Aku membalas senyuman Kai.
"Baldi mana baldi?" Baekhyun mencelah. Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Buat apa baldi. Kalau nak muntah, muntah je kat muka Kai tu. Biar melekat pedih dia tu." Chanyeol bersuara.
"Jealous hah?" Kai menuju ke ruang tamu sambil mengelap mukanya. Aku mengikutinya dari belakang.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa sambil memegang telefon pintarku.
"Trutt~ trutt~" telefonku bergegar. Maklumlah, silent mood.
"Yeoboseyo? Sekarang? Arasso." aku pun mematikan panggilan. Jungkook nak berjumpa. Lantas aku bersiap-siap lalu melangkah keluar dari dorm itu.
Di sebuah taman permainan..
Aku bermain buaian kanak-kanak sementara menunggu Jungkook. Penting sangat ke benda yang dia nak bagitahu?
Tiba-tiba buaian aku terhenti seperti ditarik oleh seseorang. Aku pun memandang ke belakangku.
"Maaf aku lambat." ujar Jungkook.
"Gwenchana, cakaplah apa yang kau nak cakap." balasku sambil berdiri di hadapannya.
"Jomlah kita duduk dulu." Jungkook mempelawaku untuk duduk di tempat duduk yang berdekatan itu.
Jungkook melabuhkan punggung di sebelahku. Jarak antara aku dengan dia lebih kurang satu inci. Aku melihat ke arahnya.
"Sebenarnya, Jimin nak.."
"Nak kahwin?" aku memotong percakapannya.
"Mana kau tahu?" tanya Jungkook.
"Aku dah tahu lama." balasku sambil tersenyum tawar.
"Janganlah sedih, mesti ada yang terbaik untuk kau." Jungkook memberi semangat kepadaku. Aku melihat senyuman manisnya. Comel jugak dia ni.
"Jom ikut aku." tiba-tiba Jungkook menarik tanganku.
"Pergi mana?" tanyaku.
"Ikut je lah." balasnya. Aku pun mengekori Jungkook dari belakang.
Langkahku terhenti sebaik sahaja melihat rumah yang besar di hadapanku. Jungkook memandangku.
"Masuklah, jangan risau. Ada omma dengan appa aku." kata Jungkook. Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Wah! Macam istana! Banyak barang antik tersusun di dalam sebuah almari kaca. Kemas betul rumah dia ni.
"Tak selalu aku tinggal sini. Aku lebih suka tinggal dekat rumah Jimin." sambung Jungkook lagi.
Tidak lama kemudian, seorang wanita datang ke arah kami berdua. Wajahnya seperti orang yang baik. Maklumlah, orang kaya zaman sekarang kebanyakkan muka baik tapi jahat, sombong pulak tu.
"Jungkook ah, baru balik?" ujar wanita itu. Jungkook tersengih-sengih.
"Nuguseyo?" wanita itu datang menghampiriku. Aku berasa sedikit berdebar.
"Kim Yura imnida. Saya kawan Jungkook." balasku sambil menunduk 90°.
"Cantik juga kamu ni. Kenapa tak jadi yeojachingu Jungkook?" tanya wanita itu, omma kepada Jungkook.
"Aniya, puan.."
"Kim Soo-Ri, panggil omma je. Lagipun dah lama mengidam nak anak perempuan." ujarnya tersenyum sambil memeluk bahuku. Baik betul dia ni. Aku pun membalas senyumannya.
"Omma, mana appa?" tanya Jungkook sambil merebahkan tubuhnya pada sofa.
"Appa tengah tidur. Jungkook ah, omma nak keluar sekejap. Jaga rumah tau." pesan omma kepada Jungkook.
"Arraso~" balas Jungkook.
Aku terdiam kaku. Kenapa aku ada kat sini? Aku melihat ke arah Jungkook.
"Waeyo? Duduklah sini." ujar Jungkook. Aku pun berdiri di hadapannya. Ni kalau appa tahu aku keluar lama-lama, habislah aku nanti.
"Aku nak balik!" aku menggesa Jungkook sambil menarik tangannya.
"Tunggulah omma aku balik." balasnya. Mulutku terlopong. Mesti lama ni. Aigoo dah lah aku menumpang rumah orang.
"Apa benda yang penting kau nak bagitahu?" tanyaku sambil menjeling ke arahnya.
Tiba-tiba lenganku ditarik dengan kuat. Aku terduduk di atas paha Jungkook. Wajahnya semakin dekat dengan wajahku. Fikiranku bercelaru. Matanya yang menawan membuatkan aku terkaku seketika.
"Benda ni penting. Nak atau tak, kau kena terima." kata Jungkook dengan perlahan.
"Aku.. suka kau." sambungnya lagi.
"Jungkook ah.." aku gugup mendengar kata-katanya. Aku mengalihkan pandanganku daripadanya.
"Pandang aku." arah Jungkook. Wajahnya serius.
Aku memandang ke arahnya. "Tapi aku anggap kau sebagai kawan." aku cuba menolak perasaannya demi kebaikan semua orang. Mesti Jimin ingat aku memberontak kalau aku bersama Jungkook. Ottokhae, andwae!
"Kau dengan Jimin pun berkawan juga dulu." balas Jungkook. Aku terdiam seribu bahasa. Aku menghembus nafas berat.
"Aku nak balik." aku terus bangun dari pahanya. Lantas aku melangkah keluar dari rumah itu.
---TBC---
YOU ARE READING
Student or Maid? [NEW UPDATE]
Random"Yura, mulai hari ni kamu adalah maid kepada group EXO." wait.. what?! Maid?! Kisah ini menceritakan tentang gadis berusia 18 tahun yang bekerja sebagai maid kepada group EXO. Dia merahsiakan hal ini daripada rakan-rakan nya terutamanya Jimin, namc...