1. Cupcake Pink Leo

21 0 0
                                    

"Hei korang, em korang rasa betul ke keputusan kita masuk kelas menjahit tuh?" Soal Miara. Badannya yang sedikit tembam kelihatan bergoyang ketika berjalan kearah pondok di hadapan sekolah mereka.

Pondok itu terletak dihadapan kelas muzik tingkatan tiga kelas satu (1). Jemima memandang sekeliling.

"Alma, awak tak bosan ke asyik duduk ditempat yang sama setiap hari?" Soal Jemima. Almalia menggeleng perlahan tapi dengan sedikit ceria.

"Buat apa nak bosan, sini kan dekat dengan gerai makanan sedap macam mihun sup ayam, rojak ayam dan ayam goreng?? Siapa cakap bosan? Hah, tengok kat sana. Ada gerai uncle Liong. Isteri dia aunty Lily kan jual ABC sedap. Apa nak bosan." Kata Almalia seraya mengambil tempat di hadapan pintu masuk kelas muzik tingkatan tiga kelas satu (1).

Miara, Jemima dan Fatrah duduk di sekeliling meja yang terdapat di pondok tersebut.

"Korang dengar tak soalan saya tadi?" Soal Miara tidak puas hati. Almalia, Jemima dan Fatrah memandang Miara.

"Hmm sebenarnya saya tak minat sangat menjahit nih tapi saya tak nampak lagi pilihan lain yang ada selain menjahit." Kata Almalia.

"Saya memang minat menjahit nih, jadi tak kisah sangat." Kata Fatrah pula.

"Saya ikut korang je," kata Jemima pula.

"Tapi korang nampak kan kelas menjahit dimana? Dekat kawasan kelas muzik ni lah! Saya tak nak lah bila tiap hari nampak makanan dekat luar nih, goal saya untuk menurunkan berat badan tahun nih tak sampai. Nanti apa yang kakak-kakak saya cakap nanti." Kata Miara perlahan hampir menangis.

"Alaa, setakat nampak makanan kat luar takkan nak gemuk. Kan?" Kata Fatrah kepada Almalia dan Jemima. Mereka berdua mengangguk dengan laju.

"Percayalah Miara, awak takkan gemuk kalau tengok makanan yang sama tiap hari. Sebab dah tentu awak akan muak punya.." kata Jemima pula.

"Lagipun Miara, awak lagi okay dari saya tau. Awak tak gemuk macam saya, baru form one badan dah gedabak gini. Kalau dua tiga tahun lagi tak tahu lah apa nak jadi dengan badan saya nih." Kata Almalia perlahan dengan senyuman kelat. Miara pantas menegakkan badannya.

"Maaf Alma. Saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak. Maaf ya," kata Miara perlahan. Almalia mengangguk sambil tersenyum.

"Dahlah korang, korang tak lapar ke? Saya dah lapar nih," kata Fatrah yang sentiasa lapar namun BMI nya sentiasa seimbang.

"Korang pergi beli makanan dulu. Saya jaga tempat. Lepas nih saya pulak yang beli makanan." Balas Almalia. Ketiga2 gadis tersebut berdiri dan berjalan menuju kearah salah sebuah gerai tersebut. Almalia menilik jam ditangannya, jam bewarna ungu hadiah harijadinya yang ke-12 hujung tahun lalu.

"Alamak dah pukul 10:15. Masa ni lah dia akan keluar dari kelas bersama rakan-rakannya." Kata Almalia perlahan. Dia memerhati kearah pintu masuk kelas muzik.

Dari jauh kedengaran pelajar mengucapkan terima kasih dan selepas guru muzik iaitu Encik Malik keluar, berpusu-pusu pelajar tingkatan tiga kelas satu (1) menyusul di belakang Encik Malik. Almalia memanjangkan lehernya sedikit. Kakinya sedikit berjungkit walaupun dia duduk. Sambil berusaha mencari sesusuk tubuh yang hampir tiap malam dirinduinya.

Cinta Is AwesomeWhere stories live. Discover now