BAB 1

1.4K 14 1
                                    

Kringggggg ! Bunyi loceng menandakan perhimpunan di SMK Seri Aman akan bermula. Semua pelajar bergerak menuju ke dataran perhimpunan.

Seperti biasa pelajar beratur mengikut kelas masing- masing. Perhimpunan mingguan pada hari Ahad ini agak istimewa.

Ratusan pasang mata kini tertumpu pada deretan piala berwarna keemasan dan sebuah hamper yang teratur rapi di atas meja. Seramai 21 orang peserta pertandingan bahasa berirama yang akan menerima piala itu.

Pengacara majlis menjemput guru penolong kanan mengiringi tuan pengetua untuk penyampaian hadiah kepada para peserta. Setiap kali nama peserta dipanggil, para pelajar memberikan tepukan paling gemuruh sebagai tanda sokongan.

Sekali lagi nama. Nur Meltida Binti Haji Rashid dipanggil oleh pengacara majlis. Tetapi kali ini untuk menerima sijil dan piala serta hamper sebagai kondukter terbaik.

Tiba-tiba penglihatan Nur Meltida menjadi kelabu. Pandngannya berpinar-pinar. Kepalanya amat pening. dia cuba bertahan tetapi Nur Meltida rebah. Suasanya perhimpunan menjadi gawat.

Apabila Nur Meltida sedar, dia dihantar pulang oleh guru yang bertugas. Kelihatan emaknya amat risau melihat keadaan anaknya. Cikgu Sakinah berpendapat bahawa Nur Meltida pengsan akibat tidak dapat rehat yang mencukupi.

Cuz It's Call JODOHWhere stories live. Discover now