Bab 5

167 22 5
                                    

Suasana terasa amat mewah di hadapan pintu masuk dewan utama kapal itu. Dua orang lelaki berdiri di hadapan pintu dewan tanpa sebaris senyuman pon. Pengawal barangkali. Semua pelajar SMKSB berkumpul di ruang legar hadapan pintu dewan. Pelajar lelaki mahupun perempuan kelihatan cantik dan segak. Pelajar lelaki memakai baju kemeja putih bersama kot bewarna gelap. Pelajar perempuan pula kelihatan anggun dengan busana dress atau gaun labuh beserta dengan hiasan cekak berbentuk bunga yang mengelilingi kepala. Ada beberapa pelajar hanya mengenakan baju kurung.

"Hmm... masih belum cukup lagi 5 orang." Cikgu Saleh mengira jumlah pelajar dihadapannya kini. Kedengaran suara-suara pelajar lain mengeluh.

"Alaa, cikgu. Bagilah kami semua masuk dulu. 5 orang lagi tu pandai-pandai diorang lah cari jalan." Raudah mula merungut. Dia paling tak suka tunggu orang.

"Haa, betul juga tu cikgu. Naik kematu kaki ni tunggu diorang lambat sangat." Seorang lagi pelajar lelaki menyampuk. Menyokong usul Raudah sebentar tadi. Raudah kelihatan tersipu-sipu malu kerana usulnya disokong oleh seorang pelajar lelaki paling hot di sekolah iaitu Zaim.

"Yelahh. Kalian semua boleh masuk dulu." Balas cikgu salleh yang faham benar dengan sikap anak didiknya. Selang beberapa minit kemudian baru sahaja cikgu shukur mahu melangkah masuk ke dalam dewan, kedengaran detakan tapak kasut sedang berlari. Cikgu salleh menoleh ke belakang dan kelihatan 5 orang pelajar sedang berdiri dihadapannya sambil termengah-mengah.

"Sebab???" Cikgu salleh mengangkat keningnya.

"Err.... mona ni haa cikgu, dia jatuhkan handphone dalam mangkuk tandas." Jawab tasha teragak-agak. Semua mata terarah kepada tasha.

"Sudah-sudah, pergi masuk! Macam-macam alasan laa."

Mereka berlima pon melangkah masuk ke dalam dewan nan gah itu.

"I will kill you tasha!" Sempat lagi mona berbisik di telinga tasha

★★★

Mereka tergamam melihat kemewahan yang begitu indah. Warna keemasan menjadi watak utama dalam dewan tersebut. Tetamu-tetamu yang hadir juga dari pelbagai negara.

"Aku rasa kita memang nak jumpa anak raja laa." Kata lunna kepada nurina yang sedari tadi terpinga-pinga.

"Weyhh, aku rasa janggal lahh." Tasha pula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sebenarnya.

"Tak pa tasha. Kita geng. Ahahah, aku pon tak tau nak pergi mana nih" Tambah pula sofea yang cantik mengenakan dress labuh bewarna hitam sesuai dengannya yang berkulit cerah.

"Woii, korang dok buat apa berdiri tengah-tengah ni orang lain nak lalu-lalang." Mujur Amirul datang pada mereka yang sedang berdiri betul-betul di bawah chandelier. Mereka berlima serentak tersengih menampakkan barisan gigi masing-masing.

★★★

Mereka mengambil tempat bersama Amirul atau senang dipanggil meon.

"Tengok tu zaim, handsome kan. Huhuhu.~" kata tasha tersipu-sipu sambil matanya masih memandang zaim. Di sekolah Zaim pelajar kelas sains manakala lunna dan rakannya yang lain kelas akaun. Jadi mereka jarang berjumpa dengan zaim tetapi mereka tahu segalanya perihal zaim yang famous di sekolah.

"Haa laa, orang dia segak tak pa laa.. tak macam kita ni.." jawab sofea merendah diri. Sofea pada mulanya, rapat dengan geng nadhirah namun selepas melihat prestasi peperiksaannya mula menurun, sejak itu dia mula rapat dengan tasha lunna, nurina dan mona yang selalu mendapat result yang bagus.

"Ohh, kau suka dia ke tasha? Kejap aku panggil. ZAIM!!!!" Amirul memanggil zaim dengan nada yang agak kuat. Tasha lantas menolak-nolak bahu amirul. Lunna, mona, sofea dan nurina hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

The ShipWhere stories live. Discover now