Night Walk part 1

547 15 0
                                    

Arahan night walk
1- Mulut jangan cabul.
2- Ikut cakap fasi.
3- Jalan mesti berpasangan.

Anis meneliti arahan nightwalk yang disalin petang tadi. Fasi Akmal yang menerangkan arahan keselamatan untuk night walk hanya ditenungnya penuh khusyuk. Arahan yang diberi hanya ditulis sekadarnya. Tidak satu pun melekat di benak otaknya.

Akmal. Fasilitator yang bertubuh sasa dan memiliki rupa iras-iras shah rukh khan menjadi kegilaan bukan sahaja Anis, tetapi semua peserta perempuan yang lain.

Entah kenapa Anis terdetik untuk meneliti kembali arahan keselamatan itu. Van yang memuatkan 10 orang peserta itu semestinya gelap. Sesekali ada lampu jalan yang terpacak dibahu jalan menyuluh ke dalam ruang dalam van.

Samar- samar kelihatan tulisan diatas buku notanya itu. Matanya dikerah untuk meneliti apa yang ditulisnya.

2- Ikut cakap fasi.

Kepalanya tiba-tiba pening dek kerana membaca dalam van. Dia pasrah. Buku nota disimpan kembali.

Ikut je lah cakap fasi. Getus hatinya.

..........................

"Masuk hutan ni kena beringat."

Ringkas pesan seorang tua yang menyambut kedatangan mereka sebelum hilang dalam kepekatan malam.

Anis, paling akhir turun dari van. Dia sejak dari awal perjalanan sudah pun hilang semangat untuk sertai Nightwalk ini apabila dia mendapat tahu Fasi Akmal tidak dapat turut serta.

"Anis, kamu pair dengan Sabrina."

Dia mengangguk sahaja. Akur dengan keputusan.

Sedang matanya melilau kearah hutan tebal, sesuatu telah ditangkap oleh pandangan matanya.

Dia senyum. Dan semangatnya kembali hadir.

Apalah fasi ni. Tipu je kije. Hati dia bermonolog

"Ok, saya nak kamu semua jalan dalam barisan secara berpasangan. Jangan ada yang tercicir. Faham?"

Semua peserta mengangguk tanda faham.

Perjalanan Nightwalk dimulakan.

Anis sesekali menoleh kebelakang memerhatikan sesuatu. Dan dia senyum.

KoleksiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang