SAIDATUL AMIRAH:
ok siap pun profile syarikat. nak menyiapkan bukannya senang. maklum sajalah aku kan lemah bila kena buat kerja mengadap komputer. nasib baik la ayah aku yang handsome lagi tampan mengerti perangai anak dara dia yang sulung ni.
hmm.. malam-malam macam ni terasa rindu pula pada si dia.
'bila rindu terkenang mu sayang
terasa sayu syahdunya jiwaku
bila malam makin terang'
cewahh.. lirik entah kemana.hihi suara aku macam si soot sebelah rumah nak buang 'hajat' je.. oopps! hihi macam mana lah aku boleh terdengar suara dia? lepas tu ada bunyi 'cekelop' haha!! so disgusting.
hmmm... laparnya. dah pukul 12 malam takkan nak makan kot.
'gggrrrrr'
tu dia..! dah lapaq minta untuk di isi. sabaq na perut. aku pi dapuq la ni juga.tadi mama masak apa ya..? waa sedapnya asam pedas ikan pari tapi sejuk.. malas la nak panaskan bantai jela roti dengan peanutbutter atas meja ni janji makan.. hmm sedapnya.. memang nikmat makan tengah malam dan usaha untuk kurus kelam. biaq pi la janji aku sihat.
"HOI!!"
cirk!! alamak tercekik! air! air mana air!! mana air aku ni?!!
"uhukk!! uhhukkk!!!"
"oi kak.. kau. . kau asal ni? biru muka tu..?"
apa pasal la adik aku si ira ni lembab sangat. tak nampak ke aku dok jolok mulut ni.. err aku sukar nak bernafas. aku tak larat. semua gelapp.
"akak! alamak macam mana ni?? akak pengsan dah..! fikir ira fikir!! hah!! teknik macam cerita lagenda budak setan.part farid kamil selamatkan lisa yang tercekik cicak"
dimulakan dengan bismillah. one,two,three! again ira one,two,three!
"plop! uhuk!! uhuk!! air.."
"nah.. minum slow,slow"
alhamdulillah. usaha aku berjaya menyelamatkan akak aku. update status dalam facebook 'aku wanita yang gagah lagi perkasa menyelamat seorang wanita yang tercekik makan roti angkara terlihat wajah monyet seperti dirinya' confirm gempak.hihi
"sorry kak ira tak sengaja. ira tak nampak akak tengah makan..sorry sangat-sangat kak."
mak aih! jelingan mata akak aku menusuk ke perut! kecut jadi nya.. marah la tu..
"akak. . . . "
diam je.. tak bagi respon pon. tak ok lagi ke? atau marahkan aku?
mestila dia marahkan aku. dah tentu aku sergah dia tadi sampai tercekik. nyawa-nyawa ikan tau dia tadi memang patut aku kena marah.padan muka kau zafirah.
"oi! kau nak bunuh aku ke apa??"
"hihi sorry la kak.. aku tak tahu kau tengah makan.