Part 16

1.5K 116 6
                                        

8.10 p.m.

"Mmm... Arra! Esok teman unnie shopping boleh?" Tanya Una unnie.

"Mmm, boleh! Unnie nak beli apa?"

"Unnie nak beli barang dapur. Dah nak dekat habis. Maklumlah, yang duduk dalam rumah ni semua kuat makan... Lagi satu, bila parents Arra balik?"

"Hihihihihi... betul tu! Mmm... maybe besok. Nanti Arra tanya lagi sekali."

"Okay! Jomlah, nanti semua tunggu kita pulak..."

Pada malam tu, Unnie masak masakkan kegemaran semua. Bibimbap daging yang jadi resipi turun temurun keluarga mereka, kimchi dan samgyetang..

Semua yang ternanti-nanti masakan Una unnie terliur... waaa!!!!

"Wah!!!! Noona macam sedap je.." kata Hoshi.

"Jalmokhaesumnida!!!"

Beberapa minit selepas semua sudah memulakan suapan, Una unnie menanyakan soalan. Karang terbahak anak orang dia jugak yang kena....

"Ni, noona nak tanya. Parents semua bila balik?"

"Diorang kata hari Isnin nanti diorang balik.. kot?" Kata Wonwoo

"Kot?? Adik-adik noona ni bagitau betul-betul tak? Important matter tau!"

"Betul. Diorang balik hari Isnin, noona." Balas Seungcheol pula.

Muka masing-masing risau cara mereka memberitahu parents mereka terbongkar.

Kringg Kringgg, Kringg Kringg ~ ~ ~ ~

"Hello.. Oh, oppa!! Haah, unnie suruh datang sini. Dia kata important matter. Okay... Mmm... unnie, Suho nak cakap." Kata Arra

"Hah, Suho? Oh, adalah... Balik dulu kalau nak tahu. Oh ye? Berapa ramai? Bilik? Oh, okay. Nanti sambung,okay? Jalgayo~~"

"Kenapa, noona? " tanya Jeonghan. Dia dengar nama Suho dah naik bulu roma...

"Takde apa-apa. Suho hyung korang kata nak balik sini dengan member lain. Tu yang noona tanya nak guna bilik ke? Dia kata takpe" balas Una noona.

"Oh, syoklah macam tu. Sunbaenim nak datang sini. Bolehlah tanya apa-apa" kata Dino.

"Nampaknya macam tu lah..."

Lalu Una noona memandang Jeonghan. Mukanya jelas terpancar perasaan resah. Mungkin tragedi lalu buatkan dia takut pada Suho.

Pada malam itu, Jeonghan asyik mengingati raut wajah Arra yang berseri bila Suho hyung telefon.

"Nak tanya, takut. Apa kata... hah! Aku bagi surat. Lepas tu kalau dia balas, suruh dia letak dalam kotak tepi televisyen. Kan kotak tu hiasan je. Malam nanti aku ambil lah."

Setelah beberapa kali mengedit bagai, akhirnya surat untuk Arra pun siap...

"Surat macam ni okay lah kot? Okay lah ni. Charasso Jeonghan, Charasso!!!"

Keesokan paginya, Jeonghan bangun awal supaya Arra tidak sedar kehadiran dirinya.

Beberapa minit kemudian....

"Eh! Surat apa ni? Untuk aku kot?"
Jeonghan melihat surat itu selamat pada genggaman Arra.

"Yes!!! Dia mesti tengah baca! Yahooo!!!"

Jeonghan melompat keriangan apabila rancangan 'Surat Rahsia' nya menjadi...

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Apa lah yang Jeonghan tulis, kan?
Kalau nak tahu tunggu part seterusnya!!!

And jangan lupa vote dan comment.

Sedia menerima comment reader semua...

Kalau ada typo mana-mana. Harap maaf...

-BYE-

[COMPLETE]Seventeen My CousinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang