BAB 5

623 10 0
                                    

Deruan ombak galah memukul pantai. Pepohon ru menari-nari mengikut rentak tiupan bayu pagi. Namun fenomena alam itu sedikitpun tidak mendamaikan hatinya yang sedang rawan.

Kawasan peranginan itu semakin ramai dikunjungi oleh para pelancong. Sudah lebih 20 minit dari masa yang dijanjikan. Bayangan pemuda itu masih tidak kelihatan. Dia mula resah menanti kehadiran Shah.

"Assalamualaikum." Suara member salam mengejutkan Meltida.

"W'salam." Jawab Meltida.

"Dah lama sampai ?" Tanya Shah sambil tersenyum manis.

"Hampir setengah jam menunggu" jawab Meltida.

"Maafkan saya sebab lewat. Motor saya buat hal tadi. Nak call awak, awak pula tak ada telefon." Jelas Shah.

"Tak apalah. Yang penting awak datang." Balas Meltida.

"Jom kita ke batu sana" ajak Shah.

Meltida mengangguk setuju.

"Kenapa Mel nak jumpa Shah ?" Tanya Shah memulakan perbualan.

"Shah, sebenarnya..." kata-kata Meltida terhenti seketika. Dia teragak-agak.

"Sebenarnya apa ? cakaplah jangan malu-malu" tekan Shah.

"Sebenarnya I err... mengandung" Akhirnya terluah juga apa yang disimpan walaupun sedikit teragak-agak di permulaanya.

"Whattt ??? Awak pregnant?" suara Shah meninggi. Dia terkejut.

Dia bingkas bangun. Mencerlung matanya memandang Meltida. Sandiwara apakah ini ? Kalau mengandung sekalipun, kenapa mesti bagitau aku ? Desisnya dalam hati.

Meltida juga turut bangun. Dia membalas renungan Shah. Dapat dia rasakan renungan Shah tidak dapat menerima kenyataan yang dia beri. Dia menjadi bimbang. Dadanya mula berdebar-debar. Reaksi pemuda itu mula menegang.

"Yes, I'm pregnant" ulang Meltida.

"So, apa kaitannya dengan saya ?" Tanya Shah selamba.

Terkejut eltida mendengar pertanyaan Shah.

"You Tanya apa kaitan kandungan di dengan you ? hei, you bodoh ke apa ? anak yang I kandung ni anak kita berdua. You mesti bertanggungjawab atas apa yang you lakukan terhadap I !" tegas meltida.

Shah terduiduk membatukan diri. Dia mengimbau kembali kenangan itu. Apa yang dikatakan Meltida itu betul. Dia telah menodai gadis itu tanpa sedar. Air minuman yang diberikan olehnya krepada Meltida sebenarnya dicampur dengan pil tidur. Akhirnya tubuh gadis itu dapat dinikmatinya.

Apabila tersedar daripada lena, gadis itu menangis teresak-esak apabila menyedari tubuhnya tidak diselaputi Seurat benang. Lantas dia memujuk gadis itu dengan menabur kata-kata manis. Shah mengakui dia salah. Tapi keegoannya, terlalu tinggi. Dia tidak mahu terikat dengan apa-apa tanggungjawab. Dia mahu hidup bebas. Dirinya mempunyai komitmen lain. Bukan sebagai bapa dalam usia muda ini. Dia mencari helah lagi untuk melepaskan diri.

"Maaf Mel, I tak dapat terima bayi yang you kandung tu." Akhirnya Shah bersuara. Secara tidak langsung dia melepaskan tanggungjawabnya kepada bayi yang dikandung itu.

"Shah !!!" jerit Meltida. Air matanya mengalir lagi.

"Err, macam nilah. I bagi you duit, you gugurkan kandungan tu. Habis cerita." Cadang Shah.

Kemudia dia mengeluarkan beberapa keping wang kertas daripada dompetnya. Meltida menggeleng-geleng. Riak terkejut jelas diwajahnya. Shah benar-benar melampau.

"Kau kejam Shah ! kau kejam! Kau tak berhati perut. Lepas satu dosa besar yang kau lakukan,. Kau nak buat lagi satu dosa besar ? anak dalam kandungan ni tak bersalah ! dia berhak melihat dunia ni ! biar apa pun terjadi, aku tetap akan melahirkannya !" ujar Meltida tegas.

"terpulanglah pada you ! yang besar pun perut you, bukan I. tapi apa yang I nak beritahu, esok I akan berangkat ke Australia. So, pandai-pandailah you bawak diri." Jelas shah dengan angkuh.

"jadi segala yang you lakukan ni dirancang ?"soal meltida.

"lagipun Mel, I ni anak orang berada dan dihormati. Takkan lah I memilih gadis semurah you untuk dijadikan suri hidup I. Mak ayah I pun you tak kenal." Ujar Shah sambil tersenyum sinis.

" cukup Shah! Cukup! Now, ypu boleh pergi. Berambus dari hidup I. I tak nak tengok muka you lagi! Dasar jantan tak guna ! Syaitan bertopengkan manusi ! I benci you ! I benci!" jerit meltida sekuat hati.

"Selamat tinggal Mel. Lepas ni I tak akan tunjukkan lagi muka I yang kacak ni depan you okay, sayang. Kasihannya." Ucap Shah berlalu pergi.

Air matanya mengalir. Hatinya penuh luka. Esak tangisnya mulai reda. Terasa kurang sedikit lelah di dada. Namun, tirai matanya masih berair. Lantas dia mengeluarkan tisu lalu mengelap sisa air matnya dan pulang ke rumah.

Hi, maaf atas typo yang dilakukan. Mohon jangan jadi silent reader. Please Vote ☆ and comment. Baru ada feel nak sambung. Selamat membaca.

Cuz It's Call JODOHWhere stories live. Discover now