bab 8

11.9K 483 26
                                    

Malam,

"Haziq"alya memanggil haziq.

Haziq memandang.

"Aku nak tidur atas katil harini. Sebab apa? Sebab ni bilik aku.so, kau kene dengar cakap aku." Arah alya

Tiba-tiba haziq bangun dan menghampiri alya yang sedang berbaring.

"Eh ! Apa lau nak buat ni! Kau jangan nak ngada ngada.. aku jerit kang." Alya sudah mula naik seram melihat senyuman nakal haziq.

Haziq merapatkan badannya ke badan alya. Alya tidak dapat berbuat apa apa. Badannya seakan terkunci. Dia hanya boleh menutup mata.

"Awak takut ke ke? "Tanya haziq sekadar menduga alya.

"Tak de maknanya. Aku ni gangster. Gangster takkan takut .lagi lagi dengan pondan macam kau." Alya membuka mata perlahan lahan. Dia tersangat terkejut kerana muka haziq tersangat rapat dengan mukanya. Tiba tiba haziq.....

"Hahahahahahahahahaha" dia melepadkan ketawa yang ditahan dari tadi.

"Asal kau gelak. Ingat lawak?" Alya sudah blushing kerana diperlakukan sebegitu.

"Awak patut tengok muka awak tadi. Cakap je tak takut. Muka tu dah pucat sangat dah. Takut tu cakap jelah takut!!.hahahaha. dengan saya pun awak takut. Kelakarlah." Haziq tidak henti henti ketawa. Dia tidak perasan alya sudah menyinsing kedua lengan bajunya .dia kini sedang nercekak pinggang di belakang haziq.

"Kau memang nak kene!!" Belum sempat alya nak memukul . . Haxiq sudah melarikan diri. Berlakulah adegan kejar mengejar. Tanpa disedari, ibu bapa mereka memerhati gelagat mereka sedang berkejaran. Muka masing masing tersenyum gembira.

"MAMA dah siapkan sarapan ni. Meh makan." Puan haziqah memanggil anak dan menantu nya turun.

Bagi membuatkan suasana sweet sikit , haziq meluk pinggang alya sambil berjalan menuju ke dapur. Alya memandangnya geram lalu memberikan jelingan tajam. Dia buay senyuman palsu. Dan mencium pipi haziq . Puan haziqah tersangat gembira melihat perubahan masing masing . Dia tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Amboi... sweetnya anak mama sekarang ni. " puji puan haziqah.

Haziq tersengih.

"Mama , papa boleh tak kitaorang tinggal sendiri? "Tanya haziq.

"Baru 2 hari kahwin. Teman lah dulu mama. " pujuk puan haziqah. Dia memang tidak boleh berenggang dengan anak kesayangan nya.

"Alaaa.. please mama."pujuk haziq lagi.

"Boleh laa... kitaorang nak belajar hidup berdikari." Tambah alya. Sebenarnya dia memang nak tinggal sendiri.. boleh dia buli si haziq ni cukup cukup.

"Haaa.... yelah yelah. Tapi janji. Setiap minggu datang melawat mama dengan papa tau." Haziq dan alya mwngangguk serentak.

"Bila nak pindah?" Tanya papanya.

"Esok boleh? " tanya haziq.

"Alaaaa... minggu depanlah.. "kata puan haziqah.

"Yelah yelah.."





Di rumah baru,

"Ahhh!!!! Sedapnya baring atas katil ni. " alya bergolek golek sehingga jatuh katil.

"Aduh!!!!!" Haziq yang terdengar jeritan alya bergegas masuk ke bilik.

"Eh!! Awak ok tak? " tanya haziq bimbang.

"Aduh!! Kau rasa apa. Terhantuk ni." Tiba tiba alya terasa seperti melayang.

"Eh apa kau buat ni.. turunkan aku." Buat seketika mata mereka bertatapan. Jantung alya berdegup kencang.
"Eh.. turunkan akulah.." kata alya yang baru tersedar.

Bersambung...

Kalau rasa sweet ke tak sweet ke ... best ke tak best ke.. komenlah

Peace yo! Bye!


Si Lembut itu aku punya ✔Where stories live. Discover now