5. Kreatif Bersama Cinta

23 0 0
                                    

"Tak lama lagi Hari kreatif kan?" Soal Miara. Almalia mengangguk.

"Cikgu cakap masa Hari Kreatif nih, kita boleh jual barang yang kita buat secara kreatif dari bahan terpakai. Kau nak buat chandelier macam masa sekolah rendah hari tuh tak Alma?" Soal Fatrah sambil memandang Almalia.

"Mungkin tak kot, aku nak tengok dulu macamana Hari Kreatif sekolah menengah kena manage. Kalau best, mungkin tahun depan boleh juga saya join sama.." kata Almalia sambil tersenyum. Botol air lemon dibuka kemudian diminum. Almalia menunjukkan wajah tidak suka.

"Aku ada baca kat papan kenyataan sekolah tadi, ada perkhidmatan menghantar hadiah pada pelajar yang kita nak bagi," kata Jemima. Fatrah menyinggung bahu Alma,

"Apa nih Fatrah?" Soal Almalia sambil memandang Fatrah yang sudah tersenyum. Dia turut memandang Miara dan Jemima yang sudah tersenyum kambing.

"Apahal korang nih, pandang aku macam orang tak siuman je," kata Almalia sambil mengerutkan dahi.

"Masa ni lah kau kena buat langkah seterusnya. Hantar hadiah kat Leo!" Kata Jemima sambil tersenyum. Miara mengangguk laju.

"Yalah, lupa pula!" Balas Almalia. Kemudian wajahnya berubah serta merta.

"Tapi dia nak peduli ke pada hadiah aku nanti?" Soal Almalia dengan nada sedih.

"Apasal pula tak?" Soal Miara. Fatrah dan Jemima berpandangan. Sekali lagi Almalia meminum air lemon yang dibawanya.

"Yalah, nanti bukan aku je yang nak bagi hadiah. Lelaki hensem macam dia ada banyak peminat. Bukan aku seorang je." Kata Almalia sambil menundukkan kepalanya. Matanya memandang hujung kasutnya.

Jemima menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ya tak ya. Apa nak buat?" Soal Miara kemudian. Fatrah menggeleng tanda tidak tahu.

* * *

"Adik.." panggil seorang pelajar perempuan yang kelihatan lebih tua daripada Almalia dan rakan-rakannya.

Almalia, Miara, Jemima dan Fatrah menoleh. Pelajar tersebut melambai.

"Apasal tuh?" Soal Fatrah. Jemima dan Miara mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu. Almalia hanya memandang.

Perlahan-lahan mereka menuju kearah pelajar tersebut.

"Ada apa kak?" Soal Jemima perlahan. Matanya melirik tag nama yang dipakai pelajar tersebut.

C.H.E.R.R.I.E.

"Kak Cherrie.." kata Jemima lagi. Cherrie senyum.

"Kakak nak minta tolong nih," kata Cherrie dengan lembut. Almalia memandang kertas di tangan Cherrie.

"Tolong apa kak?" Soal Miara pula. Cherrie memberikan Miara kertas yang berada ditangannya.

"Akak nak tampalkan kertas nih kat papan kenyataan tapi kawan-kawan akak kat pondok senior dah panggil nak urus something." Jelas Cherrie. Fatrah mengangguk tanda faham.

"Akak nak kami lekatkan kertas nih kat papan kenyataanlah kan kak?" Soal Fatrah kemudian. Cherrie mengangguk.

"Kertas apa nih kak?" Soal Jemima lagi seolah-olah tidak berpuas hati. Diambilnya kertas yang berada di tangan Miara.

"Nih, akak kan ahli jawatankuasa kelab kreatif nih. Akak nak bagi pengumuman yang dah boleh start hantar bermula besok dan terus dihantar ke lokar pemilik." Kata Cherrie.

"Aik, ahli jawatankuasa kelab kreatif ada kunci lokar semua pelajar kat sekolah nih ke kak?" Sal Almalia mula menunjukkan minat kepada perbualan mereka. Cherrie mengangguk sambil tersenyum.

Cinta Is AwesomeWhere stories live. Discover now