Mimpi

271 8 9
                                    

Kau terbaring keletihan. Mata kau berkelip-kelip memandang siling bilik. Kipas bilik yang usang sentiasa berbunyi krek krek bila kau hidupkan suis. Sesekali mata kau memerhatikan kipas itu. kau mengeluh. Kerana bunyi kipas itu, hampir tiap-tiap malam kau tak dapat lena dengan tenang. Kau menyampah dengan kipas itu.

Anak mata kau beralih keatas almari pakaian dipenjuru bilik. Tinggi almari hampir-hampir mencecah siling. Seingat kau, tak pernah kau bersihkan atas almari itu. Tapi saat kau tengok tu, ada seperti sehelai kain kuning diatas almari itu.

Kau malas nak bangun. Tubuh kau penat. Tapi anak mata kau masih lagi memerhatikan kain kuning itu. Siapa punya kain yang letak atas tu. Soal kau sendirian.

Lampu bilik kau berkelip. kelip-kelip selang 3 saat. Kau tak tahu kenapa lampu itu berkelip. ketika lampu itu berkelip untuk kesekian kalinya, kau perasan ada kelibat hitam diatas kipas sebentar tadi. Kau sedikit cuak.

Tubuh kau masih lagi penat. Kelibat yang melintas sebentar tadi kau tidak hiraukan walaupun bulu roma kau mula berdiri. kau teringat kata-kata opah kau sebentar tadi. kalau bulu roma berdiri tiba-tiba, tandanya ada 'sesuatu' berdekatan dengan kau. Kau sekadar mengangguk je masa opah cakap.

Kau cuba untuk tidur. Mata kau pejamkan. Tapi kau masih tak dapat lena.

Lampu berkelip lagi. Dan kali ini lebih kerap kelipannya. Saat itulah kau perasan seekor lembaga hitam bertaring dan bermata merah diatas almari. Kau cuba untuk bangkit dari katil dan lari keluar dari bilik. Tapi kau tak mampu.

Nafas kau mula sesak. Kau sukar untuk bernafas. Lembaga tadi sudah hilang dari atas almari. Itu tidak cukup untuk menghilangkan sesak nafas kau kerana lembaga bermata merah dan bertaring itu sedang bertenggek diatas dada kau.

Dan kau pun tersedar. Rupanya kau terlena kerana kepenatan. Mimpi sebentar tadi membantutkan niat kau untuk ke tandas. Mata kau melihat jam di dinding bilik.

Jam 3 pagi.

Tekak kau dahaga. Kau turun dari katil untuk ke dapur dan saat itu jugalah lampu bilik kau berkelip. kau cuak. Bulu roma kau berdiri.

Kaki kau dipegang kasar oleh sesuatu dari bawah katil kau....

KoleksiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang