Jinhye tiba awal di sekolahnya kerana harini puan Hyoyeon ada hal. Walaupun dia rasa seram, dia tetap cuba memberanikan diri. "Aishh... ibu ni memang sengaja. Dahla aku seorang ni. Pagi buta pulak tu." Bebel jinhye sendirian lalu masuk ke dalam kelasnya.
BEBERAPA MINIT KEMUDIAN.....
"Sehun, takpe ke seorang diri kat sekolah?" Tanya Changmin apabila keretanya sudah berhenti di hadapan sekolah. Sehun hanya mengangguk lalu keluar dari kereta tersebut. Dia memandang sekeliling sekolahnya yang sunyi lalu masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang telah tidur di belakang. Sehun terus mendekati orang itu. "Jinhye rupanya," Sehun terus duduk di sebelah jinhye yang telah terlelap. Sehun memandang lama muka Jinhye. "Saya comelkan" Jinhye berkata lalu membuka matanya. Sehun yang perasan terus memalingkan mukanya ke arah lain. Jinhye mencebik. "Alah, orang saje je. Sehun hanya diam.Semua orang masih belum datang. Jinhye mula rasa bosan. Dia memandang ke arah Sehun. Dia terus tersenyum Seperti orang jahat. "Awak, awak" panggil Jinhye. Sehun berpaling ke arah Jinhye lalu jinhye terus mencabut cermin mata Sehun. Sehun yang terperanjat dengan perbuatan Jinhye terus menyembamkan mukanya ke meja. "Pulangkan, cermin mata saya" kata Sehun dalam nada marah. Jinhye yang berasa seronok terus berkata, "kalau nak kejarla, kalau taknak saya patahkan" kata jinhye sekadar menyakat. Sehun tidak mengangkat kepalanya walaupun dia hendak sangat cermin matanya. Jinhye cuba memancing Sehun. "Awak, saya nk "Awak, awak" panggil Jinhye. Sehun berpaling ke arah Jinhye lalu jinhye terus mencabut cermin mata Sehun. Sehun yang terperanjat dengan perbuatan Jinhye terus menyembamkan mukanya ke meja. "Pulangkan, cermin mata saya" kata Sehun dalam nada marah. Jinhye cuba memancing Sehun. "Awak, saya nak Patahkan tau." Kata Jinhye dengan gayanya seakan-akan ingin mematahkannya. Sehun terus bangun dari tempat duduknya dan memandang jinhye. Muka Jinhye terus berubah. "A...wak ma..ta aw..ak bi..bi..ru" kata jinhye. Sehun terus mendekati Jinhye dan merapatkan matanya ke Jinhye supaya jinhye ketakutan. "Wah! cantiknya." Jinhye segera mendekatkan mukanya. Sehun yang terperanjat terus menjauhkan mukanya. "Awak tak takut ke?" Tanya Sehun kehairanan. "Buat pe nak takut. Cantik. Lagipun jarang tau orang ada mata Macam awak." Jinhye terus memulangkan cermin mata Sehun.
-------SKIP------- (masa pj )
"Baiklah, harini kamu semua akan bermain bola" (xthu nk ckp bola apa). "Yeah!" Semua murid bersorak kegembiraan. "Bahagikan kumpulan. Campur laki perempuan." Semua sedang sibuk mencati rakan kumpulan. "Tak cukup lagi sorang. Semua dah ada grup sendiri. Alah, nanti tak boleh main." Keluh Minah. Jinhye ternampak Sehun keseorangan. Dia terus menuju ke arah Sehun dan menariknya ke kumpulan mereka. "Dah cukup." Kat jinhye.Minah tersenyum. "Ok. Jom kita main!" Sehun terpaksa juga mengikut kehendak Jinhye."Aduh, sakitla." Bola terkena muka Jinhye. "Tulah, kalau tak pandai main jangan main." Jinhye hanya mampu menahan geram. Ahli kumpulan Jinhye segera mendapatkan Jinhye. Minah yang seperti memahami Jinhye segera membawa Jinhye ke tandas. Sehun yang memerhatikan kejadian itu merenung tajam ke arah kumpulan tersebut.
------------------------------------------
"Awak,pipi awak merah!" Jinhye segera melihat mukanya ke cermin.Jinhye segera memandang cermin. "Ni yang saya tak suka." Minah segera meletakkan ais ke muka jinhye. "Saya kena balik ni, awak ok tak?" Tanya Minah. Jinhye mengangguk menandakan dia ok.
------------------------------------------
Jinhye memandang sekeliling. Tiada orang. Dia berjalan dengan berhati-hati sambil memegang pipinya. "Huh, nasib baik pj masa last, kalau tak bengang je." Jinhye segera masuk ke dalam kelas. Dia ternampak Sehun yang masih di dalam kelas. "Kenapa dia ada kat sini?" Jinhye menuju ketempatnya. Sehun yang perasan memandang Jinhye dengan pelik. "Kenapa awak tutup pipi awak?" Tanya Sehun. "Saje je." Jinhye cuba berlagak biasa. Tiba-tiba, Sehun menarik tangan Jinhye. Sehun ternampak kesan merah yang jelas seperti kena tampar pada pipi Jinhye. "Awak sakit lagi ke?" Tanya Sehun. "Dah ok dah ni. Kulit saya memang macam ni. Kena sesuatu terus merah." Jinhye cuba berlagak gembira walaupun hakikatnya memang sakit. Dengan tidak semena-mena, Sehun memegang pipi Jinhye.Jinhye agak terperanjat dengan perbuatan Sehun. Sehun melepaskan tangannya. "Pipi awak dah ok. Kalau tak percaya pergi tengok cermin." Jinhye segera melihat cermin. Pipinya tidak merah lagi. Dia memandang Sehun. "Apa yang awak buat?" Tanya Jinhye kehairanan. Sehun hanya senyap. "Hmm, memandangkan awak dah ubatkan saya, harini saya ajak pergi jalan-jalan, nak tak? Ibu saya takde kat rumah. Sebab tu saya boleh balik lambat." Sehun teringat pakciknya juga tiada harini. Sehun hanya mengangguk tanda setuju.MALAM...
Jinhye dan Sehun berjalan-jalan di bandar. "Awak, tengok tu." Jinhye segera menuju ke arah kedai teddy bear. Sehun hanya mengikut dari belakang. "Comelnya," jinhye memeluk salah satu teddy bear di situ.Sehun tersenyum melihat gelagat Jinhye. Tiba-tiba, kepala Sehun terasa berat. "Kenapa pening kepala pulak ni. Jangan-jangan..." Sehun segera membuka cermin matanya dan melihat matanya di cermin tersebut. Matanya telah bertukar warna merah. Dia segera memakai cermin matanya kembali dan mengajak Jinhye pulang. "Alah, orang tak puas lagi." Jinhye merengek seperti budak kecil. Jinhye menarik tangan Sehun untuk berjalan-jalan lagi. Sehun hanya mampu mengikut. Jinhye membawa Sehun ke kedai cenderamata pula. Semasa Jinhye sedang sibuk, dia terpandang Sehun yang seperti keresahan. "Sehun, sejak bila awak ada gigi taring?" Jinhye seperti hendak ketawa manakala Sehun segera menarik tangan Jinhye. "Saya nak balik, SEKARANG!" Jihye hanya mencebik dan mengikut kehendak Sehun.
---------------------------------
"Ni rumah awak?" Tanya Jinhye. Sehun tidak menjawab dan terus masuk.Jinhye ternampak Changmin keluar dari rumah tersebut. "Sehun, baru balik?" Changmin menyedari perubahan Sehun lalu membiarkan Sehun masuk ke biliknya. "Saya pergi dulu ye." Jinhye terus pergi dari situ.
-------------------------------------
"Sehun, nah darah." Changmin memberikan pek darah kepada Sehun. Sehun yang berada dalam bilik segera mengambilnya dan meminumnya seperti minum bubble tea(hehe)."Uncle rasa lega kamu boleh tahan." Kata Changmin lalu pergi dari situ. Sehun yang mendengar hanya mengeluh, "Saya pun tak tahu kenapa saya tak sanggup hisap darah Jinhye."
----------------------------
Macam mana dengan part ni?
YOU ARE READING
[Complete]Can You Accept Me?
Roman d'amourKisah cinta antara 2 makhluk dari puak yang berlainan iaitu puak vampire dan wolf yang sering berperang. Tanpa disedari, mereka telah dikurniakan seorang anak yang berdarah vampire-wolf. Sehun- separuh vampire separuh wolf yang inginkan kehidupan n...