BAB 10 - KEHADIRAN

430 5 2
                                    

"Meltida.." kejut Hajah Fatimah sambil memegang lengan Meltida.

Dengan sekali panggilan sahaja, Meltida sudah terjaga. Dilihatnya kereta Honda itu berhenti di depan sebuah rumah banglo 2 tingkat.

"Dah sampai, mari keluar," ajak Hajah Fatimah.

Dia tersenyum melihat Meltida terpinga pinga.

"Masuklah" pelawa Haji Othman pula.

Meltida teragak-agak. Takut kehadirannya tidak disenangi oleh anak perempuan sepasang suami isteri itu.

"Duduklah dulu Meltida. Mak cik nak panggil anak mak cik sebentar. Atika ada di bilik agaknya," ujar Hajah Fatimah.

Dia menaiki tangga menuju ke bilik anak gadisnya.

Tok... tok... Tok...

Hajah Fatimah mengetuk pintu bilik anaknya.

Atika memulas tombol pintu bilik.

"Ada apa bu ?" sahut Atika di sebalik daun pintu.

'Ibu nak kenalkan seseorang pada adik," kata Hajah Fatimah sambil tersenyum melihat anaknya yang terpinga-pinga.

Siapa pula yang ibu nak kenalkan ni ? aku rasa semua sedara aku kenal. Ke ada yang tercicir lagi ? Tapi, ibu punya senyum lain macam. Entah-entah ada orang merisik aku tak ? Hatinya berbisik nakal. Dia tersengeh bagai kerang busuk.

"Ehh, sempat berangan budak bertuah ni. Jom turun cepat. Kesian dia tunggu lama," arah ibunya.

Mereka beriringan menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

"Meltida," panggil Hajah Fatimah.

Meltida sedikit terkejut. Dia bangun.

"Inilah anak mak cik. Atika Sarah nama dia," Hajah Fatimah m,emperkenalkan anaknya.
Meltida cuba mengukir senyuman walaupun debaran kencang di dada. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis yang berkulit putih melepak dan berhidung mancung.

Huluran tangan Meltida disambut dan senyuman ikhlas diberikan kepada Meltida.
Lega hati Meltida melihat senyuman itu. Degupan jantung kembali normal. Segala tanggapannya terhadap gadis ini meleset sama sekali. Dia yang terlalu cepat membuat penilaian. Gadis itu ikhlas menerimanya di dalam rumah ini.

"Adik, tolong bawak kakak naik atas. Tolong kakak kemaskan bilik dia," arah hajah Fatimah.

Dia lebih suka membahasakan Meltida sebagai kakak kepada Atika.

"Orite ibu. Jom kita naik atas," ajak Atika.

******

"Ini bilik akak," tunjuk Atika.

"Sebelah ni bilik Atika. Yang depan tu bilik angah, tapi angah kat oversea. Pintu kat hunjung tu bilik air. Sebelah bilik angah, bilik ayah dan ibu. Hujung sana bilik bacaan dan bilik solat," terang Atika bagaikan broker rumah.

"Mari kita pasang cadar," ujar Atika sambil mengeluarkan cadar baru dari almari.

"Okay lah kak, semua beres. Akak rehatlah dulu. Mesti akak penatkan. Nanti kita turun makan malam sama sama. So, atika turun dulu.," kata atika smbil berjalan keluar.

Meltida mengangguk sambil tersenyum.

"Terima kasih Atika," ucap Meltida.

Hanya sekumtum senyuman dib alas sebelum Atika menghilangkan diri di sebalik pintu.







Keluarga Haji Othman dapat menerima kehadiran Meltida dengan baik setakat ini. Keluarga Haji Othman masih belum mengetahui apakah punca Meltida dihalau Oleh bapanya. So, apakah yang akan berlaku setelah keluarga Haji Othman mengetahui rahsia Meltida ? Adakah Meltida akan diusir Dari rumah itu ? Nantikan bab seterusnya...





Fuhhhh, siap juga bab 10 ni. So, gaisss... Please beri response. Vote n comment. Jangan lah jadi silent readers.

Cuz It's Call JODOHWhere stories live. Discover now