Part 1 - Maid?!

577 30 0
                                    

"Yura,mulai hari ni kamu adalah maid kepada grup EXO."kata pengurus itu kepadaku.Mulutku terlopong mendengar kata-kata pengurus itu.Aku?! Maid untuk grup EXO?! Aku baru 18 tahun! Kenapa kena jadi maid? Appa aku pun satu,dia kan pengurus syarikat ni juga.Kenapa suruh aku jadi maid?

"Yura, awak dengar tak apa yang saya cakap?"lamunanku terhenti.Aku mengangguk laju.Tiba-tiba bahuku digenggam seseorang.Jantungku berdegup laju lalu menoleh kebelakang.

"Su..Suho?!" aku betul-betul terkejut bercampur terharu.Dia memandang tepat mataku.Omo! Hensemnya! Lidahku menjadi kelu.

"Awak maid baru saya? Macam muda lagi.."tanya Suho kepadaku.Aku masih memandang matanya dan fikiran ku tiba-tiba melayang."Awak?" sekali lagi lamunanku terhenti.Malunya! Omma! Yura nak balik!

"Err..nae.Naneun Kim Yura imnida. Umur saya baru 18 tahun."balasku tersekat-sekat.

"Anak pengurus Kim Seo rupanya..Jom ikut saya." Suho pun menarik tanganku pergi ke dorm grupnya.Omma! Lembutnya tangan dia!

Di dorm grup EXO..

"Hyung! Dah pandai bawa yeoja masuk dorm!" Chanyeol terkejut melihat kehadiranku. Members yang lain turut mengepung aku dan Suho.

"Ni maid kitalah. Nama dia Kim Yura." balas Suho sambil memandang mataku.Omo! Meltingnya! Kalau semua tengok aku macam tu,confirm aku pengsan.Tapi nak ke diorang angkatkan aku? Aku ni maid. Yura..stop dreaming! Ottokahae! Pipi aku blushing!

"Kyeopta! Kita ada yeodongsaeng lah sekarang!" Sehun memandangku.

"Jom saya tunjukkan bilik awak." Suho menarik tanganku ke arah bilik yang disediakan untukku. Aku pun masuk ke dalam bilik itu. Tapi, tanganku dirangkul oleh Suho. Jantungku berdegup laju.

"Saya nak tanya awak satu soalan." katanya serius. Aku terus membetulkan penampilanku.Mungkin dia nak aku jadi yeoja chingu dia? Aku memandang wajahnya sambil tersengih.

"Awak nak tanya apa?" balasku berdebar-debar.

"Awak..memang suka berangan eh? Dari tadi saya tengok awak asyik tersengih-sengih macam kerang busuk je." sambungnya. Bo?! Dia kata aku kerang busuk?! Pipi aku merona kemerahan.

Aku pun menolaknya keluar dari bilik aku.Tak guna punya spesis lelaki.Dia ketawakan aku? Teruknya! Lebih baik aku kemas barang dari layan orang macam tu.

Selepas aku mengemas bilik,aku pun menuju ke ruang dapur.

"Yura,duduk sebelah saya."Tao menarik kerusi di sebelahnya.Tapi aku nak duduk sebelah Kai! Duduk je lah sebelah Tao. Rezeki jangan ditolak kerusi kosong jangan dicari.

"Yura,makanlah masakan saya."D.O memandangku. Macam sedap sup ni. Makanlah je lah.Wah! Jjinja? Dia yang masak? Sedapnya!

"Waa..sedapnya! Pandai awak masak." kembang kempis hidung D.O bila aku puji dia.Kyeopta! Dah lah pandai masak,comel pula tu. Pakej!

Aku pandang lah ahli-ahli yang lain tu. Ada yang tercekik,ada yang suap-menyuap makanan, dan ada yang.. anak patung? Jjinja? Muka je hensem tapi masih dengan anak patung?

"Awak berangan lagi?" Ish! Malunya! Jahat betul si Suho tu. Semua ketawakan aku. "Aniyo! Saya tengah berfikir." Apa yang aku cakap ni? Ottokhae! Tiba-tiba Kai mencubit pipi aku. Omo! Dah lah dia ni bias aku.

"Yura, comelnya bila awak blushing." Kai puji aku! Ni lah kenangan terindah sepanjang aku minat EXO.

"Saya blushing pun comel tau." Sehun menyampuk. Kenapa semua pandang dia? "Kamu tu blushing dekat telinga, bukannya dekat pipi." balas Luhan. Ouh.. baru aku faham. Bukan ke Sehun tak suka orang cakap dia comel? Amnesia ke dia ni?

"Dah lah. Cepat makan.Lepas makan baru boleh bergaduh." ujar Xiumin. Garangnya! Macam suami orang.

Lepas habis dinner...

Kesian pulak tengok D.O kemas sorang-sorang. Aku pun tolong je la dia tu. Aku kan maid.

"D.O, biar saya yang basuh pinggan ni. Awak pergilah berehat." Wah! Prihatinnya aku. Bakal je aku ni maid, kalau tak.. dah lama aku lari masuk bilik.

"Gwenchana. Biar saya basuh, lagipun sikit je yang nak dibasuh ni. Lebih baik awak pergi tidur. Esok awak sekolah,kan?" balasnya.

Terharunya dengar dia cakap macam tu! Aku pun mengangguk kepalaku lalu pergi ke ruang tamu untuk mengemas. Kalau aku terus masuk bilik, nanti diorang ingat aku ni makan gaji buta pulak.

Aigoo..bersepahnya ruang tamu ni. Perlu ke ramai-ramai ada dekat ruang tamu ni? Ada family meeting ke?

"Yah! Awak semua ni memang tak pandai kemas ke? Jangan lah sepahkan ruang tamu ni. Saya ni maid, bukannya hamba abdi tau." Ish! Geramnya tengok perangai diorang ni.

"Maid dengan hamba abdi bukan sama ke?" Suho mencelah. Bo?! Hamba abdi? Dia tak nampak ke dekat tangan aku ni ada vakum? Kalau tak, nak je aku sedut rambut dia guna benda ni.

Tiba-tiba Chanyeol mengambil vakum dari tangan aku."Biar saya tolong awak. Tapi kena ada ganjaranlah." Aik? Ikhlas ke tak ni? Lebih baik aku yang buat sendiri.

"Ganjaran apa?" tanyaku bengang. Chanyeol tersengih.

"Saya nak awak panggil saya oppa." balas Chanyeol. Waa.. ini lah yang aku nak. Kalau aku panggil Kai oppa.. waa! Seronoknya!

"Mana adil! Awak pun kena panggil saya oppa." Kris mencelah.

"Saya pun nak." celah Chen pula.

"Saya yang paling tua.. so,awak kena panggil saya oppa." Xiumin bersuara.

"Bukan ahjusshi ke?" Lay menyakat Xiumin. Semua ketawakan Xiumin. Tidak lama kemudian, D.O pun datang.

"Yah! Yura, kan saya dah suruh awak pergi tidur. Esok awak kena pergi sekolah." D.O membebel.

"Nae. Chanyeol, kemas sampai bersih tau. Gomawo. D.O oppa, esok pagi biar saya yang buat sarapan tau." balasku. Sengaja panggil D.O 'oppa'.

Masing-masing muka tak puas hati. Aku pun larilah masuk bilik. Tak sanggup aku nak tengok 'serigala' bergaduh.

"Yah! Mana adil! Kalau sorang dapat.. semua sekali patut dapat." Baekhyun tak puas hati.

"Marah saya pulak.. dia yang tiba-tiba panggil saya oppa.. Nasiblah ya." balas D.O. Haha.. good job D.O oppa!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Please wait for part 2 ! :-) Thanks for reading and please vote for this ff ^^ thank youu

Student or Maid? [NEW UPDATE] Where stories live. Discover now