Part 5

7.5K 516 101
                                    

***

"Ishhh. Tak bangun lagi?"

Jiae sudah mula bercekak pinggang di muka pintu bilik tidurnya. Langkah kanan dibuka , menghampiri katil yang menjadi tempat dia dan Mingyu tidur bersama.

Keluhan berat dia lepaskan. Dadanya diusap sedikit. 'Anak kecil' kesayangannya ini masih lena tidur , seperti langsung tidak terusik sedikit pun dengan cahaya matahari yang memancar terus pada wajahnya.

Jarang pula Mingyu bangun lewat seperti ini. Selalunya dia tidak akan terlepas satu pun episod cerita kartun kegemarannya pada setiap pagi.

Robocar Poli.

Berbeza pula dengan hari ini , Mingyu masih lena di atas katil empuk itu sedangkan matahari sudahpun tegak di atas kepala.

Malahan langsung tidak terusik pun lenanya itu. Jiae menggelengkan kepalanya saat melihat Mingyu yang masih dengan tabiat lamanya iaitu tidur dengan ibu jari di dalam mulut.

Satu senyuman perlahan-lahan terukir di bibir Mingyu. Apalah yang sedang dia mimpikan ketika itu agaknya?

Sehingga tidak sampai hati pula Jiae hendak mengejutkannya dari mimpi itu.

Walaupun sudah berumah tangga , tabiatnya dahulu masih tidak berubah sehingga kini. Setiap kali Mingyu tidur , pasti dia akan menghisap ibu jarinya. Sudah letih Jiae hendak menasihatinya.

Perkara yang sama terus berulang dan berulang sehingga tabiat buruk Mingyu itu semakin berlarutan jadinya.

Walaupun begitu , Mingyu kelihatan begitu comel , apatah lagi apabila mula mengingau semasa tidurnya.

Kadang kala , dia akan tidur berjalan. Jika tidak ke bilik lain mahupun ruang tamu , dia pasti akan ke dapur. Namun , tabiat buruknya itu jarang sekali berlaku.

"Mingyu... ireonna."

Jiae mengusap ubun-ubun kepala 'kanak-kanak kecil' itu dengan penuh kasih sayang. Mingyu bersungguh-sungguh menggeleng. Anak patung arnab miliknya dipeluk seerat-erat yang boleh.

Mingyu memusingkan badannya membelakangi Jiae sebelum kembali meneruskan tidurnya. Jiae mengeluh sekali lagi. Ditariknya selimut yang menyebungi tubuh Mingyu itu.

Mingyu mula merengek manja. Kedua-dua belah kakinya dihentak-hentakkan ke atas permukaan katil. Perlakuannya ketika itu tidak ubah seperti anak kecil yang tidak mahu bangun untuk ke sekolah.

Mukanya disembamkan pada tubuh kecil Bunny Chuu. Kedengaran esakan kecil yang datang dari Mingyu. Dan itu sememangnya membuatkan Jiae tidak keruan.

"Mingyu..bangunlah. Mesti Mingyu lapar kan?"

Jiae menarik manja lengan sasa Mingyu. Responnya tetap sama. Hanya gelengan yang diterima Jiae.

"Tak bangun lagi menantu kesayangan omma ni?"

Jiae menoleh ke belakang. Pn.Shin yang terpacak di muka pintu itu dipandang dengan wajah susah hati. Pn.Shin tersenyum. Sebenarnya , dari tadi lagi dia telah memerhati Mingyu dan Jiae di situ.

"Mingyu. Kejap lagi ada rancangan kegemaran kamu. Pergilah mandi. Nanti turun sarapan. Boleh tengok dengan Jiae sekali."

Pujuk Pn.Shin dengan lembut. Mendengar sahaja perkara itu dari ibu mertuanya , Mingyu terus duduk dengan wajahnya yang berseri-seri walaupun keletihan.

"Nae~"

Mingyu mengambil tualanya dari tangan Jiae lalu berlari ke bilik air. Pn.Shin tersenyum geli hati dan kemudian menggeleng. Jiae memandang ibunya penuh tanda tanya.

"Bukan ke.... Robocar Poli dah habis pagi tadi?"

Jiae mahu kepastian. Dia ternyata bingung.

"Memang pun. Sebenarnya , Mingyu dah obses dengan rancangan Oh My Baby . Kamu tak tahu? ... Jiae , Mingyu tu nak sangat ada anak sendiri. Kamu taknak usahakan untuk dia?"

"Masalahnya , omma.... Jiae tak boleh nak dedahkan benda tak elok pada dia. Lagipun.... Jiae segan."

"Nak segan apanya? Kamu tu isteri dia. Memang patut pun Mingyu bagi kepuasan batin pada kamu. Jiae , kesianlah kat Mingyu. Dia nak pegang anak sendiri. "

"Omma... Jiae faham. Macam orang lain , Jiae nak jugak pengalaman jadi seorang ibu. Tapi , keadaan ni tak sesuai. Omma. Jiae taknak lah cakap pasal ni lagi. Nanti Jiae fikirkan apa yang patut."

"Hurmm... suka hati kamu lah."

Pn.Shin meninggalkan bilik. Susah rasanya mahu bercakap dengan anak perempuannya itu. Jiae pula semakin menunduk ke bawah.

"Think about it , Jiae. Cakap omma tu betul. Aku pun teringin nak ada anak. Tapi situasi ni berbeza. Mingyu terlalu keanak-anakan untuk faham semua ni. Takkanlah aku nak kena tunjuk satu-satu? Tak pun... bagi dia tengok video? Ishh , tak mahu lah!!"

Jiae merengus. Tangannya diletakkan ke atas permukaan katil. Ditariknya kembali tangan itu saat menyedari ada sesuatu yang agak basah di atasnya.

"Air apa ni?"

Berkerut dahi Jiae. Tangannya dihidu. Tiada bau seakan-akan air urine. Bau itu membuatkannya keliru. Permukaan yang melekit , cadar katil yang bertompok putih. Jiae kaku seketika.

"Apa yang Mingyu mimpi sampai keluar air ni?!!"

***

Hohoho. Korang boleh agak tak itu air apa? Yang pastinya bukan urine. xD Pandai-pandai lah fikir. Hee taknak bagitau :3 Shishhh xD

Vote ✔
Komen ✔

✨✨✨

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now