PART 10 - Kamera

1.1K 56 0
                                    

     Tibalah hari terakhir Zara di tempat latihan.Zara memakai pakaian seragam polis dengan kemas kerana hari tersebut Zara akan menerima sijil pengisytiharan untuk mula bertugas sebagai seorang polis.Ika yang sedang berbual dengan seorang anggota polis berpangkat yang merupakan salah seoang rakan Inspektor Farhan menghampiri Zara sambil tersenyum.Zara turut membalas senyum rakannya lalu memeluk Ika.

  "Ika,ni last day kita berjumpa,lepas ni mesti      kau dan aku sibuk"ujar Zara dengan memek muka sedih.

   "Alah Zara,kau callah aku kalu rindu.Nanti,kita kerjalah satu balai" ujar Ika seraya menenangkan Zara.

   Perbulan mereka diganggu oleh Inspektor Farhan dan seorang pegawai polis yang sedang berbual dengan Ika tadi.Zara terpandang name tag yang diapakai oleh lelaki tersebut,namanya ialah Firdaus dan berdasarkan pangkat yang terdapat pada bahunya ialah dia merupakan seorang Inspektor.Semasa dia ralit memerhati Inspektor Firdaus,tiba-tiba bunyi snap kedengaran.Gambarnya diambil oleh Inspektor Farhan menggunakan kamera DSLR.Zara yang ingin menyuruh Inspektor Farhan memadam gambarnya tergamam buat kali kedua apabila gambarnya diambil oleh Inspektor Farhan.Ika dan Inspektor Firdaus ketawa apabila melihat gelagat Zara dan Inspektor Farhan yang seakan kebudak-budakkan.

    Selepas berbual,tibalah masa untuk ahli sepasukan Zara dan Ika untuk menerima sijil.Semasa tiba giliran Zara untuk naik ke pentas bagi mengambil sijil,gambarnya diambil oleh Inspektor Farhan.Zara memberi jelingan tajam pada Inspektor Farhan.Inspektor Farhan senyum lalu mengenyit mata pada Zara.

     Perasaan berdebar yang menghuni Zara hilang apabila terpandang Inspektor Farhan yang sedang mengambil gambarnya.Zara terus ketempat duduknya setelah mengambil sijil.Zara dan Ika berada pada barisan hadapan.Zara dapat melihat tempat duduk Inspektor Farhan dan Inspektor Firdaus dengan jelas.

     Inspektor Farhan dan Inspektor Firdaus berbual diantara satu sama lain dan kadang-kadang mereka akan memandang Zara dan Ika yang berada pada bari hadapan.Zara dan Ika memandang Inspektor Farhan dan Inspektor Firdaus apabila berasa seperti diperhatikan.Inspektor Farhan dan Firdaus megeluarka  kamera DSLR masing-masing lalu menangkap gambar Zara dan Ika.Zara dan Ika menutup muka mereka lalu memandang lantai bagi mengelakkan diri mereka daripada terus menjadi mangsa kamera Inspektor Farhan dan Inspektor Firdaus.

Surat Saman Daripada DiaWhere stories live. Discover now