" Naqi, kenapa awak tak nak bagitahu keluarga awak pasal hal ni?" Soal Nadine sewaktu mereka lepak bermain di futsal court.
" Saya tak nak susahkan hati diorang. Lagipun mungkin saya dah terbiasa hidup sendiri. Saya dah terbiasa tanggung masalah saya sendiri. Saya kan duduk jauh dari family." Balas Naqi. Air mineral diteguk bagi menghilangkan lelah bermain futsal.
" Ohh saya bukan apa, saya rasa benda penting yang melibatkan perkhawinan ni ada baiknya kalau family awak tahu." Nadine cuba memujuk Naqi.
" Perkahwinan ni hanya sementara Nadine. Bukan untuk selamanya. Lebih baik mereka tak perlu tahu." Nadine sudah malas mahu berlawan lidah dengan Naqi. Jawapannya tetap sama. Mahu sembunyikan hal ini dari pengetahuan keluarganya.
" Ok. Saya hormati keputusan awak." Kata Nadine mengalah.
Pada malam itu, entah mengapa Naqi mengajaknya bermain futsal. Katanya sudah lama dia tidak bersosial di luar. Mana tidaknya. Hampir sebulan lelaki itu duduk terperuk di dalam rumah.
" Awak dah ada penganti Zharif?" Soal Naqi.
Nadine terkejut dengan soalan itu. Mahu tergelak pun ada.
Nadine mengelengkan kepala.
" Belum."" Kenapa belum?"
" Sebab takde orang nak dekat perempuan bernama Nadine Sophia."
" Mungkin ada orang jual mahal."
" Siapa yang tak mampu beli?"
" Orang yang ada didepan awak."
Nadine mengangkat muka memandang Naqi. Naqi menyegih.
" Orang di depan saya tu bakal suami orang."
Naqi mematikan sengihannya.
" Nadine..." Naqi memanggil lembut nama wanita disebelahnya. Nadine menoleh memandang Naqi.
" Janji dengan saya. Awak akan tunggu saya." Kata Naqi.
" Apa maksud awak, Naqi?" Tanya Nadine kurang faham.
" Janji dengan saya, kita kawan sampai kawin." Pinta Naqi.
Nadine melemparkan pandangan ke gelanggang futsal. Walaupun perlawanan sedang bermain di gelanggang tetapi pandangan itu dirasakan kosong dan sepi. Fokusnya hanyalah pada Naqi.
Tiba-tiba Nadine meletuskan gelak ketawa.
Berkerut Naqi memandang Nadine.
Kening diangkat. Tanda bertanya 'kenapa ketawa'." Saya rasa kelakar pulak." Terang Nadine.
" Kenapa kelakar pulak?" Soal Naqi pelik.
" Awak tahu tak awak tu siapa?" Soal Nadine semula.
" Saya Naqiuddin Ahmad lah." Balas Naqi.
Nadine masih dengan ketawanya.
" Memanglah. Jawapan paling tepat ialah awak tu abang kepada Jannah. Awak kenal siapa Jannah?" Soal Nadine lagi. Ketawa masih lagi bersisa.
" Adik saya." Balas Naqi geram. Orang tengah cakap pasal perkara serius dia boleh bantai gelak tak ingat dunia pulak.
" Salah. Jannah tu kawan baik saya."
" Habis tu apa masalahnya?" Soal Naqi seolah tidak faham apa yang dikatakan oleh Nadine.
" Saya dah penat gelaklah. Awak tak rasa kelakar ke? Ni kelakar tahap Maharaja Lawak Mega tau."
" Tak kelakar pun."
" Yelah. Awak dengan Jannah adik beradik. Saya dengan Jannah kawan baik. Lepas tu awak dengan saya nak ada apa-apa pulak." Terang Nadine lagi.
" Apa salahnya."
" Saya cuma segan dengan Jannah. Saya seolah-olah mengkhianati kawan baik sendiri." Nadine menjelaskan apa yang dirasa.
" Pasal Jannah, awak jangan risau. Biar saya yang bagitahu. Salah saya sebab jatuh suka dengan kawan baik adik sendiri." Kata Naqi.
Nadine menghadiahkan senyuman.
" Sejak bila awak suka kat saya?" Tanya Nadine.
" Sejak kali pertama saya kenal awak." Jujur Naqi.
Nadine teringat kembali kali pertama dia terjumpa Naqi. Masa Puan Shaherah mempelawanya masuk ke dalam rumah untuk merasa resepi baru yang dibuat olehnya.
Yang itu tidak terasa sangat. Yang paling terasa semasa Naqi menemaninya membeli-belah mengantikan Jannah yang tengah PMS masa tu.
" Elehh semua lelaki yang saya kenal semua cakap macam tu. Pertama kali jumpa. Padahal masa pertama kali jumpa tu takde apa-apa perasaan pun lagi." Nadine cuba memprovok Naqi.
" Awak ingat senang ke saya nak setuju dengan Jannah, keluar dengan perempuan yang saya tak kenal. Entah-entah perempuan tu bawa saya pergi ke tempat bukan-bukan. Buat perkara tak elok pada saya." Naqi pun tidak mahu mengalah.
Cait. Sepatutnya ayat tu aku yang kena dialog kat dia. Sebab aku ni perempuan.
" Banyaklah awak pun perkara tak elok. Saya sepatutnya yang cakap macam tu kat awak. Dah lah si Jannah ni tetiba ada abang. Saya tak kenal pulak tu." Kataku lagi.
Botol yang sudah kosong dipukul ke paha Naqi. Susah tahu tak bila nak buat sesi luahan hati dengan kawan. Ibarat ada satu tembok yang menghalang. Kalau tersalah panjat boleh terjatuh. Kalau tersalah pecah boleh roboh. Kalau tersalah cakap boleh putus kawan.
Aku bukan takde kawan lelaki. Ramai. Tapi setakat hai, dan bye. Esok lusa mungkin dah tak bertegur dah. Tapi Naqi kawan lelaki yang boleh dikira rapatlah jugak. Sebab apa aku anggap rapat? Sebab aku pernah pegang rahsia dia. Rahsia pasal dia kena kahwin dengan Thalia.
Ingat senang ke nak jaga rahsia orang. Silap hari bulan boleh jadi munafik. Lagi berat nak kena berahsia lagi dengan Jannah. Jannah dengan aku, tiada rahsia antara kami.
Kita orang nampak je jarang jumpa. Tapi kitaorang ada tubuhkan satu group khas untuk bergossip. Walaupun ahlinya adalah aku dan Jannah sahaja.
Bila Naqi luahkan perasaan dia pada aku. Aku jadi serba salah dengan Jannah. Ya, aku pun suka dengan Naqi. Sebab aku selesa berkawan dengan dia. Selain Jannah, Naqi juga selalu ada untuk aku. Mungkin dua beradik tu diciptakan untuk menjadi kawan aku.
Biarlah waktu yang menentukan. Aku malas mahu bergantung harapan. Hopeless. Aku tak nak itu.
Naqi, jangan risau. Saya tunggu lepas awak kahwin dengan Thalia.
YOU ARE READING
Kawan Sampai Kahwin!
Roman d'amour"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad