- Arra P.O.V -
"Jun...junhoe!!!"
Dari jauh kelihatan Junhoe lebam-lebam dan diikat di kerusi. Tapi... dia ada di dalam pagar sekolah. Ahjussi pengawal pun tak nampak.
Aku berlari sampai ke pagar sekolah. Tetapi tangan aku ditarik seseorang.
- End of P.O.V -
"Kau nak pergi mana?"
"Kau siapa? Kau lepaskan tangan aku!"
"Ouh, my aegi. Kau siapa nak arah aku hah!! Kau tengok apa dah jadi dekat kawan kau!!!"
Seorang yeoja muncul selepas Arra menengking orang yang menarik tangannya.
Dia juga menarik rambut Junhoe tanpa belas kasihan.
"Arg..arghh!!"
"Sakit ke, my baby? Sakit lagi hati aku, kau tau tak!!! Kau mainkan perasaan aku. Kau tolak cinta aku. Jangan harap aku nak lepaskan kau!"
Yeoja tersebut terus menarik rambut Junhoe.
"Weyh! Kau lepaskan dia la!!! Kau marah dekat aku kau serang aku bukan dia! Kau tak nampak ke dia terseksa hah!!!"
"Ada aku kesah. Biar... Aku nak dia terseksa. Kau? Aku nak kau tengok dia terseksa. Ahahahahahah!!!"
"Dah la tu? Kau tak ada perasaan ke? Dia kan kawan kau jugak? Kau tak sayang dia?!"
"Sayang? Itu dulu. Tapi sekarang..."
Perlahan-lahan dia mendekati Junhoe.
"TAK!!!"
Satu tumbukan dihalakan tepat ke wajah Junhoe.
"DAH LAH TU!!!"
Akibat terlalu marah, tangan Arra terlepas daripada orang yang mengawalnya. Lalu dia memanjat pagar sekolah sehingga berada di hadapan yeoja tersebut.
"Youmin!!! Tak guna kau!!!"
Tumbukan yang menghala ke arah Youmin dilepaskan. Youmin tidak sempat mengelak dan tulang hidungnya seakan patah.
"Kenapa kau seksa dia? Apa salah dia? Sebabkan... sebabkan cinta kau jadi macam ni? Kau ingat kalau kau buat macam ni, dia akan cintakan kau balik. Berubah la. Tak serik lagi lepas apa kau dah kena. Aku rasa kau tak baik lagi daripada accident hari tu."
"Sebab kau... Disebabkan kau, dia makin menjauhi aku. Dia asyik dengan kau je setiap kali rehat. Aku ditolak macam tu je. Aku... aku... nak kau MATI!!!"
Youmin terus mencekik Arra dengan fikiran yang tidak waras. Akalnya tidak berada dalam keadaan normal. Dia terus mencekik Arra sehingga seseorang menahannya dari belakang.
"Kau lepaskan dia!"
Lalu Youmin melepaskan Arra. Arra terus ke tempat Junhoe untuk meleraikan ikatannya.
"Kau nak bunuh sepupu kami! Jom ikut kitaorang pergi balai!"
"Tak nak! Aku tak nak! Kau jaga Arra!"
Sepupu Arra yang lain hanya memberikan tanda 'peace' pada Arra.
"Gumawo!" Kata Arra dalam keadaan gerakan mulut.
Dalam tenaga yang cukup-cukup, Arra mendekati Junhoe untuk membuka ikatan talinya...
"Jun... junhoe. Awak...awak okay? Awak dengar saya tak?"
"Arra...arra. Kau selamatkan aku? Kau ke yang tumbuk Youmin tadi?"
"Haah. Biar dia rasa tumbuk..."
"...."
Junhoe dengan segera memeluk Arra. Terus Arra berhenti dari membebel. *amik kau*
"Kenapa?"
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETE]Seventeen My Cousin
RandomCerita ni bermula apabila Kim Arra terpaksa mengikut ibu bapanya ke Korea untuk menghadiri perkhawinan sepupunya. Semasa di majlis itu, dia terlihat ada group yang selalu diperkatakan temannya di sekolah. Cerita seterusnya mestilah baca, Arasso! 안녕!
![[COMPLETE]Seventeen My Cousin](https://img.wattpad.com/cover/48659660-64-k338525.jpg)