"Lunna kalau masih rasa tak sihat, malam ni kamu boleh berehat je dalam bilik. Tak payah ikut serta dalam game." Kata Cikgu Rashidah memberi nasihat
"Kamu nak cikgu telefon ibu bapa kamu tak?" Sambung cikgu rashidah lagi.
"Tak payah laa cikgu. Nanti diorang risau pula lagi pon saya dah okay ni." Lunna memaniskan roman wajahnya. Dia kini berada dalam bilik perubatan di tingkat 5. Sejurus diselamatkan oleh kapten mark tadi, dia terus dibawa ke bilik rawatan oleh beberapa orang krew kapal.
"Hmm, baiklah. Kalau ada apa2 telefon cikgu. Cikgu minta diri dulu."
"Okayy."
Selepas cikgu keluar, rakan-rakan lunna meluru masuk ke bilik tempat lunna dirawat.
"Lunna!! Aku minta maaf. Ni semua salah aku." Nurina menangis teresak-esak
"Yaa lunna, kami semua minta maaf. Kalau kami nampak kau keluar dari toilet mesti semua ni tak berlaku. Tapi kami betul-betul tak perasan yang kau dah keluar toilet." Mona berasa serba salah.
"Astagfirullah.. apa korang cakap ni. Semua ni bukan salah korang laa. Aku sendiri yang cuai. Aku tak sangka pulak kolam tu dalam juga. Macam mana budak-budak lain boleh je mandi?"
"Diorang boleh berenang. Ada juga yang pakai pelampung." Balas mona.
"Tak pe. Nanti aku ajar kau berenang ye lunna." Sambung mona lagi seraya tersenyum.
"kami akan pastikan kau dah pandai berenang sebelum sampai sydney esok. Boleh la kita mandi manda nanti kat sana bila kau dah pandai berenang. Hehe" sofea pulak menyampuk
Lunna hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya. Siapalah dia tanpa mereka semua.
------------------------------------------------
Lunna mengikut nasihat mona dan nurina untuk tidak menghadiri majlis coraline dan rahman. Dia mahu mengikuti game running ship. Jam menunjukkan jam 8.30 malam semua pelajar dikehendaki memakai baju t-shirt sekolah dan seluar trek. Selepas beberapa minit, permainan pon bermula. Lunna sekumpulan dengan nurina, zaim dan raudah. Manakala anis, nadhirah, mona dan amirul satu kumpulan. Mereka mula bergerak mengikut klu yang terdapat dalam sehelai kertas.
Anda dikehendaki mencari seorang anak kapal di bahagian bilik kawalan pergerakkan angin bagi mendapatkan klu seterusnya.
"Bilik kawalan angin ni kat mana?" Soal raudah. Lesung pipitnya kelihatan. Menambahkan lagi keayuan wajahnya.
"Aku rasa dekat tingkat 2. Aku pernah ikut rahman lalu kawasan tu. Jom!. Ohh ya, lunna kau boleh berlari tak?" Zaim selaku ketua kumpulan berasa bertanggungjawab jika berlaku sebarang kecederaan pada ahli kumpulannya terutama sekali lunna memandangkan lunna ditimpa kecelakaan siang tadi.
"Boleh laa. Aku ada 2 kaki yang belum patah." Jawab lunna selamba. Entah apa punya soalan si Zaim ni. Nurina pula menyiku-nyiku lengannya lunna. Nurina ni pula ada penyakit gatal siku ke apa, ngomel lunna sambil memandang sekilas pada nurina.
"Ohh okayy la kalau macam tu. Tapi kalau kau penat aku boleh dukung." Zaim mempelawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Cehh! Setakat badan sekeping macam Harry Potter baik tak payah." Kata-kata raudah disambut gelak tawa lunna, nurina dan juga zaim. Terbit sedikit rasa cemburu di hatinya. Memang kali pertama masuk ke sekolah zaim digelar harry potter kerana cermin matanya yang bulat sama seperti harry potter.
"Sudah lah jom gerak!" Nurina pula bersuara memberi semangat. Setelah beberapa minit, mereka sampai di bilik kawalan angin. Rupanya terdapat banyak pintu lagi di dalam bilik itu. Akhirnya mereka berpisah agar memudahkan pencarian. Lunna memasuki pintu yang pertama. Keadaan disitu agak luas tetapi tiada sesiapa hanya lorong yang panjang. Lunna teruskan lagi berjalan.
"Lunna!!!" Satu suara memanggilnya.
"Ehh! Coraline." Lunna kehairanan, bagaimana coraline boleh ada di sini dia sepatutnya berada di majlisnya. Coraline berjalan mendekati lunna.
"Lunna! Glad to see you. How are you? Aku dengar kau lemas siang tadi?"
"Hm, yeah i'm fine. Alaa, tak ada apa pon. Mujur ayah kau ada selamatkan aku."
"Good! Lunna jom ikut aku."
"Pergi mana?"
"Adalah. Kau ikut je." Coraline terus menarik tangan lunna agar mengikutinya. Mereka berlari belok kanan dan kiri sehingga lunna berasa vertigo.
"Coraline, jangan lari aku peninglah! Kata lunna sambil tangannya masih digenggam erat oleh Coraline. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka memasuki pintu yang agak besar. Sejurus sahaja melepasi pintu itu, coraline melepaskan genggaman tangannya sambil menyentap kasar tangan lunna dan menyebabkan lunna tidak sempat untuk stabilkan diri. Dia berpusing beberapa kali sehingga dia melanggar seorang pelayan lelaki yang membawa sedulang minuman lalu mereka berdua jatuh terbaring menyembah lantai. Gelas berisi air itu pecah dan airnya tertumpah mengenai baju dan tudung lunna. Seluruh tetamu yang ada di dalam dewan itu memandang kejadian yang berlaku termasuk kapten mark dan rahman yang berada berhampiran.
"Ahh! Kepala aku." Lunna mengurut-urut kepalanya yang sakit kerana terkena serpihan kaca gelas. Lunna bangun terduduk. Baru dia perasan, dia berada di suatu tempat yang amat sinonim. Ohh tidak! Ini dewan utama! Lunna melihat semua tetamu sekeliling memandangnya. Dia bingkas bangun berdiri.
"Lunna?" Rahman terkejut memandang lunna. Lunna mula panik. Dia melihat pelayan lelaki tadi masih terduduk akibat pelanggaran tadi. Berdekatan rahman, kelihatan coraline pula sedang berdiri dengan senyuman sinis terserlah di bibirnya.
"I'm.... I'm... sorry.... sorry sir." Lunna tergagap-gagap mengucapkan perkataan maaf. Air mata nya mula bercucuran.
"It'a okay dear. Are you okay lunna? Are you hurt?" Kapten mark mula mengenali lunna selepas kejadian petang tadi. Dia cuba berjalan mendekati lunna. Lunna mengundur ke belakang beberapa langkah.
"Behind you!!!"
Lunna terlanggar pula seorang pelayan wanita yang entah bila boleh berdiri di belakangnya. Kek yang di pegang pelayan wanita itu terjatuh mengenai wajah lunna. Wajahnya kini dipenuhi krim kek. Rahman bergerak mahu mendapatkan lunna namun tangannya di tarik coraline. Lunna menahan malu yang teramat sangat dia terus berlari keluar meninggalkan dewan malang itu...
***************************
YOU ARE READING
The Ship
Romance"Salam sejahtera ke atas kamu Saifullah" -lunna- "Semoga Allah merahmatimu Lunna" -Rahman Saifullah- *Lunna dan Saifullah mengenali antara satu sama lain di atas sebuah kapal. Walaupun tempoh pengenalan yang singkat, namun hadir perasaan cinta sufi...