melabuhkan punggungnya. Dia memandang rakan semejanya yang sedang tidur.

"Ini kan mamat gummysmile semalam? Sedap je kau tidur." Kata Jimin.

Jimin membuka bukunya lalu dia menghentakkan tangannya kuat di atas meja untuk mengejutkan Suga.

"Ye cikgu!" Suga menjawab pantas.

Semua murid di dalam kelas itu memandang Yoongi atau lebih dikenali sebagai Suga.

Suga memandang sekeliling. Tiada guru di dalam kelas itu.

Jimin yang berada di sebelah Suga itu sudah mula senyum sinis.

"Padan muka!" Bisik Jimin.

"Suga hyung, kenapa ni?" Tanya Rap Mon.

Suga mengelengkan kepalanya. Dia memandang sebelah.

"Kau?" Suga terkejut melihat rakan semejanya.

"Ye aku. Kenapa, tak suka aku duduk dekat sini? Aku pun tak ingin nak duduk sini."

Suga hanya menjeling. Kerusinya diseret ke tempat Rap Mon lalu kepalanya diletakkan di atas meja sambil berbantalkan lengan untuk tidur.

"Suga hyung, boleh tak jangan tidur." Kata Rap Mon.

"Argh biarlah." Balas Suga.

.................................

Loceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat. Mereka semua telah beredar ke bilik mereka masing-masing. Jungkook berseorangan di dalam kelas itu kerana ingin menyiapkan kerja sekolah tambahan yang diberikan oleh guru sebagai dendanya kerana gagal dalam ujian baru-baru ini.

Setelah beberapa minit dia buat, kerja sekolahnya sudah pun siap sepenuhnya.

"Siap akhirnya." Jungkook meletakkan pen dan melakukan regangan pada jari-jemarinya.

Dia mengemaskan barang-barang dan masukkan ke dalam beg lalu berjalan ke arah pintu sambil memegang sehelai kertas kerjanya untuk dihantarkan kepada cikgu.

Jimin masuk secara tiba-tiba menyebabkan Jungkook memberhentikan langkahnya.

Jungkook memandang Jimin yang berada dihadapannya.

"Ketepi." Halau Jungkook.

Jimin masih dengan posisinya dan tidak mengendahkan apa yang Jungkook katakan.

Jungkook mengetap giginya. Dia terus berjalan ke arah pintu dimana Jimin menghalang jalannya.

Jimin pantas menolak dada Jungkook menyebabkan beg disandang oleh Jungkook terjatuh. Dia menutup pintu kelas itu.

"Kau nak ape?" Tanya Jungkook.

"Nak apa? Hah." Jawab Jimin sinis.

"Kau buat lupa ke?" Tanya Jimin yang mengingatkan kembali apa yang telah Jungkook buat padanya di kelas pagi tadi.

Jungkook mengelengkan kepala. Jimin pantas menarik tali lehernya. Badan Jungkook ke hadapan.

Tiba-tiba V masuk ke kelas untuk melihat keadaan Jungkook tetapi tak disangka dia melihat Jimin ingin memukulnya. Dia pantas pergi ke arah mereka.

"Chill la bruh. Kita bincang." Kata V tenang sambil tangannya memegang tangan Jimin untuk melepaskan tali leher Jungkook.

"Kau ni kenapa, ini hal aku dengan dia. Kau tak berhak masuk campur!" Tengking Jimin.

"Wo! Aku kawan dia. Ada masalah? Suka hati aku lah nak masuk campur ke tidak. Yang kau ni, tang mentang anak pengetua jangan nak besar kepala dekat sini. Sedar sikit diri kau tu siapa." Balas V.

Jimin yang mendengar setiap perkataan daripada mulut V sudah membuatkan dia tidak terkawal. Dia mengenggam kedua-dua tangannya.

"Hyung, sudahlah. Biarkanlah dia ni. Dia ni ada penyakit sikit. Tak payah layan dia." Selit Jungkook sambil tangannya menarik lengan V untuk keluar daripada sini tetapi sempat ditahan oleh Jimin.

"Hah! Penyakit?" Jawab Jimin sinis.

Jimin memandang sehelai kertas yang dipegang oleh Jungkook lalu diambil pantas dan mengoyakkan secara perlahan dihadapan mereka berdua. Jungkook terkejut.

Kertas yang dikoyak bertaburan di atas lantai.

"Inilah penyakit aku." Kata Jimin sambil menunjukkan kertas yang bertaburan itu.

Kakinya pergi meninggalkan mereka berdua yang terpana di dalam kelas.

Jungkook geram apabila melihat kerja yang dibuatnya habis lenyap begitu sahaja. Seolah-olah kerja yang dibuat di dalam kelas ini tiada faedah baginya.

Dengan pantas, Jungkook mengejar Jimin di kaki lima. V turut menyusul.

Tangannya laju menangkap beg Jimin lalu menumbuknya kuat tepat pada wajahnya. Orang ramai yang berada di situ mula berhenti dan melihat aksi tersebut.

"Apa yang kau buat ni hah?! Aku ni penat-penat siapkan kerja sekolah, kau pulak hancurkan macam tu je!" Marah Jungkook.

Jimin bangun sambil mengesat darah yang keluar lalu dia membalas tumbukan kepada Jungkook.

"Sudahlah tu. Berhenti. Nanti pengetua nampak." Kata V risau tetapi mereka tidak mengendahkan kata-kata V.

"Memang patut pun aku buat macam tu. Kalau tak kau akan hina aku." Sambung Jimin.

Jungkook mengenggam tangannya lalu memegang kolar Jimin dan dihentakkan pada loker. Jungkook bersedia untuk menumbuknya tetapi terhenti.

"Jimin! Jungkook! Berhenti!" Jerit Encik Park dari jauh.

Bersambung...



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Hate Him! I'm Not Gay!Where stories live. Discover now