BAB 9 - PERTEMUAN

427 5 1
                                    

"Nak, kenapa menangis ni ?" tegur satu suara perempuan.

Sepasang suami isteri sedang berdiri dihadapannya. Lamunannya terhenti di situ. *aiseyyy, macam lagu*

Cepat - cepat dia menyeka air mata dengan jemari halusnya. Sebuah senyuman cuba diukir semanis mungkin walaupun pahit. Namun, ia tetap kelihatn fake smile.

"cakaplah kat mak cik, mana tau mak cik boleh tolong," sambung wanita itu. Usianya dalam lingkungan 50-an.

Lembut sahaja tutur bicaranya. Dia menggosok belakang Meltida cuba memberi sedikit ketenangan.

"janganlah takut. Kami berniat ikhlas. Beritahu apa masalah kamu, In shaa allah, Pak cik dan makcik akan tolong," ujar lelaki disebelah wanita itu. Dia turut bersimpati dengan Meltida.

Meltida masih mendiamkan diri. Dia teragak-agak untuk menjawab pertanyaan sepasang suami isteri itu. Fikirannya bercelaru.

"siapa nama anak ni ?" Tanya wanita itu.
"Nur Meltida," jawab Meltida

"Nama makcik Fatimha, ni suami makcik, Othman," ujar wanita itu memperkenalkan dirinya.

"Meltida dengan pakaian sekolah ni denga menangis bagai ni, kena tinggal ke ?" ijar Haji Othman.

Meltida menggeleng. Dia menangis kembali.

"Saya..... saya..... saya dihalau ayah saya," jawab Meltida dengan esakan halus. Air matanya gugur kembali.

Hajah Fatimah memeluk Meltida. Dia cuba menenangkannya. Dia terkejut dengan pengakuan Meltida. Ayah mana pula yang sanggup halau anak yang masih bersekolah ? pelik. Kebiasaanya, anak yang lari dari rumah.

Haji Othman hanya menggeleng. Dia turut bersimpati dengan Meltida. Anak ini, mesti ditolong, bisik hati Haji Othman.

"Kenapa ?," soal hajah Fatimha.

"Panjang ceritanya, makcik." Jawab Meltida sambil menyeka air matanya.

"Sudah lah, jangan menangis lagi," pujuk hajah Fatimah.

"habis, sekarang Meltida nak kemana ? hari dah lewat petang ni. Takkan nak duduk sini saja?" Tanya haji Othman.

Meltida menggeleng. Dia tidak tahu kemana halatujunya selepas ini.

"Macam nilah, apakata kalau Meltida ikut saja kami balik. Lagipun, kami Cuma tinggal 3 orang sahaja di rumah dengan seorang lagi anak perempuan kami. Mungkin sebaya dengan Meltida," ujar Haji Othman.

Meltida memandang sepasang suami isteri itu. Dia benar benar terharu.

"Dahl ah, jangan menangis. Mari kita balik," ujar hajag Fatimah sambil memimpin tangan meltida menuju ke kereta Honda hitam.

Perlahan lahan kerta itu berlalu dari perkarangan masjid. Sepanjang perjalanan Meltida hanya mendiamkan diri. Dia bersyukur kerana masih ada insane yang baik hati membantunya.














Apakah yang akan berlaku seterusnya ? Nantikan bab yang seterusnya.




Hi, sorry lambat update. Sis busy sangat. Ni cuti baru ada masa. Mohon jangan jadi silent reader. Please comment n vote untuk bagi sis semangat nak update bab seterusnya.

Cuz It's Call JODOHWhere stories live. Discover now