"Naem jangan berlari." Hadi memberi amaran kepada anaknya itu.
"Biasalah, Hadi. Budak lelaki kalau dah dapat bola. Asyik nak kejar sajalah." Kata Naqi. Matanya asyik memerhatikan tingkah aktif Naem.
Sesekali Naem terjatuh diatas rumput karpet itu sambil ketawa riang apabila bola getah yang ingin disepaknya tidak mengena. Akhirnya dirinya yang terjatuh.
"Makin aktif. Aku nak melarang pun sudah tidak larat." Adu Hadi.
Selepas dua bulan kepergian Thalia, Hadi dikhabarkan sudah sedar dari koma yang panjang. Pada mulanya dia tidak dapat terima hakikat bahawa Thalia sudah tiada. Dia masih belum meminta ampun dari Thalia. Tetapi hatinya menjadi lega apabila Naqi menyampaikan amanah dari Thalia untuk Hadi. Sepucuk surat tulisan tangan Thalia buat dirinya menjadikan dirinya Hadi yang baru.
Hadi yang tidak lagi menyalahkan dirinya. Hadi yang sentiasa tabah menjalani hari-harinya di hospital. Hadi yang tidak lagi berputus asa untuk hidup.
Kehadapan, lelaki yang Lia cintai.
Saya harap awak berada di dalam keadaan yang baik semasa membaca surat ini. Bukan niat saya untuk menuntut sebarang hak keatas diri saya dan anak ini. Tujuan surat ini ditulis sebagai penganti diri ini untuk menyatakan hasrat hati saya. Kerana mungkin saya sudah tiada lagi di dunia ini jika surat ini menjadi pengantinya.
Saya ingin menyatakan bahawa saya masih sayangkan diri awak Hadi. Saya mengimpikan sebuah perkahwinan dan keluarga yang harmoni. Tetapi saya tahu, mustahil untuk ianya berlaku.
Selepas saya bertemu awak kembali semasa keadaan awak kritikal, saya dengan berbesar hati sudah memaafkan diri awak. Setiap inci kesalaham awak sudah saya maafkan. Tiada lagi dendam dan sakit hati tersimpan di dalam ini.
Hadi,
Saya tinggalkan Naem Hadi Bin Abdullah kepada awak, Naqi dan Nadine. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka juga kerana mereka berdua banyak membantu saya disaat tiada siapa yang sudi menerima saya.
Saya harap Naem dapat dijaga dan dididik dengan baik oleh ibu bapanya yang bijak. Terima kasih atas kasih sayang yang awak beri kepada anak ini.
Sekian,
Nur Nathalia.Surat itu dilipat dan disimpan rapi.
"Jemput minum." Pelawa Nadine yang membawa dulangan air teh bersama karipap pusing kegemaran Naem.
"Untunglah dah ada orang jaga makan minum." Puji Hadi.
Nadine menghulurkan secawan kopi kepada Naqi.
"Carilah sorang, bro." Ujar Naqi.
"Aku bukan apa. Aku takut diorang tak boleh nak terima Naem. Aku tak naklah lepas aku kahwin tanggungjawab aku pada Naem terabai." Cawan berisi air kopi disisipkan ke bibir.
"Tak apalah, Hadi. Mungkin tiba masa yang sesuai muncul lah bakal mummy Naem tu." Nadine cuba menaikkan semangat Hadi.
Kedengaran Naem terjerit-jerit kegelian di tempat dia bermain tadi.
Nadine mengeleng-gelengkan kepalanya. Mana tidak menjerit budak itu, Uncle Faizul yang baru muncul mengeletek perut Naem.
"Bonda, Uncle buat." Naem mengadu kepada Nadine sambil jari telunjuknya menghala ke arah Faizul yang sudah duduk disebelah Naqi.
"Ish, kuat mengadu budak ni." Sakat Faizul. Naem pula cenggeng budaknya. Mulalah muka mencebik.
"Meh duduk dekat Abi." Naqi mendepakan tangan untuk mengangkat Naem duduk diatas ribanya.
Tubuh Abinya dipeluk erat kerana takut diambil oleh Uncle Faizul.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Kemudian meletuskan tawa. Naem Hadi telah membawa kegembiraan dan kebahagian kepada mereka. Mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan. Moga Thalia dapat melihat kegembiraan dan kebahagian anaknya diatas sana.
*
"Bye bye papa dan Uncle Faizul." Nadine melambaikan tangannya ke arah dua orang sahabat suaminya.
Naem bijak mengikut tingkah Bondanya. Tangannya juga dilambai.
Naqi menutup semula pintu pagar depan setelah kedua sahabatnya sudah hilang dari pandangan.
"This is we called happiness." Ucap Naqi.
"Naem ada Bonda, Abi, Papa dan Uncle Faizul. Semua orang sayang Naem. Naem membesar jadi anak yang soleh ya sayang." Nadine mencium ubun Naem di dukungannya.
Naqi memaut lengannya di bahu Nadine. Diciumnya pipi Naem kemudian singgah di pipi Nadine.
"Asyik hidup bertiga je. Bila nak hidup berempat, berlima, berenam, bertujuh..." Naqi sengaja mahu 'memancing' Nadine.
"Buat masa sekarang tak bolehlah Abang. Naem pun tengah membesar. Sayang nak tumpukan perhatian pada Naem dulu. Bila Naem dah pandai berdikari baru boleh wujud Naqi dan Nadine junior." Nadine cuba memujuk suaminya.
"Sayang tu sejak dua menjak ni asyik sibuk saja. Balik lewat. Sayang berhenti kerja. Jaga kami saja."
"Mana boleh macam tu, Naqi. Awak dah janji dulu kan tak akan sekat kerjaya saya. Dah janji mana boleh mungkir."
"Semua janji saya tepati ya Puan Nadine Sophia."
"Apa janji yang awak dah tunaikan?" Uji Nadine.
Dia tahu, suaminya itu seorang yang berpegang pada janji.
"Janji yang kita kawan sampai kahwin."
"Bukan awak cakap kita kawan sampai bila-bila ke?"
"Walaupun kita sudah kahwin, awak tetap kawan terbaik saya sampai bila-bila." Nadine tersenyum bangga.
"Kita kawan sampai kahwin..."
"Kita bercinta sampai syurga." Sambung Naqi.
Ubun isterinya yang dibaluti selendang berwarna hitam dikucup lama. Naem sudah berada di dalam dukungan Naqi.
"Jom." Ajak Nadine.
"Pergi mana?"
"Kata nak Naqi dan Nadine junior." Balas Nadine malu. Mukanya sudah merah seperti buah delima.
"Nak enam ke tujuh?" Soal Naqi sengaja mahu menyakat.
Mereka bertiga sudah berpusing ke arah pintu utama untuk memasuki rumah Semi-D itu.
"Naem nak berapa orang kawan sayang?" Soal Nadine.
Naem menunjukkan kesemua jarinya kehadapan dan melambai-lambai.
"Naem nak sepuluh Sayang. Sanggup ke?" Naqi mencuit lembut hidung mancung milik isterinya.
"Pengsan Bonda." Nadine menghempaskan punggungnya diatas sofa seperti orang kepenatan yang teramat.
Naqi dan Naem yang menjadi penonton ketawa lucu.
Naqi tersenyum bahagia. Dia tiada niat pun untuk mendesak Nadine untuk mendapatkan zuriat secepatnya. Dan tidak pula menetapkan bilangan anak.
Cukuplah dia dapat merasa kebahagian ini berkekalan sehingga keakhirnya. Dia tidak mahu apa yang berlaku ke atas Thalia berlaku ke atas Nadine.
"Sayang..." panggil Naqi lembut.
"Ya?" Sahut Nadine
"Abang rindukan arwah Thalia." Ucap Naqi.
"Sayang pun. Malam nanti kita bacakan yassin untuk arwah."
Kepala isterinya diusap. Dia sangat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang memahami.
Terima kasih, Allah.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin!
Romance"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad