"When I got locked away,
And we lost it all today.
Tell me honestly,
Would you still love me the same♪""Hah kau, berangan. Aku tak fahamlah, kau ni suka betul berangan" Mir menepuk bahu aku. Budak ni kalau tak terkejutkan aku memang tak sahkan.
"Tak, mana ada berangan. Aku tengah dengar lagu" jujur aku. Mana boleh menipu kat dia ni. Dia kenal aku macam mana. Dia tahu yang aku tak reti menipu.
"Hye guys, jangan pulau aku dan korang tak nak pergi makan ke" Fatin datang entah dari mana mula bertanya tentang makanan.
"Sabarlah, lepas beli manisan sikit kita makan ya" Fatin mengangguk tanda faham. Lepas habis tengok wayang kitorang pergi beli manisan. Untuk memuaskan hati sendiri. Kalau lama sangat berjalan sambil tu boleh makan.
Sedang kitorang mencari manisan yang sesuai. Tiba-tiba sahaja Mir menjerit.
"Korang, korang! Tengok coklat ni" jerit Mir sambil melambai kearah aku dan Fatin. Dia jumpa coklat strawberi jenama 'Meiji' ke? Ni kena rembat ni.
Sesampai sahaja aku dan Fatin kepada Mir. Dia menunjukkan satu keping coklat berbentuk syiling kepada kami berdua. Ingatkan ada coklat jenama 'Meiji' tadi.
"Ingat lagi tak coklat ni" Mir bertanya kepada aku dan Fatin. Kitorang buntu. Ingat apa? Coklat tu ada apa-apa ke?
"Aish... slowlah korang ni. Ni coklat time Exhibition minggu bahasa Inggeris tu. Takkan dah lupa" kata Mir selepas melihat muka kami berdua.
"Ingat tak dulu masa kita jadi urusetia English Week? Kelakar pula bila ingat balik" kata Fatin.
**********
"Kepada semua pelajar perempuan tingkatan 3 sila masuk ke dalam kelas sekarang. Ulang sekali lagi, kepada semua pelajar perempuan tingkatan 3 sila masuk ke dalam kelas sekarang. Terima kasih"
Hari tu hari Khamis. Masa ko-kurikulum, cikgu Hidayah mula membuat pengumuman untuk pelajar perempuan tingkatan 3. Cikgu tak mahu lelaki masuk campur. Sebab takut serabut kalau ramai sangat.
Pelajar perempuan kelas kitorang hanya ada 19 orang. Kira cukuplah tu. Sebab English Week cuma 2 hari sahaja.
Kitorang semua pun telah diberitahu lebih awal oleh cikgu bahawa ada mesyuarat urusetia Minggu Bahasa Inggeris pada waktu petang. Cikgu buat pengumuman pun sebab cikgu tau, kitorang ni ada yang jenis yang susah nak duduk dalam kelas kalau tak ada cikgu.
Semua pelajar perempuan sudah berada didalam kelas. Bagi mengisi kekosongan, kitorang seisi kelas mula menyanyi seperti kanak-kanak ribena. Lagu yang kami selalu nyanyi ialah lagu tema 'Mentega Kacang Sunbear'.
Harap je pelajar tingkatan 3, tapi perangai masing-masing serupa budak tahun 3.
Sedang kami bergelak ketawa, cikgu masuk kedalam kelas sambil membawa fail.
"Kamu semua depan sikit, duduk dekat-dekat. Cikgu nak bincang fasal English Week. Baiklah. English Week ni nanti akan ada 6 slot tau. Ada 'Action Song' iaitu meniru tarian megikut lagu yang dipilih,'Cinema' menonton cerita dan cikgu akan bagi soalan dan 'SPLAT' menyebut sifir dalam bahasa inggeris kalau salah akan disimbah untuk hari pertama. Hari kedua pula ada 'Spell It Right (S.I.R)' mengeja perkataan, 'Exhibition' ada permainan dan akhir sekali 'Amazing Race' yang akan diadakan dari kawasan sekolah rendah sehingga ke kawasan kolej. Cikgu nak lantik 3 ketua bagi setiap slot. Kamu kena ingat, English Week dua hari je sebab tak ada cikgu lain yang nak uruskan. Cikgu jelah guru Bahasa Inggeris sekolah kamu selain pengetua" Cikgu Hidayah mula berbicara.

YOU ARE READING
FLASHBACK
Fiksi Remaja'Aku' sekarang berada di penghujung tahun 20XX. 'Aku' mengimbas kembali kenangannya bersama classmatenya yang sangat 'Aku' sayang. Setiap bait kenangan dan raut wajah mereka diimbas kembali. Tidak kira pahit dan manis mereka kongsi bersama sepanjan...