Dari zaman gigi susu tercabut

62 1 0
                                    

Assalamualaikum semua!! Errkk mana ada semua masa subuh ni... masa ni aku sepak terajang adik aku suruh bangun subuh. Yang kecil je... yang besar tu aku duduk,atas dia. Kakak jenis apalah aku ni, guna kekerasan suruh solat.

*&%¥#*

Tenang sungguh waktu fajar ni... sebab orang kafir dan munafik tak bangun lagi masa ni. Tiba-tiba..

"Hachummmm!! Ya Allah sejuklah pulak... baru ingat nak duduk santai kat luar sekejap. Masuk balik, masuk balik!"

Aku masuk ke dalam rumah yang agak panas... yeke panas? Lebih kurang je rasa dia.

"Seronok kesejukkan diluar rumah?" Tiba-tiba sahaja angah datang sambil tersengih.

"Rasa ah sendiri meh, saya kunci pintu sekali. Tunggu sampai matahari tegak baru saya buka. Meh keluar"

"Takpe long, angah nak guna komputer, nak tengok EXO baru comeback"

Rasakan, baru reti nak pergi. Aku berjalan ke dapur. Bukan nak buat sarapan untuk isi rumah, nak buat bekalan untuk keluar nanti. Bosan duduk rumah.

Selesai sudah membuat bekalan yang paling... pelik. Mana taknya. Nasi, telur scramble, ayam goreng yang dikeluarkan tulang dan tuna mayonis yang digaulkan sekali. Tak lupa juga rumpai laut.

Jam menunjukkan pukul 7. Baik aku cepat bersiap. Time dah masuk dalam tandas tetibe teringat kat seseorang. Sebab apa entah, dah termasuk nak buat camne.

**********

"Gorilla!!! Kalau kau nak pinjam pemadam cakaplah dulu ni tak main ambil je"

Nampak budak perempuan yang comel mulus kulit putih tu? Tulah aku!! Perasan pula dia comel. Cara bercakap pun terlampau berbudi bahasa jiwa bangsa sangat tu. Time ni masa darjah dua.

Terkejut tak? Dia sama kelas dengan aku dulu, dari darjah 1 sampai 3 pastu sambung Form 1 sampai form 3.

Ok, tak terkejut, its normal. My mom pun pernah satu kelas dengan seseorang dari darjah 1 sampai tingkatan 6 atas. Rileks je.

"Ish, Kingkong ni. Aku pinjam je, bukan bawa balik pun. Cubalah bawa bertenang. Lagipun cikgu Hamidah dah nak padam soalan kat depan tu"

Yang ni, Muhammad. Budak nilah yang aku satu kelas dari darjah 1 tu. Dia duduk sebelah aku je. Sebab tu gaduh. Ingat lagi time ni aku ada bawa bekal pastu dia minta sikit dekat aku. Aku dengan senang hati bagi jelah. Aku tak jahat.

Pastu ada satu hari tu, aku panggil dia dengan gelaran biasa dia. And then dia jawab...

"Kenapa kau panggil aku gorilla? Aku tak adalah besar sangat. Suara pun lagi kecil dari kau yang ada suara lantang tapi takut nak guna"

Hilang ingatan ke? Baru semalam dia panggil aku kingkong sambil gelak-gelak. Ke dia buat-buat lupa?

~~~~~~~~

Orait!!!!!!!!!

Skippu ke Form 1. Zaman mencari ikhtiar hidup. Zaman menuju ke alam dewasa dan zaman menjadi seorang belia.

Masa ni... tak adalah buat apa. Just jadi kawan yang normal. Tanya fasal kerja sekolah, esok ada sukan ke tak, ataupun hari khamis nanti ko-kurikulum apa.

Tapi, aku je kot yang perasan ada benda yang tak kena. Sebab time ni perangai aku macam gedik gila nak mati. Jadi dia kekadang je layan. Tak suka budak gedik dia ni.

~~~~~~~~

Naik ke tingkatan 2 eberiwon.

Aku start ada instagram time ni. Mula-mula niat aku nak follow semua classmate. Sebelum itu, yang buatkan instagram aku ni Ledang.

FLASHBACKWhere stories live. Discover now