MUKASURAT 3

305 15 0
                                    

"Morning semua!"

Ceria suara aku menyapa semua yang ada kat dapur tu. Diorang pun tersenyum. Aku terus ke stor pekerja untuk menyalin pakaian kerja. Keluar dari stor tu, Aboy da terpacak kat depan pintu.

"Eh, Aboy! Aboy syif pagi? Bukan selalunya petang ke?"

"Tak la. Aboy ganti Syuk. Syuk ada hal sikit pagi ni."

"Ouh."

Aku mengangguk sambil melangkah beredar dari situ. Tapi, Aboy menarik lembut bahu aku dan berkata.

"Anees... Aboy ada benda nak cakap dengan Anees."

Aku merapatinya dan memandang mukanya yang nampak serius. Dia meneruskan kata-katanya.

"Anees cakap apa dengan lelaki tu semalam?"

"Ouh.. Pasal tu ke.. Tak ada apa la. Semalam kan dia tu nak pergi terjun dari jambatan tu ha. Gila, kan?! Nasib baik Anees sempat tarik dia. Tu yang tangan dia berdarah tu. Terjatuh kat jalan masa Anees tarik dia."

"Lepas tu Anees buat apa lagi?"

"Anees ajak dia masuk kafe ni. Err,, maybe Anees tarik dia masuk kafe. Hehe.. Nak sapukan ubat kat luka dia tu."

Tiba-tiba suara Akym kedengaran dari kaunter bayaran.

"Anees! Anees! Sini kejap!'

Aku terus berjalan menuju ke arah Akym dan meninggalkan Aboy kat situ.

"Ada apa?"

"Tu.. Mamat semalam tu nak jumpa kau."

Akym menuding jari ke arah lelaki yang duduk kat meja 25.

"Yes! Da agak! Mesti dia datang!"

"Kenapa?! Kau ajak dia dating kat sini ke hari ni.. Huh! Saja la tu nak jealous kan aku.."

"Haha.. Tak ada la. Aku tak ajak pun. Dia kan regular customer. Mesti la dia datang."

Aku tersenyum sambil kaki ingin melangkah keluar dari dapur. Tapi, sekali lagi Aboy mematikan langkah aku. Dia tarik tangan aku pula kali ni.

"Anees! Anees jangan rapat sangat dengan lelaki tu."

"Eh! Kenapa? Aboy kenal dia ke?"

"Tak.. Tapi Aboy rasa dia bukan orang baik."

"Ish! Tak baik cakap orang macam tu.. Takpe.. Anees tau jaga diri, ok?"

Aku berkata dalam senyuman dan berlalu pergi. Kaki aku laju melangkah ke meja 25.

"Hello, sir! Can I take your order now? Oh yeah! I know. It's cappucino iced and caramel cake, right?! Ok, please wait for a while."

Aku beredar ke kaunter dan meninggalkan pesanan tadi kat situ. Kemudian, aku melangkah semula ke meja tadi. Aku melabuhkan punggung di kerusi kat depan lelaki tu. Leaki tu masih memandang ke luar, perkara yang biasa dia lakukan.

"Ada apa nak jumpa saya ni?"

Dia tak membalas. Aku menyindir.

"Kalau setakat nak jumpa saya tapi awak termenung je pandang kat luar tu.. Hm.. Saya rasa baik saya sambung buat kerja saya."

"Thanks."

Dia bersuara tapi matanya masih memandang ke luar.

"Awak terima kasih kat siapa?"

Aku menyindirnya lagi sambil buat-buat mencari seseorang di luar kafe. Dia terus pandang kat aku. Pandangannya sayu dan serius. Dia berkata.

"Thanks for this."

Dia menunjukkan luka kat tangan dia tu.

"Awak nak thanks sebab saya cederakan awak or thanks sebab sapukan ubat malam tadi?"

Aku tertawa kecil. Dia masih serius membuatkan ketawa aku hilang. Dia berkata.

"Hmm.. Sorry jugak."

"Sorry pasal apa pulak?"

"Kasar dengan awak malam tadi."

Aku tersenyum. Karakter dia sekarang dengan malam tadi jauh berbeza. Cuma satu je yang aku tak puas hati, bibir dia masih belum ringan nak melemparkan senyuman.

"Hm.. Tak apa la. Saya faham awak tengah ada masalah."

Aku pandang dia. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke luar semula. Muka dia penuh dengan 1001 masalah. Aku rasa macam nak tanya je apa masalahnya. Tapi, nanti la dulu. Aku baru nak kenal dia.

"Ok la. Kalau tak ada apa lagi, saya nak pergi sambung kerja. Nanti mengamuk pulak bos saya."

Aku mengangkat punggung menuju ke kaunter makanan. Aku ambil dulang yang berisi kek karamel dan cappucino iced. Aku berjalan semula ke arah meja 25 tu.

"Here's your favorite.. Selamat menjamu selera."

"Terima kasih.."

Aku mengharapkan secebis senyuman tapi tak ada juga. Aku terus beredar dari meja lelaki tu dan meneruskan kerja aku.

*****


SAYANG SELAMANYAWhere stories live. Discover now