Bab 6

144 17 0
                                    

Malam itu lunna tidak dapat melelapkan mata. Nurina dan nadhirah sudah pon melayang ke alam mimpi. Pelbagai peristiwa berlaku hari ini dan banyak persoalan yang timbul di benaknya ketika ini. Terutama berkenaan dengan rahman Hmm, dia baru mengenali jejaka itu petang tadi. Tapi entah mengapa hatinya berasa senang dan selamat ketika berada dekat dengan rahman. Mengapa pula rahman memberinya gelang tangan sedangkan rahman sudah bertunang. Mungkin dia cuma mahu mempermainkan perasaan aku. Bisik hati kecil lunna.

Semua perkara ini melahirkan rasa rindu kepada keluarganya. Tadi sebelum pergi ke majlis, dia telah menelefon keluarganya bertanya khabar. Dia juga dimarahi abangnya kerana tidak mengikut arahan abangnya. Haih! Ingat senang nak telefon sejam sekali tengah-tengah lautan ni. Dia mengeluh. Ingin saja dia menelefon abangnya kala ini. Meluahkan apa yang telah berlaku namun dia tidak mahu mengganggu, mungkin abangnya telah tidur mungkin juga belum. Selalunya waktu sekarang dia dan abangnya akan mengetuk dinding bilik mahu mengetahui siapa yang tidur dahulu. Kalau ketukan tidak berbalas maknanya antara mereka mesti sudah tidur. Lunna tersenyum sendirian mengenang saat itu. Lunna dan nurina tidur satu katil manakala nadhirah pula tidur satu katil berseorangan. Katil lunna dan nurina berada paling hujung dan tepi dinding.

"Tuk... tuk...tuk.." lunna mengetuk dinding disebelahnya. Entah, mungkin gatal tangan.

"Woii!! Jangan lah dok ketuk dinding. Orang nak tidur lah!!" Orang sebelah biliknya memekik. Siapa lagi kalau bukan rakannya sofea, mona dan tasha.  Tapi dari segi percakapan nampaknya tasha yang memekik itu. Lunna ketawa perlahan lalu menutup mukanya dengan bantal..

The ShipWhere stories live. Discover now