Almalia merenung badannya di cermin. Hairan dengan keadaan dirinya yang kian menggemuk dari masa ke masa.
Almalia mengambil frame gambar di kepala katilnya. Membandingkan badannya dan ahli keluarganya yang lain.
"Papa tak gemuk pun, apa lagi mama. Bekas pageant sekolah pula tu. Si ketot kembar nih pun kurus je. Kenapa aku nih jadi debab gini?" soal Almalia kepada dirinya sendiri.
Membelek kulitnya pulak.
"Papa, mama dan si ketot kembar tuh berkulit cerah. Tapi kenapa aku nih gelap sangat?" Soal Almalia lagi.
Terpandang rambutnya.
"Nih lagi satu. Entah apa yang mama makan masa mengandungkan aku. Rambut nih dah tak serupa rambut dah. Macam ayam togel je." Kata Almalia sedih. Rambutnya yang nipis hampir menampakkan kulit kepalanya. Tidak seperti papa, mama dan dua adik kembarnya, rambutnya lebih kepada nipis. Rambut ahli keluarganya tebal, hitam dan berkilat.
"Leo mesti tak suka perempuan muka cam aku nih!" kata Almalia lagi.
Dia duduk di hadapan meja belajarnya.
"Semua subjek aku failed. Dah macam orang yang tak ada masa depan dah aku nih!" Kata Almalia kemudian menangis.
* * *
Seperti biasa pada waktu rehat empat sahabat itu duduk di hadapan kelas muzik tingkatan tiga kelas satu (1).
Miara yang sedang membaca nota Bahasa English terpandang Almalia yang termenung hingga tidak sedar dengan keadaan sekeliling.
Miara menyinggung lengan Jemima. Jemima memandang Miara yang sedang termenung.
"Alma, kenapa dengan kau nih?" Soal Jemima. Fatrah yang sibuk menghabiskan nasi lemaknya memandang kearah Almalia.
"Tak ada.." kata Almalia perlahan.
"Bagitahu jelah.." soal Miara pula.
"Betul tak ada apa.." kata Almalia perlahan masih menyelindungkan perasaannya yang sebenar.
"Alma? Apa gunanya kita berkawan kalau masalah pun tak nak kongsi?" Soal Fatrah akhirnya. Almalia mendengus perlahan.
"Fine! Fine! Saya cakap!" Kata Almalia kemudiannya. Setelah menarik nafas dalam-dalam Almalia meneruskan kata-katanya.
"Korang tahu masalah aku kan. Dalam keluarga aku nih, aku je lah yang gemuk, yang hitam, yang berambut nipis sampai kulit kepala aku ni nampak hah. Paling teruk aku nih bodoh, apa pun aku tak tahu. Subjek apa pun aku tak tahu!" Jawab Almalia kemudian menangis.
Terdiam ketiga rakannya selepas mendengar pengakuannya.
"so?" Kata Miara seolah tidak faham.
"Miaa, perlu ke aku malukan diri aku confessed dengan korang yang aku nih suka sangat kat prince charming kat sana tuh? Sedangkan aku nih gemuk, legam, botak dan bodoh!" Kata Almalia sedikit kuat.
"Elehh, itu je. Ingatkan apalah yang buat kau termenung macam orang kematian suami." Kata Fatrah perlahan.
"Kau tak faham Fatrah. Kau tak faham." Tangis Almalia lagi. Fatrah ketawa.