Syafiq

92 2 2
                                    

Budak ni keding pastu ketot dulu time form 1. Lawak bila ingat balik suara penyet dia. Sekarang dia still keding. But suara dia dah berubahlah. Almaklumlah lelakikan... perubahan hormon lelaki start umur 15. So, dah jadi perkara biasa untuk para lelaki.

**********

"Ketot....oooo ketot... kenapalah kau ni ketot sangat"

"Senyap ah kau, lama-lama aku tinggilah. Mungkin lagi tinggi daripada kau. Lagi tinggi daripada kak Afiqah"

Duduk depan meja guru je budak ni. Senang nak kacau. Dia ni panas baran sekali meletus satu kelas dengar.

Tapi lepas 2 bulan susah nak kacau dia dah. Sebab crush dia duk sebelah aku a.k.a belakang dia. Pastu aku dengan crush dia main ramuan rahsia bersama-sama. Almaklumlah belum sampai lagi aku punya matang time Form 1. Pastu kawan sebelah crush dia ikut join sekali. Budak dua orang duk sebelah dia pun ikut join siap sponsore deodorant dengan minyak wangi lagi.

Maka tinggallah dia seorang diri membuat kerja rumah. Ustaz kat depan tengok je sambil dengar budak hafazan. Kawan baik aku yang selang satu meja duk sponsore lotion. Masuk punya masuk tiba-tiba....

"Sudah-sudahlah buat projek kamu tu... bila nak menghafal? Masa saya dah nak habis dah ni... kang saya bagi markah kosong dalam periksa baru tahu menyesal"

Pabila Ustaz berbicara. Hahah!!! Semua sentap pakat-pakat duduk tempat balik semua orang. Orang depan tu duk gelak terbahak-bahak.

"Berhenti gelak atau Ustaz bagi kosong untuk markah hafazan"

Terus senyap, aku pula yang tergelak tapi tak adalah besar sangat macam orang depan sana

Macam-macam benda kitorang duk gaduh pasal kertas pun boleh dikaitkan sekali.

But, something strange happen. Pada awal bulan 4, aku sedar yang aku suka dia. Boleh jadi kan?? Orang kata benci lelama suka.

Pastu mulalah bagi gelaran pelik-pelik. Comel, Kiut, Si C (Si Comel) dan segala macam nama yang tak sepatutnya dan akan buatkan orang termuntah. Disgusting...

Time bulan puasa pula, waktu aku tengah naikkan bendera merah, aku naiklah kelas ngan kawan aku dua orang yang turut serta naikkan bendera merah. Masa ni diorang tengah buat tilawah dalam kumpulan. Bagi alasan nak ke tandas je kat cikgu, pastu dah boleh naik.

Yang lelaki mana uzur. So, alasan untuk ke tandas jadi, tapi kena turun baliklah. Aku pula merancang nak letak sesuatu kat bawah meja Syafiq. Bodoh gak aku time tu dok percaya orang sangat.

Last time aku nampak benda tu kat dalam tong sampah. For the first time, I get dumb. Nice for him because crush dia terima cinta dia and mereka jadi couple. Aku tahu takkan bahagia sebab aku sangat kenal dengan cikgu kat situ.

I forgot someone. There's one girl. Her name is Ledang and she is one year older than me. I don't really know, maybe she's the one that bocorkan yang aku suka dekat Syafiq pada Siti Wan Kembang.

Joking!! Nama dia Siti Noraini. Dia antara budak perempuan yang paling kecoh dekat sekolah and Ledang is always with her. Maybe Ledang jadi agent spy 101 dia, untuk cari tau rahsia orang. Like korang suka siapa and... entah tulah yang paling hots setakat ni. Kawan aku pun terkena dengan dia. Ignore her this is not the time to put her in this section.

Aku suka dekat Syafiq macam temperature, always naik turun naik turun. Dalam masa sebulan suka gila. Bulan seterusnya kata "Aku kena berhenti suka dia sebab dia dah benci aku" dan sebulan lagi bertukar kepada suka.

Perkara ini berterusan sampailah aku naik ke tingkatan 2 dan pada pertengahan bulan April.

Kenapa perlu April? That's make me hate this month. But, aku tak boleh benci bulan ni, sebab abah lahir bulan April. That make sense.

FLASHBACKWhere stories live. Discover now