Malam sehari sebelum Naqi dinikahkan dengan Thalia, Naqi sempat menghubungi Nadine.
"Nadine, betul ke keputusan yang saya buat ni?" Soal Naqi masih keliru.
"Jodoh, rezeki, ajal dan maut ditangan Tuhan. Tapi keputusan awak rahsiakan pernikahan ini adalah dari awak sendiri." Nadine cuba menasihati Naqi supaya tidak berasa keliru.
"Saya tak bersedia lagi."
"Mati pun datang dalam keadaan kita tak bersedia. Rezeki pun kekadang ia datang tanpa disangka. Percayalah pada takdir Allah, Naqi." Lama Naqi berdiam.
"Awak turun lobi sekejap." Arah Naqi.
Nadine hanya menurut. Mungkin Naqi perlukan seseorang untuk berkongsi rasa disaat dia tiada sesiapa disisi masa hari pernikahannya.
Nadine dan Naqi menyewa hotel di Melaka memandangkan majlis yang dibuat adalah di rumah kedua ibu bapa Thalia.
Nadine hanya menyarungkan baju sweater dan tudung lycra sahaja. Itu sudah kelihatan cantik bagi setiap mata memandang.
"Nadine." Sapa Naqi dari belakang.
Nadine menoleh.
"Jom kita ambil angin tepi pantai." Ajak Naqi. Nadine mengekor Naqi.
"What do you feel right now?" Soal Nadine.
"Nothing." Balas Naqi.
Nadine menjongketkan kening.
"Mana boleh tak rasa apa-apa?" Provok Nadine.
"Entah. Mungkin semua yang berlaku ni tak bermakna dalam hidup saya."
Nadine diam. Mata dilemparkan ke arah laut yang kelam. Hanya diterangi oleh tiang lampu di kawasan berhampiran pantai.
Tidak tahu bagaimana mahu memujuk hatinya bahawa Naqi akan bernikah dengan orang lain. Kawan yang kita rapat dan lebih-lebih lagi kita mempunyai perasaan terhadapnya mahu bernikah dengan orang lain.
Jika kawan rapat perempuannya mahu bernikah pun dia berasa sedih. Inikan pula kawan lelaki.
"Nadine. Terima kasih sentiasa ada untuk saya. Lagi-lagi pada waktu begini." Ucap Naqi.
Nadine mengalih pandangannya kearah Naqi pula.
"Awak kawan saya. Macam mana susah pun kawan saya, saya akan tolong." Balas Nadine ikhlas.
"Terima kasih." Naqi menghadiahkan senyuman kepada Nadine.
Mereka bersiar-siar di persisiran pantai sambil melayani perasaan masing-masing.
***
Nadine begitu sibuk bekerja setelah beberapa hari dia bercuti. Minggu lepas setelah majlis pernikahan Naqi dan Thalia selesai dia terus balik ke Kuala Lumpur kerana keesoknya dia ada meeting bersama kliennya.
Semua masalahnya sudah selesai. Oleh itu, dia memgambil keputusan untuk memberi perhatian kepada kerjayanya sebagai pereka fesyen.
"Nad, you dah prepare untuk fashion show butik kita bulan depan?" Soal Wawa.
"In progress, dear." Balas Nadine.
Setiap hari Wawa akan ingatkan dia tentang pertunjukkan fasyen bagi mereka.
AURY'S BOUTIQUE.
Ini merupakan salah satu event yang terbesar buat mereka. Jadi, para pereka fesyen di Aury's Boutique harus memberi hasil sentuhan yang menarik dan unik.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin!
Romance"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad