Bab 10

123 14 4
                                    

Jam menunjukkan pukul 1.05 minit pagi. Mata lunna terasa pedih mungkin kerana menangis dalam jangka masa yang panjang. Dahinya juga berbalut kerana luka terkena serpihan kaca tadi. Sebaik mengetahui kejadian yang berlaku terhadap lunna, sahabatnya sofea mahu menyerang coraline di biliknya namun ditegah lunna. Sofea yang mempunyai ilmu persilatan yang ampuh mahu sahaja membuka silatnya di hadapan coraline biar mati katak perempuan durjana itu.

Suhu pada malam itu terasa sangat sejuk. Lunna menarik selimutnya agar menutupi seluruh badannya. Dia tidur mengiring memandang tingkap yang gelap. Lantas bibirnya tersenyum. Dia terus bangun mencapai cardigen labuh bewarna hitam dan melilit selendang menutupi rambutnya lalu melangkah keluar bilik meninggalkan nadhirah dan nurina yang tidur nyenyak.

Lunna mendongak ke langit melihat keindahan malam yang tercemar dengan deruan angin yang agak kencang. Suhu juga semakin sejuk. Dia kemudian memandang ke bawah melihat laut yang hitam pekat. Tidak kelihatan apa-apa hanya kedengaran bunyi ombak yang menghentam kapal. Sesekali kapal itu berbolak balik dan menyebabkan lunna hampir terjatuh.

"Lunna! Be careful!" Seorang lelaki sempat memegang tangan lunna daripada terjatuh terjelepuk ke lantai kapal yang bercat biru. Lunna memandang wajah lelaki itu. Ohh! Harry potter!. (Zaim)

"Kau buat apa kat sini lunna? Cuaca tak elok!" Zaim bercakap dalam kepayahan melawan arah angin dari arah selatan.

"Tak buat apa!" Lunna turut terpaksa meninggikan suaranya.

"Apa?? Aku tak dengar laa!!" Balas zaim.

"Takk buatt apaa!!!"

"Apaaaa!!!!?????"

"Takk buattt apaa pon lahhhh!!!

"Haaahhh??? Apaaaa!!!!!???
Zaim menjerit lagi sambil menundukkan sedikit kepalanya ke arah lunna yang pendek. Lunna menarik telinga zaim yang pekak badak. Zaim mengaduh sakit.

"Hey!! Both of you! Go inside. Its too dangerous standing right here." Tiba-tiba seorang krew kapal menghampiri mereka dan menyuruh mereka masuk ke dalam tempat bertutup. Mereka berdua terus berlari masuk ke halaman depan yang terdapat kaunter, dan beberapa buah meja dan kerusi untuk bersantai. Lunna dan zaim ketawa berdekah-dekah sehingga menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di situ.
Ini kali pertama zaim melihat lunna ketawa seperti itu. Selama di sekolah, dia amat sukar mendekati lunna kerana masa dan kelas yang memisahkan mereka. Pernah dia menegur tetapi tidak dilayan.

Akhirnya mereka berdua duduk di sebuah kerusi panjang. Suasana hening seketika.

"Lunna..."

Lunna memandang zaim di sebelahnya. Perlahan-lahan zaim memegang balutan di dahi lunna. Lunna hanya membiarkan zaim mengusap lembut dahinya yang berbalut.

"Ada sesuatu yang kau perlu tahu." Kata zaim.

"Apa?" Lunna panasaran

"Berkenaan raudhah." Kata zaim. Lunna mengerutkan dahinya.

"Sebenarnya... raudah berkomplot dengan coraline..." akhirnya zaim menceritakan segala-galanya yang berlaku di bilik coraline. Zaim yang sebenarnya mengintip perbuatan raudah. Lunna tidak menyangka sanggup raudah berkomplot dengan coraline untuk menjatuhkannya.

"percayalah, dia buat semua tu sebab duit."

"sebab duit sampai sanggup jadi kuli batak orang lain? Sampai sanggup nak cederakan orang lain? Kawan apa macam tu. Serius aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. Aku kawan sekelas dia kot." lunna tidak dapat menahan amarah yang semakin menebal dalam dirinya. Dia bingkas bangun dari posisinya dan berdiri.

"sudahlah lunna. Benda dah berlaku. Tak baik kau simpan dendam dengan orang." zaim cuba memujuk.

"and.. Aku nak bagitahu kau satu benda lagi. Lunna... aku sebenarnya... suka..." Zaim berhenti berkata-kata sebaik memandang rahman yang sedang berjalan ke arah mereka dari kejauhan.

"Lunna! Zaim!" Rahman menegur seraya tersenyum.

"Hey bro!" Zaim pura-pura tiada apa yang berlaku. Dia berdiri dan berjabat tangan dengan rahman.

"Apa kau buat kat sini zaim?" Soal rahman sambil matanya melirik memandang lunna.

"Err.. aku nak jumpa kawan tadi, tunggu punya tunggu dia tak datang pon pastu terjumpa lunna so, kitorang borak dulu." balas zaim

"Ohh i see. Lunna?.. we need to talk."
Lunna memandang pemilik suara itu. Wajah itu yang di rindui sebenarnya tetapi itu mustahil kerana rahman milik seorang wanita yang dibencinya.

"Err.. i think i need to go now." Zaim terpaksa menangguh dahulu hasratnya mahu berterus-terang dengan lunna yang dia mencintai gadis itu. Zaim meninggalkan rahman dan lunna di situ. Dia tahu rahman juga menyukai gadis itu kerana rahman pernah memberitahunya ketika majlis makan malam tempoh hari. Namun biarlah dia mengalah.

★★★

"Lunna! Lunna! Waittt..." rahman sempat menarik lengan lunna yang berjalan meninggalkan dia sebaik zaim pergi tadi.

"Whatt!!" What do you want rahman saifullah?" Lunna meninggikan sedikit suaranya.

"Please, jangan buat kita macam ni."

"Buat apa? Apa aku buat kat kau hah! Kau tanya tunang kau sendiri apa yang dia buat dekat aku." Lunna menahan sebak.

"Ye kita tahu. Kita minta maaf wakili dia."

"Ohh, okayy finee. We're done." Lunna berpaling dan melangkah pergi.

"No, lunna waitt. Something i need to tell you." Rahman sekali lagi menarik lengan lunna. Lunna menepis tangannya.

"Hm, sebenarnya kita.. kita..tak cintakan coraline. Kita bertunang ni pon atas desakan keluarga" Rahman berterus-terang. Lunna terdiam. Apakah rahman berkata benar atau hanya sekadar bermain kata.

"Percayalah. Kita cintakan wanita lain. Cinta yang lahir dari hati."

"Hmm, baguslah! Kenapa bagitahu aku? Aku tak ada kaitan pon." Sekali lagi lunna melangkah pergi meninggalkan rahman.

"Kaitannya orang yang kita suka tu berada dihadapan kita sekarang." Lantas lunna berhenti berjalan dan berpaling ke belakang memandang wajah rahman yang sentiasa kelihatan redup. Rahman berjalan mendekati lunna tetapi sentiasa menjaga jaraknya. Rahman tersenyum.

"You love me too right?" Tanya rahman. Lunna menggeleng-gelengkan kepala. Dia terpaksa berdusta.

"I can see in your eyes. You're lie." Kata rahman. Muka lunna kelihatan merah dan matanya berkaca-kaca.

"Kalau ye pon, itu mustahil..." lunna menundukkan wajahnya. Air matanya mengalir. Dia cukup terseksa dengan perbuatan coraline. Kalau coraline tahu hal ini, pasti perkara yang lebih teruk terjadi.

"Apa yang mustahil?" Rahman masih tidak mengerti

"Saifullah.. kita baru mengenali petang kemarin. Pertemuan kita hanya secara kebetulan. Esok kapal akan berlabuh, lepas tu kita akan pergi buat hal masing-masing. Semua ini hanya untuk sementara. Jika benar kita ada jodoh, Allah pasti panjangkan umur kita dan panjangkan waktu pertemuan kita." Lunna mengeluarkan gelang tangan pemberian rahman lalu diserahkan pada rahman. Tiba-tiba kapal itu bergegar sehingga lunna dan rahman jatuh tergolek. Orang disekeliling mereka turut jatuh menyembah lantai. Sebuah meja yang terdapat telefon untuk kegunaan penumpang jatuh hingga memecahkan kerusi-kerusi yang berada di sekitarnya. Kerosakkan mula berlaku di mana2. Kepala lunna terhantuk pada dinding dengan hentakkan yang agak kuat sehingga dia jatuh pengsan..

****************************


The ShipWhere stories live. Discover now