KAU DAPAT APA?

1K 3 2
                                    

Malam jumaat. Sinonim dengan bacaan yasiin. Tapi entah macam mana malam tu aku terjebak dengan benda laghaaaaaaa!

Aku ambik phone, bukak mesej group tanya pukui berapa depa nak pergi.

"Satgi lah"

"Pergi lepas isyaklah, benda lagha kemudian"

Jadah, aku dah siap.

Aku pun turun dengan hosmet tunggu bas. Woi ramai gila tunggu bas. Aku takut tak sempat ja pergi. Tapi depa kata 'rilekslah ramai kot orang tak gi lagi'

Aku pun kool ja. Nampak dari jauh bas upsi datang. Perh! Budak budak ni main rugbi ka?

Depa serbu bas tu. Macam nak langgar weh! First time nampak dari jauh depa berebut nak naik bas.

"Aku cam gini ka bila nak naik?"

Aku tunggu bas kedua. Tak lama mana pun. Sat ja. Naik bas, dan yang pasti kena bertolak gaklah kalau tak mana nak sempat naiknya. Hidupni ibarat peperangan.

Turun bas ja, nampak dewan besarni penuh dengan manusia. Macam semut. Nak jalan pun berhimpit weh! Laki pompuan tak nampak dah. Tak tau cam mana depa jaga ikhtilat time berebut tu.

Akuni dok tutup dada, takut takut terlanggar ke, terpukul ke ter hmm tersemua lah.

Masuk pun kena berebut weh! Seksa gila buat kerja cam gini. Tengok nak pergi sangat tempat lagha!

Masuk, terus duduk. Tak fikir benda lain dah. Aku dengan bebudak hosmet ni masuk dalam pukul 8.30. Aku ingat mula majlis dalam pukul 9.

Haram jadah majlis start pukui 11. Inilah dikatakan melayu mudah lupa. Depa lupa pukui berapa majlis nak start.

Redho.

Pukul 11 mula ucapan VIP, lepastu majlis diteruskan dengan nyanyian patriotik. 10 buah lagu kami kena nyanyi. Sakit gaklah anak tekak. Bersemangat punya pasal.

Sebelum mula nak nyanyi, mc dok tanya sapa nombor ke 4,000. Semua orang dok toleh, sapalah yang bertuah tuu.

Tetiba tengok tuan pijat bangun nak turun bawah. Dengan konfiden pulaktu. Tapi rupanya lakonan semata! Cis kena tipu!

Nampak ranggi penampilan tuan pijat malamtu. Gila ah. Tuan pijat ni memang jenis sempoi eh?

Dalam latihan engko nak tengok dia senyum, memang tak ah!

Dia spesis ikan "robocop". Tak wujud. Toksah cari dalam tenet. Aku tibai ja.

Habis nyanyian. Yep yep yep aku tunggu persembahan bunkface ja ni. Bergumbira dalam hati. Hati? Toksah tanya melompat lompat riang dalam pagar tulang.

Jilake.

Lambat lagi. Budak budak ni buat persembahan dulu. Aku tak fokus mana tapi aku tengok budak lelaki yang menari bawah pentas tu macam sotong ja. Lembut sangat. Hm pupus lelaki sejati kat u. Sodih!

Habis nyanyi, ada cabutan bertuah dan aku pernah sekali ja dapat cabutan bertuah. Tuu masa kem latihan berterusan. Wehuuuuu.

Dan, masa yang dinantikan tiba! Bunkface buat persembahan!!!! Semua dah histeria. Histeria tahap nokhoram!

Aku malu gaklah. Mmmmmmmm

Lagu pertama bunkface aku nampak tuan tuan aku dah gila. Naik atas meja. Termasuk tuan pijat. Aku jadi semangat lak.

Pastu aku bukak kamera konon nak rakam dan masa rakam tu aku perasa ada orang goyang goyang depan bunkface. GILA TUUU TUAN PIJAT!!!!! Dia goyang dalam 5 kali pastu kena halau. Masih steady je tuan pijat.

haha dah gelak gelak. Memang histeria lah haha gelak. Mana nak pernah dia buat perangai lagutu.

Aku ingat gaya adolf hitler je tuan pijat tu!

Habis lagu pertama nak masuk lagu kedua. Bunkface kata sapa boleh nyanyi lagu dia! Semua angkat tangan. Lelaki tu aku tak kisah mana. Ni pompuan?

Punah harapan mak mak engkorang.

Makeluk pertama naik tak sedap. Di boooo kan para hadirin yang ada dalam dewan. Padan muka. Akupun boo sekali. Penampilan hiphop, bunkface band indie sayang....

Lepastu!!! Adrenalin aku tetiba naik bila tuan pijat dengan selamba badak dia naik atas pentas. Lepastu dia nyanyi weh!!!! Dan suara dia sedap gila!!!

Dia nyanyi, bunkface main alat muzik. Tak ke tuu satu penghormatan untuk budak pai?

Budak pai yang tersesat jalan. Dan alhamdulilah dia dah kembali ke jalan yang benar. Hihihia

Malamtu aku terhibur sebab tuan pijat je. Habis persembahan serbu pulak budak yang kena scan kad matrik.

Bangang apa budak scan sorang ja. Yang nak discan 4,000 kad. Padialah!

Aku main peranan. Ambik kad budak hosmet pergi dekat belakang budak scan tu hulur ja celah celah. Hahahahahahahahhahaha

Kerja jahat aku berhasil. Siap! Bergegas naik bas. Dan kami semua naik bas yang pertama. hahahahhahahahahahahahahahahahagaga.

Syabas hosmet sekalian.

Dan bila nak balik ada orang tanya.

Kita dapat apa ha harini?

Lalu aku jawab "kita dapat dosa....." bercucuran air mata keluar dalam mimpi.

LIARWhere stories live. Discover now