Bab 1

296 27 0
                                    

Lunna menghulurkan sepucuk surat kepada ibunya. Puan Aisha menyambutnya sambil melirikkan anak matanya ke arah anak gadis tunggalnya itu.

"Surat apa ni?"

"Baca laa dulu ibu." Balas Lunna sambil tersenyum.

*setelah beberapa ketika*

"Are you sure Lunna? Hmm.. its too dangerous."

"Yeahhh, Lunna betul-betul nak pergi. This is my last year with all my friend. Please...." Dia membuat mimik muka kasihan.

"Tapi ni lawatan ke oversea sayang. Naik kapal pula tu. Kalau ayah tau ni mesti ayah tak benarkan." Ibu cuba menenangkan Lunna.

Lunna memuncungkan mulutnya. "Alaaa, SPM kan dah lepas bagi laa Lunna release tension, ambil udara segar, tengok lautan yang terbentang luas. Hmm, please ibu pujuk lah ayah ye." Lunna memeluk bahu ibunya.

"Tengoklah macam mana nanti ibu cuba." Balas ibunya dengan senyuman memaksa.

---

Lunna mengambil tempat di tengah antara ibu dah ayahnya yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Abang dan adiknya juga berada di ruang tamu menonton tv.

"Tak sangkakan, kapal Titanic yang besar lagi mewah pon boleh karam." Lunna masih menonton tv yang menayangkan sebuah filem hebat iaitu Titanic.

"Kalau Allah mengkehendaki sesuatu perkara tu, mesti terjadi juga. Even Gunung Everest runtuh sekali pon." Nazmi mencelah sambil mengunyah keropok.

"Ibu, tengok abang cakap dengan mulut penuh makanan." Adiknya lutfil mencelah.

"Eh tak-tak, dah habis pon makanan dalam mulut. Ngaaaaa~ haa tengok nie." Nazmi membuka mulutnya ke arah adiknya, Lutfil yang baru berusia 4 tahun.

"Haa, baguslah abang. Ibu cakap tak baik bercakap sambil mulut penuh dengan makanan. Betul kan ibu?" Tanya Lutfil

"Iyaa, sayang." Jawab ibu.

Nazmi kelihatan tersipu malu apabila ditegur oleh adiknya sendiri.

Ibu memandang mulus wajah Lunna. Lunna yang sedari tadi menonton tv berasa tidak selesa seperti diperhatikan seseorang. Dia sekilas berpaling memandang ibunya. "Kenapa ibu?" Tanya Lunna ringkas.

"Tak ada apa." Ibu membalas seraya tersenyum.

Lunna kembali menumpukan perhatiannya pada kaca televisyen. Filem Titanic ini walau telah banyak kali menontonnya masih tidak rasa jemu.

Ayahnya terdengar perbualan antara isterinya dan Lunna sebentar tadi. Dia menoleh ke arah isterinya dan kelihatan mata isterinya berkaca-kaca. Dia faham benar apa yang bermain difikiran isterinya.

"Lunna, serious nak pergi lawatan ke Australia tu? Masih boleh batalkan kalau Lunna berubah fikiran."

"Ohh mestilah nak pergi ayah. Lunna dah hantar pon surat kebenaran tu dekat cikgu sekali dengan wangnya. Kenapa ayah tiba-tiba tanya? Ayah ubah fikiran ke?" Lunna mengalihkan pandangannya pada ayahnya yang bermisai garang. Garang luaran tetapi lembut di dalam. Sebelum ini, dia dan ibu bersusah-payah memujuk ayahnya agar membenarkan Lunna mengikuti lawatan itu.

"Tak lah, ayah tanya je."

"Sapa tak nak pegi ayah, naik kapal besar mewah pula tu. Kalau macam tu Nazmi pon nak ikut juga." Nazmi menyampuk. Ayat itu lebih kepada menyindir adiknya. Lunna mencebik.

"Kakak jangan lah pegi." Tiba-tiba Lutfil bangun dan berdiri di hadapan Lunna. Lunna terkesima. Dia memegang kedua-dua belah pipi adiknya.

"Tak. Akak tak pergi ye." Lunna tersenyum lalu memeluk adiknya. Ketika itu matanya menatap kaca televisyen dan terpampang kapal Titanic yang mula karam menuju ke dasar Lautan Atlantik yang sejuk beku..

---

Lunna cuba melelapkan matanya tetapi terasa amat liat. Mungkin kerana malam ini merupakan malam terakhirnya di rumah. Esok dia akan berangkat ke pelabuhan.

Lunna bangun dari pembaringan lalu menuju ke arah tingkap dan membuka tingkap selebar yang boleh. Angin malam terus menyapa wajahnya. Terasa dingin. Dia melihat lampu-lampu berwarna-warni di jalanan, rumah mahupun di bangunan-bangunan mencakar langit. Walaupun jam menjangkau pukul 2 pagi namun kesibukan bandar di sini bagai tiada hentinya. Dia mendongak memandang langit yang sepi. Bulan menyembunyikan diri disebalik awan seakan-akan merajuk dengan manusia. Bintang juga begitu, hanya beberapa butir bintang daripada berbilion bintang di angkasa yang terlihat.

Hmm, Lunna mengeluh. 'Jangan sedih, nanti kita jumpa ya bintang' bisik Lunna..

Kata orang tempat paling gelap adalah tempat paling strategik untuk melihat bintang di langit.


***

The ShipWhere stories live. Discover now