"Buku nih cakap untuk memutihkan kulit, kita perlu bermula dari dalam. Badan yang sihat dari luar selalu bermula dari dalam." Fatrah menutup buku Flawless yang dibeli oleh mereka di kedai buku keluarga Leo.
Hanya untuk membeli tiga buah buku, mereka berempat seolah-olah baru balik dari pertandingan gusti sehingga kembali dalam keadaan yang sungguh lawak.
Seluar Fatrah terlondeh. Baju Miara koyak di bahagian belakang. Rambut Jemima kusut masai. Almalia berlari pulang tanpa kasut.
Semua itu berlaku kerana ketika membeli, mereka berusaha agar tidak dilihat oleh Leo. Namun ketika mereka sedang menunggu baki wang dikembalikan, mereka terkejut apabila ada suara menegur dari belakang.
"Eh, korang yang selalu duduk dekat pondok depan kelas muzik tuh kan?" Sapa suara itu. Mereka berempat menoleh dan masa itulah kejadian tolak-menolak dan tarik-menarik berlaku tanpa mereka sedari mereka hanya membawa buku tapi lupa pada wang baki.
"Jadi, kesimpulannya kan Alma kita kena tahu macamana caranya nak mekap bahagian dalam badan kita nih. Mungkin dengan cara menelan concealer?" Kata Fatrah dengan beraungguh-sungguh.
Jemima merampas buku tersebut lalu menunjal kepala Fatrah.
"Nak cakap kau nih bodoh, antara kita berempat kau ni lah yang paling terer walaupun selalu flunk." Kata Jemima geram. Miara dan Almalia ketawa.
"Sorry hehehe" balas Fatrah.
"Maksud buku nih, bukan muka saja yang kena cantik. Macam tu lah yang saya panggil beauty with brain, jadi kesimpulannya disini Alma. Kau nak cantik kau kena ubah perangai kau yang tak berdisiplin, tak dengar cakap, tak nak belajar, tak sopan," kata Jemima.
"Eh, melampaulah kau nih Mima." Kata Almalia sambil ketawa. Miara dan Fatrah turut ketawa.
"Sama macam nak putihkan kulit jugak tau Alma, kau kena tahu vitamin apa yang bagus untuk usus tapi pada masa yang sama memberi vitamin yang dapat membuatkan badan kau putih." Miara menambah.
"Dan untuk kurus jugak tau," kata Fatrah.
"Okey.." balas Almalia dengan muka blur.
"Okey, buku nih cakap amalkan meminum jus lemon setiap hari. Selain membersihkan usus (detox), ia jugak mengandungi vitamin C yang diperlukan untuk mencerahkan kulit." Terang Jemima.
"Untuk rambut pulak?" Soal Almalia.
"Dia ada tulis kat sini yang ikan, ayam, susu dan kekacang baik untuk rambut tapi aku nak kau avoid ayam goreng. Ayam kukus boleh. Ikan kukus boleh. Bergoreng, jangan! Faham??" Jelas dan soal Jemima. Almalia mengangguk. Serta merta makan malam ayam goreng hilang dari khayalan.
"Lebihkan minum susu," kata Fatrah.
"Makan kekacang tiap masa," kata Miara.
"Ikan kukus kau makan seminggu sekali. Ayam kukus pun makan seminggu sekali sahaja. Lebihkan sayuran hijau." Perintah Jemima. Sekali lagi Almalia mengangguk laju.
"Makanan sahaja tak cukup. Senaman dalam seminggu, tiga hari dan cuma 20 minit." Jemima menambah.
"Untuk senaman, aku sarankan kau buat squat dulu," kata Miara sambil memeluk tubuh.
"Bagaimana?" Soal Almalia. Miara serta merta berdiri, mengangkat tanggannya kedepan lalu membuat gerakan seperti duduk sambil tangannya di depa kan ke hadapan.
"Buat 30 kali sehari. Kalau boleh buat 50 kali atau seratus." Arah miara.
Almalia berdiri dan cuba mempraktikkan apa yang diajar namun gagal.
"Kaki saya sakitlah.." keluhnya.
"Buat tiap hari, confirm jadi." Balas Miara.
"Baiklah. Dari buku Flawless mandi air beras mampu menggebukan kulit. Untuk kesan yang lebih cepat, buat scrub dari beras pulut." Jemima memberitahu Almalia.
"Kena beli lagi.." keluh Almalia lagi.
"Kan duit baki ada.." kata Fatrah kemudian mereka berpandangan.
"Alamak, duit baki tertinggal!" Separuh menjerit keempat-empat sahabat itu.
* * *
"Leo, sini kejap" puan Susan yang berdarah Inggeris memanggil anaknya.
"Ya mummy?" Soal Leo sambil mendekati ibunya.
"Leo kenal budak berempat tadi?" Soal Puan Susan. Leo ketawa.
"Budak paling gemuk tulah yang Leo bagi cupcake yang mama buat dulu." Kata Leo sambil menghabiskan baki tawanya.
"Anak tauke kek kat seberang jalan tuh?" Soal Puan Susan. Leo mengangguk sambil tersenyum.
"Kenapa Leo bagi dia? Alaa, malulah mummy," kata Puan Susan.
"Jangan risaulah mummy, dia okeylah. Lagipu apa nak malu?" Soal Leo kemudian.
"Kan Puan Diana tu memang hebat bab membuat kek nih. Apalah sangat cupcake mummy yang bahan pun entah betul entah tidak," kata Puan Susan.
"Ish, manada mummy. Bagi Leo cupcake mummy terbaik. Jangan risau ya mummy. Dia okeylah. Kalau ada yang tak okey dengan cupcake tuh dia dah bagitahu dah dekat kawan dia yang berempat tuh," kata Leo kemudian menyambung, "sekarang nih mesti mummy dah famous kalau cupcake mummy tuh tak sedap." Kata Leo sambil ketawa. Puan Susan turut ketawa.
'Takkanlah budak berempat tuh nak hebohkan kalau cupcake saya tuh buruk. Rupa diorang tak menunjukkan diorang tuh ada hati budi yang jahat.' Getus hati kecil Puan Susan."Kalau tak ada apa-apa lagi, Leo nak sambung buat kerja sekolah," kata Leo sambil berdiri.
"Yelah.." kata Puan Susan lalu seolah-olah tersedar akan sesuatu dia memanggil Leo semula,
"Ah, Leo. Boleh tolong mummy?" Soal Puan Susan. Leo menoleh kearah Puan Susan lalu duduk semula berhampiran ibunya.
"Ada apa yang Leo boleh tolong mummy?" Soal Leo setelah duduk di hadapan Puan Susan.
"Nih hah, budak berempat tuh lupa ambil duit baki petang tadi. Jadi boleh tolong bagi diorang tak?" Soal Puan Susan. Leo tersenyum.
"Kenapa tak tunggu diorang ambil je mummy?" Soal Leo sengaja bertanya soalan itu padahal dia tahu Almalia, Miara, Jemima dan Fatrah tidak akan kembali setelah apa yang berlaku petang tadi.
"Leo nih macam tak tahu. Manalah budak-budak tuh nak datang lagi. Lepas apa yang dah jadi mesti diorang segan. Yelah, yang seorang seluarnya terlondeh. Seorang lagi bajunya koyak. Yang seorang kasutnya tertinggal. Seorang lagi rambutnya dah serupa penyapu halaman kita tuh," kata Puan Susan sambil ketawa. Leo yang mendengar ketawa,
"Yalah mummy. Mummy letak dalam sampul lepas tuh tulis jumlahnya. Nanti Leo bagi diorang." Kata Leo kemudian meminta diri untuk menyambung kerja rumahnya yang tergendala.
Dia tersenyum sendiri. Lucu apabila teringat gelagat keempat-empat sahabat itu petang tadi. Lebih-lebih lagi si Cinderella Cupcake yang gemuk tuh. Boleh pulak tertinggal kasut. Leo ketawa mengekeh.
Focus Leo, Focus..
Puan Susan tersenyum melihat gelagat Leo. Kekacakan Leo yang memang menjadi penyebab kebanyakan gadis datang membeli buku di kedai buku mereka.
Puan Susan yang berketurunan Inggeris dan Cina berkahwin dengan suaminya berbangsa Sino iaitu kacukan Cina Dusun. Hasil pernikahan mereka, lahir Leo yang menunjukkan bahawa dia adalah 100% anak kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Dan Puan Susan sangat pasti salah seorang gadis tadi menyukai anaknya. Dia dapat menangkap cara seorang dari mereka memandang Leo. Yang gemuk dan berkulit gelap.