Lari

664 20 0
                                    

Dia melangkah laju. Dia harus cepat lari dari situ. Nyawanya dalam bahaya.

Baru sahaja 2 minit berlalu selepas dia menyaksikan kejadian tembak menembak didepan matanya. Darah yang tersembur dari kepala si mati masih segar diingatannya. Mangsa tembakan mati ditempat kejadian.

Dan dia nyaris menjadi mangsa kedua setelah peluru yang ditembak lelaki bertopeng hitam tersasar mengenai tiang konkrik.

Otaknya tidak mampu mengeluarkan sebarang arahan. Dia hanya tahu berlari dan terus berlari.

Minit ke-3 dan dia masih berlari jauh dari lokasi kejadian. Dia yakin pembunuh itu masih mengejarnya. Masih lagi dekat dibelakangnya.

Ruang parking tidak berdinding itu lengang tanpa kereta. Hanya ada dia yang terus menerus berlari.

Dan lariannya terhenti apabila kakinya tidak lagi menyentuh lantai. Dia kini di ruang udara, meluncur laju kearah graviti.

Kepalanya pecah, bersepai. Darahnya memenuhi permukaan jalan. Pekat mengalir. Otaknya tersembur keluar. Tiada lagi lari. Dia mati.

KoleksiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang