Part 5

4.1K 283 58
                                    

Jimin menghela nafas lega.

Jimin bangun daripada katilnya. Kemudian, dia mengambil kunci biliknya yang ditinggalkan oleh Encik Park.

Dia terus ke pintu untuk keluar. Justeru itu, dia mengunci semula pintu itu. Kunci itu disimpan di dalam poket seluarnya.

Jimin berjalan keluar untuk melihat sekeliling kawasan sekolah itu sambil kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poketnya.

Semasa dia tengah berjalan, tiba-tiba dia terlihat dua orang lelaki sedang bermain bola keranjang. Seorang berkulit putih dan lagi seorang bertubuh tegap serta tinggi. Jadi Jimin membawa dirinya ke gelanggang bola keranjang.

Tepat kakinya jejak di gelanggang, bola itu datang bergolek secara tiba-tiba ke arah Jimin. Jimin menunduk ke bawah lalu dia mengambil bola keranjang itu.

"Baling bola tu!" Jerit lelaki berkulit putih sambil menyeka peluhnya.

Jimin membaling bola itu ke arah lelaki itu. Lelaki itu menyambut bola itu lalu dia berjalan perlahan ke arah Jimin.

"Nak ikut hyung tak kenal dengan budak baru tu?" Tanya lelaki berkulit putih itu kepada kawannya.

"Budak sombong tu? Pergilah. Nak ikat tali kasut dulu." Balas kawannya.

"Sombong?" Soalnya pelik.

-------

"Kau budak baru tu kan?" Soal lelaki berkulit putih itu.

"Ye aku." Jawab Jimin bersahaja.

"Perkenalkan nama aku Min Yoongi. Orang sini panggil aku Suga."

Suga memperkenalkan dirinya menunjukkan gummysmilenya sambil tangan menghulur keluar tanda salam.

"Hahaha patutlah orang panggil Suga, senyuman pun dah manis macam gula." Kata Jimin seolah-olah berbisik.

"Hah ape?" Soal Suga kerana terdengar ape yang Jimin bisikan itu. Tangannya masih setia menunggu huluran Jimin.

"Tak ada ape." Pantas Jimin membalas.

"Aku Jimin." Dia menghulurkan tangannya keluar untuk membalas salam lelaki itu.

"Nak main?" Tanya Suga sambil menunjukkan bola di tangannya.

"Em bo--" Kata-kata Jimin dipotong.

"Tak payah hyung. Dia ni akan menolak." Selit lelaki yang bertubuh tegap itu.

Jimin memandangnya tajam.

"Betullah kan apa yang aku kata ni. Kau kan budak sombong." Katanya sambil keningnya diangkat.

Jimin mengenggam kedua-dua tangannya lalu pantas menarik kolar bajunya.

"Apa masalah kau ni?! Aku tak kacau pun hidup kau yang kau nk kacau hidup aku ni kenapa!" Tengking Jimin.

Kerana bengangnya yang tidak terkawal itu, dia terus menumbuk muka lelaki itu dengan kuat berkali-kali.

"Jungkook!" Jerit Suga.

Suga membaling bola itu ke bawah dan berlari terus ke arah Jimin lalu menolaknya supaya berhenti memukul atau menumbuk Jungkook.

"Hah? Namanya Jungkook. Dasar budak mentah!" Sinis Jimin.

Jungkook menjelingnya.

"Kau?!" Jungkook meluru ke arah Jimin dan bersedia untuk menumbuknya tetapi sempat dihalang oleh Suga.

"Sudah berhenti!" Jerit Suga.

Pelajar-pelajar di sekolah itu sudah mula memenuhi tempat itu.

"Aku ingatkan orang-orang dekat sini baik-baik tapi semua perangai macam anjing. Ini yang bapak aku kata tempat yang berdisiplin. Tempat sampah adalah!" Kata Jimin pedas.

I Hate Him! I'm Not Gay!Where stories live. Discover now