Kereta dipakirkan tepat ke dalam petak. Nadine dan Naqi keluar dari perut kereta mencari tempat yang sesuai di kawasan rekreasi di taman itu untuk berjumpa dengan kekasih kawannya.
Kawasan berbukit menjadi lokasi. Sepanjang perjalanan Naqi hanya mendiamkan diri.
" Kalau apa yang terjadi adalah salah saya, saya akan bertanggungjawab. Tapi masalahnya bukan saya yang buat dia mengandung. Awak percaya pada saya kan?" Naqi memulakan perbualan.
" Ya, saya percayakan awak. Tapi saya tidak boleh terima bulat-bulat dari sebelah pihak sahaja. Kita tunggu Thalia datang. Kita dengar penjelasan dia."
" Nadine, saya tak nak kawin dengan perempuan macam tu."
Nadine hanya diam membatu. Mencari jalan penyelesaian. Apa yang aku boleh tolong? Aku perempuan. Kalau aku tidak setuju untuk Naqi menjadi pak sanggup macam mana dengan nasib Thalia. Tidak, aku lebih memandang nasib di dalam kandungan Thalia.
" Assalamualaikum." Sapa satu suara dari belakang.
Perempuan yang memakai drees hitam dan berkaca mata hitam itu di pandang.
" Wa'alaikumussalam." Salamnya dijawab.
" Thalia?" Soalku untuk kepastian kerana ini merupakan kali pertama Nadine dan Thalia bertemu. Thalia menganggukkan wajah tanda mengiyakan.
" I ingat you datang sorang." Kata Thalia kepada Naqi.
" Kenalkan ini kawan I, Nadine."
Nadine menghulur tangan dan disambut oleh Thalia.
" I pelik kenapa you mendesak I supaya I bertanggungjawab dengan apa yang Hadi dah buat kat you." Naqi mula 'menyerang' Thalia.
" I takde pilihan Naqi. You kawan rapat Hadi. Hadi hilangkan diri. I takde kawan lelaki lain. I tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi." Air mata mula mengalir di pelupuk mata Thalia.
Nadine hanya mendengar perbualan antara mereka. Hatinya berbelah bahagi antara kasihankan Naqi yang tidak bersalah atau Thalia yang minta perlindungan sebagai seorang wanita yang telah terlanjur.
Tetapi didalam permasalahan ini, Thalia tetap bersalah. Sanggup dia buat perkara terkutuk seperti itu kemudian menyalahkan orang lain.
" Cari Hadi bukan I." Suara Naqi kini meningkat satu oktaf.
" You bagitahu I dimana Hadi sekarang? Dah merata I cari. Budak dalam perut ni makin lama makin membesar. Tolong I Naqi. Please." Rintih Thalia.
" I tak boleh. " kata Naqi keras.
" Kalau tak I bagi tahu your mom, you yang buat I jadi macam ni." Ugut Thalia.
Naqi mengusut rambutnya. Buntu. Kenapalah perempuan didepannya itu susah nak faham situasi dia.
Perlahan Nadine menarik tangan Naqi. Mereka berdua duduk sedikit jauh dari Thalia.
" Naqi... saya tahu awak mesti tak bersetuju dengan cadangan saya." Nadine menarik nafas sebelum meneruskan kata. Mencari kekuatan untuk bercakap. Takut Naqi meninggikan suara terhadapnya pula.
" Bagi saya, ada baiknya awak kahwin dengan Thalia. Bukan kahwin untuk selamanya. Hanya untuk menyelamatkan sebuah maruah."
Naqi sudah merengus.
" Naqi... cuba awak bayangkan kalau situasi Thalia adalah saya. Adakah awak akan tolong selamatkan maruah saya?" Nadine memandang tepat ke arah anak mata Naqi.
" Awak lain Nadine."
" Kalau?"
Naqi melontarkan pandangannya di kaki bukit sana.
'Awak lain Nadine. Sebab saya memang ada perasaan pada awak.' Kata-kata itu hanya diluahkan di dalam hati.
Naqi menghampiri Thalia yang berdiri di tepi tembok separas pinggang itu.
" Baik. I akan kahwin dengan you. Tetapi hanya untuk menjaga maruah dan menutup aib you. Dan lagi satu, keluarga I tidak boleh sampai tahu tentang hal ini. Kalau tidak, rahsia ini juga akan terbongkar. Kita akan jadi suami isteri sampai anak you dan Hadi lahir."
Didalam hatinya, dia akan mencari Hadi sampai dapat. Hadi yang patut bertanggungjawab dalam hal ini. Tetapi Hadi pengecut untuk mengaku. Sampai hati kau Hadi buat aku macam ni.
" Thanks, Naqi." Thalia menguntumkan senyuman lega.
" Thanks to Nadine." Ucap Naqi.
Thalia merapati Nadine. Dan meraih tangannya.
" Thanks Nadine."
" It's okay. Nanti baby ni kita jaga sama-sama." Nadine sedia untuk menjaga baby di dalam perut Thalia. Pada Nadine, zuriat ini tidak bersalah.
Setelah selesai secara baik mengenai perkahwinan antara Naqi dan Thalia, Thalia meminta diri untuk pulang. Badannya sudah rasa tidak selesa kerana kandungannya kini sudah berusia 5 minggu.
" Sebelum balik apa kata kita pergi saloon." Nadine membuat kening double jerk.
" Kenapa? Serabut sangat ke saya?"
" Serabutlah. Tu kalau langau hinggap kat rambut mahu tak jumpa jalan keluar." Seloroh Nadine. Naqi mengulum senyum. Nak gelaklah tu tapi ditahan.
" Biarlah sesat. Habis langau masuk dalam tudung awak yang terbelit tu tak mati lemas?" Pecah tawa Nadine. Nak jugak buat lawak.
" Eh, suka hati kitalah." Nadine buat-buat marah. Dalam hati berasa lega kerana Naqi dah mula mahu bercakap dan berjenaka.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin!
Romance"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad