PART 4 - Dia?!

1.4K 63 0
                                    

Disebabkan Zara masih kurang mahir dengan tugas polis.Pihak polis telah mengadakan kursus khas kepada ahli polis yang baru bagi memantapkan ketahanan diri mereka.Untuk kursus hari yang pertama,Zara telah berkenalan dengan sahabat barunya iaitu Atikah.
"Hi,nama saya Zara.Awak?"
"Oh,hi.Nama saya Atikah,you can call me Ika untuk lebih mesra."kata Ika dengan senyumannya yang manis.

Bermula dari perkenalan yang sungkat itulah mereka telah menjadi rakan baik.

"Asslamualaikum semua,saya ialah Asp.Darus.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kamu semua kerana telah yerpilih untuk menjadi bakal pegawai polis.So,dari sinilah kamu akan belajar bagaimana caranya untuk menjadi seorang polis"kata seorang polis yang boleh dikatakan umurnya sama dengan umur ayah Zara.Selepas selesai berucap,pegawai tersebut terus beredar.

Ujian untuk menguji ketahanan polis akan dijalankan,Zara dan Ika berada dalam barisan yang sama (macam barisan kawad).Tiba-tiba Zara terlihat seorang lelaki yang seperti dikenalinya.Otaknya segera mengimbas segala data dan maklumat yang barkaitan.Wajahnya menjadi pucat setelah dia mengingati gerangan tersebut.Rupa-rupanya dia ialah lelaki yang telah menyamannya tempoh hari.'Mampuslah aku kalau dia cam aku'bisik Zara dalam hati.Ika yang berada ditepi Zara perasan akan perubahan riak Zara.
"Weh Zara ko pehal?"bisiknya dengan perlahan bimbang sekiranya didengari oleh pihak polis yang sedang menjaga barisan mereka.
"Takde papelah" bisik Zara.

"Assalamualaikum semua,saya Inspektor Farhan dab saya akan melatih skuad kamu.Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya tidak melaksanakan tugas yang telah saya arahkan."katanya dengan wajah yang tegas.Matanya sempat melirik kearah setiap anak buahnya.Tiba-tiba matanya berhenti pada Zara dan merenungnya dengan lama.Zara yang perasan dengan renungan Inspektor Farhan berasa tidak tenang.

Surat Saman Daripada DiaWhere stories live. Discover now