Kim Junri, Nugu(siapa)?

1.7K 169 1
                                    

Sekilas lalu, Jeonghan teringat akan Kim Junri, adik kepada Suho.

Saat gembira bersama Junri dia ingat sampai sekarang. Tetapi satu trajedi berlaku ketika Jeonghan bersama Junri menyebabkan dia tidak tertarik kepada wanita.

Dia tidak mahu trajedi itu terjadi kepada sesiapa lagi. Trajedi ini hanya diketahui oleh Seung Cheol(S.Coups) dan Una nuna sahaja.

Ketika ini, Jeonghan berada dalam wad dan tidak sedarkan diri. Dia perlukan seorang penderma untuk mata kirinya.

"Unnie, Junri dah nekad. Junri nak derma mata untuk Jeonghan oppa. Tapi unnie jangan cakap Suho oppa,tau. Kalau ada peluang Junri hidup, Junri yang bagitau Suho oppa."

"Jangan Junri. Unnie tak nak. Biar Jeonghan dibedah. Unnie sanggup bayar. Unnie tak sanggup hilang Junri. Lagipun, Jeonghan mesti tak setuju. Tolong, Junri."

"Biar unnie. Ini je yang mampu...."

"Siapa penderma untuk Yoon Jeonghan?" Kata Doktor

"Saya, doktor"

"Bukan dia!"

"Unnie takpelah, ni je pengorbanan yang mampu Junri buat untuk oppa"

"Tapi...."

"Unnie.... takpe.."

Suho dengan segera pulang ke Korea setelah mendapat tahu adiknya meninggal dunia.

"Una,kenapa ni? Apa dah jadi pada Junri? Kenapa... mata?"

"Suho sebenarnya Junri derma mata dia pada Jeonghan tapi dia meninggal selepas dibedah. Doktor dah beri nasihat, pembedahan ni akan menyebabkan kematian tapi dia nak teruskan."

"Tapi kenapa?? Kenapa budak tu?"

"Dia kata ni saja pengorbanan yang dia mampu buat untuk balas perbuatan Jeonghan. Jeonghan baik sangat dengan dia. Jadi..."

"Junri.... kenapa sampai macam ni? Nuna saya tak terima budak tu ambil mata adik saya.. Saya tak terima."

"Suho! Suho!" Laung Una.

Suho terus ke wad yang Jeonghan duduki dalam keadaan marah.

"Apa yang adik aku suka sangat pasal kau sampai dia nak derma mata dia?"
Marah Suho di dalam hati.

Suho pasrah di hadapan keluarga semasa perkembumian adiknya. Tetapi perit di hati kembali selepas Jeonghan balik ke rumah Una selepas sembuh.

Suho tidak sekali pandang muka Jeonghan selepas memikirkan kematian adiknya.

Jeonghan masih terasa dirinya tersisih di dalam keluarga tersebut. Walaupun orang masih menanyakan keberadaannya, dia hanya pergi ke tiga tmpt sahaja. Taman,bilik dan kubur Kim Junri.

Dia kecewa dengan keputusan Kim Junri. Junri tidak perlu mengorbankan dirinya untuk dia.

Jika dia dilihat oleh orang yang jarang melihatnya, karakter dan personalitinya serupa dengan hantu kerana rambutnya yang panjang dan pendiam.

Dia selalu membawa buku yang diberikan Kim Junri sebelum dia meninggal. Berseorangan di taman merupakan rutin seharian Jeonghan.

Sehinggalah hari yang Kim Arra dikhabarkan akan datang ke rumah Una noona.

Jeonghan membiarkan Arra bercakap seorang diri. Dia berasa lain apabila didatangi wanita yang tidak dikenali.

*Realiti*

Jeonghan terus menjauhi Kim Arra apabila mengetahuu Arra adalah adik saudara kepada Suho.

Semakin dia menjauhi Kim Arra, semakin dia ingin tahu Kim Arra itu bagaimana orangnya.

Joshua mendapat panggilan daripada Arra.

"Hello. Oh! Arra. Boleh,boleh. Bila? Okay..."
Joshua segera ke biliknya.

Jeonghan hanya melihat Joshua pergi
"Rasanya apa diorang nak buat eh? Joshua ni macam happy semacam je..
Date ke? Tak mungkinlah.."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hello, everyone..
Thanks siapa yang vote and still menunggu update cerita ni.

Teruskan vote and comment untuk part seterusnya okay?

Bye!

[COMPLETE]Seventeen My CousinWhere stories live. Discover now