----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dah nak senja! Lamanya aku ada dekat sekolah! Ni sebab kelas tambahan Cikgu Kim la tu.. Aku menanggalkan kasut lalu terus menuju ke dalam bilik untuk membersihkan diri.Selepas mandi, aku mengenakan dress berwarna biru yang dihadiahkan oleh Jimin sempena ulang tahun hari jadiku.
Lalu, aku terus menuju ke ruang tamu. "Waa.. comelnya awak pakai dress warna biru!" Luhan memujiku. Yang lain turut memujiku kecuali Suho yang tersenyum sinis melihatku. Selama ni aku salah anggap ke? Aku ingat Suho ni 'angel of EXO'.Tapi, sebaliknya. Aku mengeluh.
"Awak semua nak makan apa? Biar saya masak." tanyaku dengan mesra.
"Chagiya, oppa nak makan cupcake." kata Baekhyun dengan manja.
Pipiku blushing bila Baekhyun panggil aku 'chagiya'.
"Yah! Dia bukan isteri kamu!" serentak ahli-ahli yang lain memarahi Baekhyun.
Maka bercetuslah perang mulut antara ahli EXO.
"Mana boleh hyung panggil dia 'chagiya'!" rungut Sehun.
"Ini tak adil!" kata Kai pula.
"Kamu tak sesuai jadi namja chingu dia!"
"Yah.. hati dia dah ada orang punya..."
Semua terdiam lalu memandang ke arah Chanyeol.
"Nugu?" tanya mereka serentak. Aku pun terkejut mendengarnya.
"Nama dia... Park Chanyeol!" Buat terkejut aku je -_-'
"Yah.!!!" habislah.. 'serigala' dah bergaduh. Kalaulah aku ni noona, senang sikit kerja aku.
Tiba-tiba Lay menarik tanganku lalu menuju ke ruang dapur tanpa disedari oleh sesiapa.
"Lebih baik kita buat cupcake sekarang. Kalau asyik dengar diorang bergaduh, sampai esok tak habis." kata Lay sambil menyediakan bahan-bahan untuk membuat cupcake.
"Yah! Lay hyung! Kenapa bawa lari??" Aigoo.. budak-budak ni.. bising betul..
"Kita kena buat cupcake sama-sama." kata Chen. yang lain pun menyokong kata-kata Chen. Bersepahlah dapur ni nanti.. aku mula risau.
"Ish.. potong line betullah diorang ni.." Lay bersuara dengan nada perlahan. Aku menepuk bahu Lay.
"Bersabarlah ya, Lay oppa."
Lay menggosok kepalaku sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Yah! Nak buat cupcake ke nak dating?!" Suho mencelah. What the busybody! Annoying betullah.
"Dah.. cepat letak tepung.." arah Kris. Lalu, Tao membaling tepung ke arah Kris.
"Tao yah! Hyung suruh letak tepung dekat mangkuk tu, bukannya dekat hyung!" Kris memarahi Tao.
Maka bermulalah peperangan yang kedua yang dinamakan
'Perang Tepung'.
Habis bersepah dapur dibuatnya. Chanyeol membaling tepung ke arah D.O namun sempat D.O menepis. Akhirnya tepung yang dibaling oleh Chanyeol itu mendarat di muka Xiumin.
Aku menjadikan Kai sebagai 'kubu pertahanan'. Aku memeluk Kai dari belakang. Takut terkena dengan 'peluru' masing-masing. Pada masa yang sama, aku memandang wajah Suho yang sedang ketawa kegembiraan. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangan ke arahku.
Senyuman di wajahnya tiba-tiba lenyap bila melihat aku memeluk erat tubuh Kai.
Aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain.
YOU ARE READING
Student or Maid? [NEW UPDATE]
Aléatoire"Yura, mulai hari ni kamu adalah maid kepada group EXO." wait.. what?! Maid?! Kisah ini menceritakan tentang gadis berusia 18 tahun yang bekerja sebagai maid kepada group EXO. Dia merahsiakan hal ini daripada rakan-rakan nya terutamanya Jimin, namc...