Part 3

7.3K 522 51
                                    

------------------------

"Good morning , omma..."

Digosok-gosoknya mata yang masih kuyu itu dengan sebelah tangan sahaja. Punggungnya dihempas ke atas sofa. Pantas sahaja tangannya mencapai alat kawalan televisyen yang berada di hadapan mata.

Mingyu mula mencari saluran televisyen kegemarannya. Alat kawalan tadi terus dilambung entah ke mana apabila saluran yang sering menjadi tontonannya ada di hadapan mata.

"Yeay!!"

Mingyu bersorak riang. Hampir tercampak senduk di tangan Pn.Shin saat mendengar menantunya itu terjerit-jerit keriangan di ruang tamu rumah itu. Berkali-kali Pn.Shin mengurut dadanya.

"Omma.. Jiae mana?"

Tiba-tiba pula soalan itu yang muncul. Matanya masih tidak lepas-lepas dari memandang skrin televisyen itu sekarang. Pn.Shin melepaskan keluhan ringan.

"Jiae kan kerja. Kamu lupa?"

Pendek sahaja jawapan Pn.Shin. Namun begitu , senyuman manisnya masih tidak lekang dari bibir. "Jiae balik lewat malam nanti." Tambah Pn.Shin lagi. Muka Mingyu masam mencuka.

"Alaaa..siapa nak teman Mingyu tidur nanti?" Mingyu sudah mula merengek di situ. Pn.Shin mematikan dapur gas yang digunakan untuknya memasak. Dia kemudiannya berjalan menghampiri Mingyu yang sedang duduk bersantai menonton rancangan kegemarannya kini.

Oh my baby.

"Tengok rancangan ni? Omma ingat kamu ni minat kartun je." Sapa Pn.Shin dan kemudiannya melabuhkan punggung di sisi menantu kesayangannya itu.

"Mana ada. Baby dalam rancangan ni comel." Kata-kata Mingyu itu membuat Pn.Shin tersenyum. Dilihatnya Mingyu yang sedang begitu khusyuk menonton. Entah faham atau tidak , itu dia ketepikan dahulu.

"Mingyu taknak ada baby yang comel macam tu? Mingyu kan dah kahwin. Boleh ada baby dah."

Mingyu menoleh. Entah bagaimana dia boleh berminat dengan perbualan kali ini. "Macam mana?" Terkebil-kebil Mingyu memandang Pn.Shin.

"Melalui intimasi.. or what we can say , 'making love'?" Mingyu menggaru-garu tengkuknya. Sah , dia memang tidak faham satu apa pun. "Mingyu tak faham." Mingyu kembali memeluk anak patung bunny kesayangannya.

"Takpe. Nanti tanya Jiae." Pn.Shin mengusap belakang badan Mingyu. Mingyu tersengih-sengih. Tak sabarnya dia mahu berjumpa dengan Jiae malam nanti. Satu sahaja persoalan yang bermain di minda Pn.Shin sekarang.

Bolehkah Jiae mengubah perangai Mingyu menjadi seorang yang lebih matang seperti apa yang dia janjikan sebelum ini?

***

Pintu bilik dikuak dari luar. Jiae mengintai ke dalam biliknya melalui celah-celah pintu itu. Satu senyuman terukir dibibirnya. Jiae masuk ke dalam bilik lalu menutup kembali dedaun pintu kamar itu.

Mingyu yang sudah terlena tanpa berselimut dipandang sayu. Comforter ditarik bagi menyelimuti seluruh tubuhnya dari kesejukan. Mingyu mengeliat kecil. Jiae kembali tersenyum apabila melihat Mingyu tidur dengan ibu jarinya di dalam mulut.

"Jjinja kyeo..."

Diciumnya dahi Mingyu. Jiae berjalan menuju ke arah almari bajunya. Gaun tidur berwarna merah dikeluarkan dari pengangkut baju lalu diletakkan ke atas katil.

Jiae mencapai tualanya. Mingyu terkebil-kebil melihat apa yang dilakukan Jiae ketika itu.

Laa , tak tidur lagi rupanya?

Jiae membuka pakaiannya. Mujurlah dengan cara membelakangi Mingyu. Dengan hanya dibaluti kain tuala , Jiae melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan badannya.

Mingyu kembali duduk bersandar-kan bantal di belakang badannya. Pada asalnya , dia hanya mahu menunggu Jiae pulang dari kerja. Tidak sangka pula sampai tertidur.

Haih...

Mingyu menguap. Tersengguk-sengguk dia menunggu Jiae selesai mandi. Tapi sampai sekarang pun masih belum keluar. Mata Mingyu semakin tertutup rapat. Belum sempat dia terlena , bunyi pintu bilik air dibuka kedengaran.

"Ehh , bukan ke Mingyu......"

Jiae tidak dapat menghabiskan ayatnya yang masih lagi tergantung dek terkejut. Mingyu tersengih-sengih di hadapannya. Jiae yang berkemban itu hanya menggeleng.

"Jiae..Jiae.."

Mingyu menggigit hujung jarinya. 'Nak tanya atau tak , ehh?' Mingyu masih bingung memikirkannya. Dia memang mahu tahu bagaimana satu pasangan itu berjaya perolehi cahaya mata. Kata Pn.Shin , adalah dengan berintimasi.

Tapi Mingyu sendiri pun tak tahu maksud disebalik ayat itu. Apatah lagi cara-caranya.

Jiae masih menanti apa yang hendak Mingyu katakan ketika itu.

"Macam mana nak buat baby?"

***

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now