Aku duduk di sebuah bangku di Taman Tasik Cempaka. Inilah tempat aku mengumpul ketenangan setelah 5 hari bersekolah. Aku bersekolah di sekolah menengah kebangsaan biasa sahaja. Nasib baik minggu ni cuti penggal ke-2. Tak adalah nak fikir pasal kerja sekolah yang Cikgu Besar tu kasi. Sebab dah siap awal-awal. So, boleh santai...~
Aku mula mengeluarkan album gambar didalam beg sandang berwarna hitam berpolkadot putih. Aku menyelak setiap muka surat album itu dan tersenyum macam mintak penyepak.
Semuanya gambar classmate aku tahun lepas. Gambar comel, lawa, hensem, bengong semua ada. Mana dapat? Diorang selalu hantar kat group whatsapps. Jadi aku pun copypaste jelah.
Aku dulu sekolah menengah agama swasta. Tapi bila rasa balik, sekolah kebangsaan dengan sekolah agama sama je. Tak ada beza. Walaupun pengetua selalu sebut "Sekolah kita ni sangat berbeza dengan sekolah kebangsaan yang lain".
Perangai masing-masing serupa je, ada kes buli dikalangan pelajar. Tapi lepas kena buli diorang still kawtim macam pembulian tu tak pernah wujud. Itu serius gempak bagai nak rak. Yalah, lepas kena buli still boleh gelak-gelak, pergi kantin sesama, pergi surau sesama. Benda ni memang patut tabik satu sekolah.
Kalau kat sekolah aku yang kini, pembuli is pembuli. Yang dibuli is selamat jalan. But aku tak terjebak dengan kes macam ni. Aku reti juga diri. Berkat belajar kat sekolah agama.
Kekadang aku memandang telefon bimbit aku. Tengok balik album gambar aku dengan classmate dan junior aku. Aku rapat dengan junior aku dulu. Tak kira sekolah rendah mahupun menengah. Aku teringat ayat terakhir budak darjah 1 ni cakap kat aku.
"Adik, adik rasa seronok tak sekolah sini tahun depan?"
"Adik rasa tak seronoklah akak..."
"Kenapa pula? Sinikan seronok, ada ramai kawan, cikgu baik, semua ada dekat sini"
"Tapi saya rasa tak seronok sebab akak dah tak ada kat sini tahun depan..."
Ayat tu terngiang-ngiang dalam kepala aku. Rasa sebak tu datang balik. Lepas tu aku terpandang gambar 'selfie' aku dengan seorang budak form 2. Yang sekarang ni form 3 di sekolah tu. Dia pun cakap benda yang sama dekat aku. Sedih tu datang balik. Sebab budak-budak ni lah yang paling aku care gila dulu. Still contact so okaylah.
Aku pandang gambar guru kelas aku pula. Guru kelas yang paling hebat setakat ni. Yang selalu teman kitorang se-classmate pergi mana-mana. Yang dah jadi guru kelas kitorang since form 2 sebab cikgu ni cikgu baru dulu. Lawak yang cikgu ni buat memang tak ada sesiapa pun yang tak gelak. Cikgu ni memang the best of the best berbanding cikgu kat sekolah aku sekarang. Semua naik stress. Walaupun ada mentor-mentee pun makin stress. Kesian pulak aku tengok cikgu ni. Sebab budak sekarang lagi keras mengalahkan batu. Mesti ada yang tak puas hati pastu ngadu kat mak bapak and then mak bapak pun saman cikgu.
Semua gambar aku korek, setakat ni banyak gambar gurlz berbanding guys. Guys mana hadap 'selfie' macam gurlz. Sebab tu kadang-kadang memori phone penuh. Sebab diorang ah, 'selfie' banyak sangat. Eceh mengata, padahal aku pun ada dalam gambar tu.
"Aku harap sangat aku tak jumpa orang yang sama perangai macam korang, kalau tak nanti aku akan lupakan korang. And 'Tentang Kita' dalam diri aku akan hilang. Apa yang korang tengah buat sekarang ya? Korang sihat ke? Yang dapat MRSM tu mesti seronok. Sebab korang pandai en? So, no worrylah kan"
Tiba-tiba pula notification whatsapps aku bunyi. Aishh! Babun ah! Tengah feeling ni ada pula yang kacau line.
Aku buka application whatsapps dan tengok apa yang ada. Ok tarik balik 'babun' tadi. Rupanya diorang yang hantar.

YOU ARE READING
FLASHBACK
Teen Fiction'Aku' sekarang berada di penghujung tahun 20XX. 'Aku' mengimbas kembali kenangannya bersama classmatenya yang sangat 'Aku' sayang. Setiap bait kenangan dan raut wajah mereka diimbas kembali. Tidak kira pahit dan manis mereka kongsi bersama sepanjan...