"Hello, Anees!"
"Ya. Aboy nak apa call Anees malam-malam ni? Da pukul 11 malam ni."
"Anees.. Tolong Aboy.. Aboy.. Aboy.. Anees tolong.."
Aku dengar suara Aboy macam dalam kesakitan. Tersekat-sekat.
"Aboy! Kenapa ni?! Aboy kenapa?!"
"Tolong Aboy! Cepat datang! Tolong Aboy.."
"Aboy kat mana tu?"
"Kat taman... Taman... Arghh! Taman sebelah sekolah menengah tu.."
"Ok! Ok! Anees datang sekarang!"
Aku bingkas bangun dari katil. Aku tukar baju tidur aku dengan 't-shirt' biasa. Pantas aku keluar dari rumah, masuk kereta dan terus pandu kereta aku ke taman itu. Taman yang ada menyimpan satu memori yang tak akan aku lupakan. Kat situ la Aboy lamar aku jadi 'girlfriend' dia dulu. Tapi, tu semua tinggal kenangan. Sampai kat sana, aku letak kereta aku dan terus masuk ke dalam taman. Dengan lampu taman yang malap-malap tu, aku cuba cari kelibat Aboy. Aku pandang kiri, kanan. Tapi, tak ada orang. Taman tu nampak kosong. Bayu malam yang bertiup membuatkan bulu roma aku meremang. Aku menjerit memanggil Aboy.
"Aboy! Aboy! Awak kat mana?"
Tiba-tiba ada satu lengan yang besar dan kasar melingkari leher aku. Aku tercekik, meronta meminta tolong.
"Erk! Lep.. Lepaskan... Lepaskan saya!"
Aku menampar berulang kali tangan yang melingkari leher aku tu. Tapi dia macam tak rasa aku tengah tampar dia. Aku da mula sesak nafas. Tangan tersebut mengheret aku, membawa aku ke suatu tempat yang agak gelap. Aku panik! Dan kemudian, badan aku dicampak ke pagar yang terpacak kat situ.
GEDEGANG!!!!
Badan aku melanggar pagar tu. Kesakitan yang aku alami membuatkan aku terduduk. Masa tu aku nampak kat depan aku ada satu susuk lelaki. Aku tak nampak wajah dia dengan jelas sebab kawasan tu gelap. Lelaki tu pun pakai baju hitam menambahkan kesukaran aku untuk melihat dia. Lelaki tu menghampiri aku. Semakin lama, semakin dekat. Kemudian dia mencangkung kat depan aku. Tangan kirinya yang bersarung tangan tu mengangkat dagu aku. Aku terdiam. Dia mendekatkan wajahnya ke muka aku. Ketika itu, baru aku nampak dengan jelas siapa lelaki tu dan aku sangat terkejut.
''Aboy?!''
"Aboy sayang Anees. Please jangan tinggalkan Aboy.."
Aboy kemudian cuba untuk mencium aku tapi aku pantas menolaknya sambil berkata.
"Apa Aboy ni! Tepi la!"
Aboy terduduk apabila aku menolaknya tadi. Aku cuba untuk bangun tapi Aboy lagi pantas menerkam aku. Tindakannya itu membuat aku terlentang dan Aboy pula berada kat atas aku. Dia berkata.
"Kalau Aboy tak dapat Anees, Aboy akan pastikan tak ada siapa akan dapat Anees."
Dalam kesamaran aku nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Pisau?! Aku makin panik. Nafas aku naik turun, naik turun dengan laju. Dia meletakkan pisau tu kat pipi aku dan menggerak-gerakkan pisau tu membuatkan aku dapat merasai ketajaman pisau tu.
"Aboy.. Kenapa buat Anees macam ni?"
"Sebab.... Sebab Aboy sayang Anees. Sebab Aboy tak nak orang lain ambil Anees."
Aboy meletakkan pisau tu kat leher aku pulak.
"Lepas ni takde orang yang akan ambil Anees dari Aboy. Anees, Aboy punya!!!"
Dia menjerit kemudian tersenyum. aku tak tau kenapa Aboy jadi macam ni.
"Aboy.. Anees sakit la Aboy buat macam ni."
"Shhh... Diam sayang."
Aboy mendekatkan bibirnye ke bibir aku. Air mata yang ingin mengalir keluar aku tahan. Aku tak mahu nampak lemah kat situ. Namun, aku da tak mampu mengelak tindakan Aboy tu sebab pisau yang kat leher aku semakin ditekan-tekan bila aku makin mengelak. Tiba-tiba ada suara garau menjerit.
"Woi! Jahanam! Apa kau buat ni ha?!!"
Tendangan kuat dan padu dikenakan kat Aboy menyebabkan Aboy yang tadi kat atas aku terpelanting jauh dari aku. Pisau ada kat tangannya tadi tercampak jauh darinya.
"Kau apahal nak merosakkan anak orang ke?!"
Suara yang sama bergema lagi. Aku nampak ada seorang lelaki tengah berdiri kat depan aku memandang tepat kat Aboy tapi air mata yang aku tahan tadi membuatkan pandangan aku kabur untuk melihat lelaki tu. Aboy bangun semula dan berkata.
"Huh! Hero tuan puteri da sampai. Memang tepat jangkaan aku. Saat yang dinanti-nantikan."
Aboy senyum sinis.
'Hero?!'
Aku tertanya dalam hati. Aku mengelap air mata aku untuk melihat siapa lelaki tu. Lelaki yang kat depan aku tu melangkah beberapa tapak ke arah Aboy. Kini, muka dia disinari cahaya lampu taman dan aku dapat melihatnya dengan jelas.
'Faruq?!'
Sekali lagi suara hati aku menjerit. Aku terkaku kat situ. Faruq semakin mendekati Aboy. Aboy pula menunggu dengan penuh bersedia untuk membelasah Faruq.
"Faruq! Jangan! Faruq!"
Aku menjerit kepada Faruq tapi malang, Faruq tak mengendahkan langsung bahkan api kemarahan terpancar kat matanya. Faruq da berada kat depan Aboy dan tanpa membuang masa, Aboy melayangkan satu tumbukan. Faruq dapat mengelak dan membalas dengan menumbuk perut Aboy. Aboy tersedak. Faruq pantas menendang badan Aboy yang tengah membongkok menahan kesakitan tu. Aboy terpelanting lagi. Dia tertiarap di tanah dan kat situ juga tempat pisaunya tadi tercampak. Dia nampak pisau tersebut dan terus mengambilnya. Dia menyembunyikan pisau tu kat dalam poket. Ada muslihat yang akan dilakukan. Aku nampak semua gerak-geri Aboy. Dia bingkas bangun dan berlari ke arah Faruq. Ketika da nak dekat dengan Faruq, dia mengeluarkan semula pisau tadi dan dihalakan ke arah dada sebelah kiri Faruq. Aku menjerit.
"Faruq!! Nooo....!!!"
*****
YOU ARE READING
SAYANG SELAMANYA
RomanceHi guys.. Da lama aku tak mengepost cerita yang panjang sikit kan. Haa.. Kali ni aku bagi korang. Cerita panjang/pendek. Haha.. Aku pun tak tau cerita ni panjang ke pendek. Clearly, cerita ni aku buat 5tahun lepas. Nama watak tu wujud cuma love stor...