PART 29

14.5K 567 20
                                    

Semalam Shahir datang ke rumah mencari Nadine. Tapi Nadine tidak balik lagi. Selepas Nadine dan Naqi makan mereka berdua balik ke hospital dahulu oleh kerana kereta Nadine ditinggalkan disana. Tetapi Nadine tidak terus pulang ke rumah, dia pergi menenangkan diri di Masjid Putrajaya. Kebetulan dataran di depan masjid ada aktiviti pada waktu malam.

Kata-kata Naqi pada malam itu masih segar di dalam ingatanya.

"Saya tak nak paksa awak untuk memilih. Tapi saya nak awak tahu, saya masih perlukan awak dalam hidup saya. Walaupun sebagai seorang kawan." Ucap Naqi sebelum Nadine keluar turun dari keretanya.

Itulah satu kekuatan kami. Kalau bertegang urat macam mana sekalipun, pertalian sebagai seorang kawan tidak terputus dengan mudah. Tali itu yang mengikat kami untuk sentiasa bersatu.

Petang ini seperti biasa. Selepas tamat waktu bekerja, Nadine akan melawat Thalia di hospital.

"Nadine, bila you nak bawa I jumpa Hadi?" Soal Thalia sejurus sahaja Nadine sampai.

"I tak tahu. Nanti you tanya Naqi ya. Mungkin Naqi boleh bantu."

"Bila I tanya Naqi, dia senyap je. Sampai bila I nak  tunggu. Tinggal seminggu saja lagi. Itu pun kalau ikut tarikh. Kalau tiba-tiba I bersalin awal macam mana?" Thalia cuba meraih simpati Nadine. Kalau dengan Naqi tidak boleh terkesan, mungkin dengan Nadine dia akan dapat apa yang dia mahukan.

"Tengoklah. Nanti I pujuk Naqi." Putus Nadine. Malas mahu bangkit soal ini.

Kebiasaanya jika hari bekerja, Nadine akan datang pada waktu  petang dan Naqi akan datang belah malam. Hari ini dia terpaksa menunggu Naqi untuk membicarakan hal Thalia dan Hadi.

"Nadine, I nak minta tolong you lagi sekali boleh? I tahu I dah banyak susahkan you. Tapi untuk kali ni, terakhir I susahkan you." Ucap Thalia.

"Apa yang you cakap ni Thalia? Tak baik tau you cakap macam tu." Tingkah Nadine. Sejak akhir-akhir ni Thalia suka cakap perkara yang pelik-pelik.

"Kalaulah sesuatu perkara buruk terjadi pada diri I. I nak minta tolong you jagakan anak I. Seandainya you tidak mampu untuk menjaganya, you serahkanlah anak ni pada rumah anak yatim yang terbaik." Pesan Thalia.

Nadine hanya terdiam. Mungkin semua ibu yang melahirkan akan berasa ajal mereka sudah sampai. Kaum ibu akan berperang dengan kematian apabila cuba menyelamatkan anak yang dikandung dengan penuh kasih. Perkara normal bagi seorang ibu.

Ibunya juga pernah berkata begitu padanya. Lagi-lagi ibu tidak boleh mengandung selepas melahirkannya.

"InshaAllah. You dah bagitahu family you? Nanti boleh diorang sambut sekali kedatangan baby baru ni." Nadine mengingatkan Thalia kerana sepanjang Thalia ditahan di hospital tidak sekali pun dia terserempak dengan keluarga Thalia. Mungkin mereka jauh untuk ke mari.

"Belum. Nadine, parents I dah tak sayangkan I. Diorang dah buang I." Akui Thalia. Suara tagisan sudah memecah disegenap ruang bilik itu.

"Apa maksud you?" Soal Nadine bingung.

"Family I dah tahu perkara sebenar. I dah ceritakan semuanya pada mereka masa I balik Melaka tempoh hari. Mereka buang I. Diorang tak nak mengaku I anak mereka lagi."

"Shuhhhh... sudah jangan bersedih lagi. I ada. Naqi pun akan sentiasa berada disisi you." Pujuk Nadine.

"I memang anak tak guna. I dah contengkan arang dekat muka mama dan papa I." Rintih Thalia.

"Thalia, jangan macam ni. You kena kuat. You kena buktikan pada mama dan papa you, you boleh bahagia dengan anak you dan dengan Naqi. You jangan macam ni. You tak kesian ke dengan anak yang you kandung 9 bulan ni?"

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now