BAB 3

929 11 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Cuaca pada pagi itu amat cerah. Mentari sudah menapak tinggi di dada langit. Sinarnya sudah mula panas menyengat kulit yang terdedah. Bandar Kota Tinggi sudah mula sibuk dengan kenderaan.

Meltida mengatur langkah masuk menuju ke klinik kausar. Ada bebrapa orang yang sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor. Seorang ibu mengandung memberikan senyuman kepadanya. Dia membalas senyuman otu dengan wajah yang pucat.

Setelah menyerahkan kad pengenalan di kaunter pendaftara, dia duduk menunggu giliran namanya dipanggil. Harap-harap aku hanya migrin biasa sahaja, bisik hati kecil Meltida. Namun terselit juga debaran didada.

"Nur Meltida Bt Haji Rashid" panggil seorang jururawat yang bertugas. Tertera nama 'DR. YUSUF' pada pintu bilik itu. Meltida bangun dan memasuki bilik rawatan itu dengan hati yang berdebar.

Bagai ada satu objek besar menghempap diri. Lemah segala urat sendinya. Bagai mahu terkeluar jantung nya. Dia hampir pengsan apabila mendengar pengesahan doktor atas pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya. Betul ke apa yang diakatakan doktor itu ?
"Tahniah!", senyuman manis diberikam oleh doktor kepada Meltida sebelum menyambung bicaranya.
"Saudari Meltida mengandung. Dah dua minggu," sambung doktor itu.
Dia diam seketika apabila melihat riak wajah Meltida.
"Sakit atau pening dan muntah adalah perkara biasa diawal kehamilan. Lebih lebih lagi mengandung anak pertama. Saudari jangan bimbang, biasanya keadaan seperti ini untuk tempoh dua tiga bulan sahaja. Saya nasihatkan agar saudari banyakkan berehat dan makan makanan yang cukup nutrien. Nanti saya berikan beberapa ubat, saudari perlu makan mengikut waktu yang ditetapkan ya," sambung doktor itu lagi.

Kata kata doktor Yusuf sebentar tadi masih terngiang ngiang ditelinganya.
Saya belum kahwin lagi doktor !!! Jeritnya kuat. Namun hanya dalam hati.
Perasaannya bercampir baur. Diruang matanya terbayang wajah setiap ahli keluarganya. Pasti mereka malu dengan keadaanya yang mengandung anak luar nikah. Dia telah menconteng arang dimuka kedua org tuanya. kalau lah kedua orang tuanya tahu akan keadaan dirinya, pasti mereka akan mengamuk.

"Ya Allah, aku telah melakukan dosa besar terhadapMU, ampunilah aku! Bagaimana aku hendak menghadapi situasi semua ni ?" Bibirnya berbicara sendiri. Nasi telah menjadi bubur. Dia sendiri yang menjolok sarang tebuan. Tidak berguna untuk dia menyesal.

Parti hari jadi sahabatnya, Rieka bulan lepas bermain di mindanya. Dia pergi bersama Shah seorang jejaka yang baru dikenalinya kira kira sebulan yang lepas di laman maya 'WeChat'. dia sendiri kurang jelas tentang latar belakang Shah. Bila sudah terjadi begini, barulah nak menyesal. Tapi sayang, semua dah terlambat.

Selesai parti ulang tahun sahabatnya, Rieka pada petang Jumaat, Shah mengajaknya singgah ke rumah sewanya sebentar dan berjanji akan menghantarnya ke perhentian bas sepertimana dia mengambilnya semasa Meltida datang.

"Kita pergi ke rumah sewa Shah dulu ya", ajak Shah lembut.
"nak buat apa ?", tanya Meltida. Namun dia tidak pula mengesyaki sesuatu yang tidak elok akan dilakukan oleh lelaki itu.

Lagipun ini bukan kali pertama mereka berjumpa. sudah banyak kali mereka berjumpa di Pantai Desaru.

"saja. Shah nak tunjukkan pada Mel rumah sewa Shah. Nanti kalau Mel nak jumpa Shah senanglah, datang ja ke rumah sewa Shah," jawabnya memancing Meltida sambil mengukirkan senyuman manis.

Dalam hati Shah berharap Meltida menerima cadangannya itu. Meltida lemah denga pujukan lelaki itu. Senyuman yang terukir dibibir cukup untuk mencairkan hati dan perasaannya.

"kawan-kawan Shah macam mana ?" Bimbang juga dia kalau kedatangannya tidak disenangi oleh mereka. Atau mereka melakukan sesuatu yang di luar batas kemanusiaan.

"biasanya hari cuti macam ni dia orang keluar ke Bandar atau balik kampung. Petang atau malam baru balik. Tadi masa Shah keluar pun diorang tak ada kat rumah," jawab Shah cuba meyakinkan Meltida. Dia tahu kebimbangan yang bersarang di hati gadis itu.

Apa yang dikatakn oleh Shah tentang rakan-rakannya itu memang benar. Mereka yang ada buah hati akan keluar dating, yang tak ada buah hati akan pulang ke kampung. Petang minggu atau malamnya baru balik.

Tanpa berfikir panjang lagi, Meltida menerima ajakan Shah dengan rela hati. Penerimaan itu kerana kepercayaannya terhadap Shah. Takkanlah Shah ada berniat jahat denagnnya. Selama mereka berkawan, Shah tidak pernah melakukan perkara yang tidak baik terhadapnya. Kejujuran pemuda itu jelas kelihatan pada sinar matanya ketika itu. Kata orang, demi kasih kuturutkan.

Tapi Meltida lupa, apabila insane yang berlainan jantina berdua-duaan akan mucul makhluk ketiga iaitu Syaitan yang akan membisik dan menghasut. Termakan dengan pujuk rayu dan janji-janji manis Shah, akhirnya tanpa sedar dia hilang mahkota kewanitaanya. Menangis air mata darah sekalipun, daranya itu takkan kembali. Shah harus bertanggungjawab terhadap anak dalam kandunganku ini. Shah harus diberitahu. Dia tidak boleh lepas tangan, bisik hati kecil Meltida. Manik-manik jernih berjuraian di pipi mulusnya.

"dik kenapa menangis ni ?" tegur seorang pekerja perempuan MDKT yang sedang menyapu sampah berhampiran wakaf tempat dia berlabuh. Sedari awal lagi dia telah memerhatikan meltida duduk berseorangan di wakap itu denag nwajah sugul.

Meltida tersentak. Lamunannya terhenti. Cepat-cepat dia menyeka air mata dan berlalu pergi.

Perkerja perempuan itu hanya menggeleng kepalanya menyaksikan gelagat Meltida.

"haish, budak zaman sekarang ni, baru tegur sikit dah lari," omelnya sendirian sambil menyambung semula kerjanya,

Berat kakinya melangkah bagai dirantai dengan sesuatu objek besar. Bahunya bagaikan sedang memikul sebakul beban yang berat. Digagahinya jua mengheret kaki untuk terus masuk ke dalam rumah. dia bertlagak tenang agar tidak mengundang apa-apa yang boleh mencurigai emaknya,

"baru balik along ? macam mana ? apa kata doktor ?" tanya Mak Jah.

"hmm, doktor kata migrin ja mak. kena banyakkan berehat. Mak janganlah risau.," bohong Meltida.

Sampai bila dia ingin berselindung dengan kata-katanya itu entahlah. dia pun tak tahu.

"Lapang dada mak bila kau kata macam tu. dah masuk bili. pergi berehat" kata Mak Jah.

Meltida mengangguk lalu berlalu ke bilik tidurnya.




Maaf atas typo yang dilakukan.
Selamat membaca

Cuz It's Call JODOHWhere stories live. Discover now