Botak

320 10 0
                                    

Kepala dia mengerutu. Kebelakangan ini dia selalu saja hilang fokus pada kerjanya.

Stress dimarahi majikan, dia memandu laju pulang ke rumah. Yang pastinya anak bini sedang menanti.
Tapi saat itu dia kusut. Ketika dia melangkah keluar dari bilik Encik Rashid sebentar tadi, dia terdengar suara-suara rakan sepejabatnya seperti mengejeknya. Dia kusut.

Peristiwa diejek oleh rakan sekelasnya dulu kerana kepalanya botak semulajadi tanpa sehelai rambut menjengah dikepala. Peristiwa itu menambahkan lagi kusut di kepalanya. Bukan saja botak, tubuhnya yang kecil menjadikannya mangsa buli oleh rakan-rakannya. Dia pernah dipukul di kepala, di hentak ke lantai sehingga kepalanya yang botak itu berdarah. Semuanya kerana kepalanya botak. Dia masih boleh dengar ditelinganya suara-suara itu ketawa, saat darah keluar dari kepalanya.

Dia masih laju memecut tanpa sedar keretanya sudah melewati simpang rumahnya.

Pernah berkali-kali dia cuba untuk melawan balik. Berkali-kali dia berimaginasi untuk memukul dan menghentak semua kepala yang pernah membulinya sambil tersenyum melihat darah sepertimana kepala botaknya yang berdarah dulu. Pastinya dia berpuas hati.

Sesiapa saja yang memanggilnya botak pasti dipukul sehingga berdarah. Selepas itu dia akan ketawa kepuasan.

Puas, walaupun sekadar imaginasi.

Darah pekat mengalir ditangannya. Hangat percikan darah dimuka turut dirasai. Dia kepenatan, terduduk di kerusi single di ruang tamu rumahnya itu. Lantai ruang tamu rumahnya dipenuhi darah pekat. Sekujur badan kanak-kanak terbaring kaku di lantai dengan kepala yang berdarah. Di sudut penjuru ruang tamu rumahnya pula seorang perempuan yang sedang histeria, menangis sambil memerhatikan anaknya yang terbaring kaku dilantai dan juga suaminya yang sedang ketawa, di kerusi single itu.

KoleksiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang