Part 4

7.2K 538 152
                                    

***

"Macam mana nak buat baby?"

Mingyu menemukan kedua-dua jari telunjuk miliknya. Bibirnya dimuncungkan , tidak ubah seperti seekor anak itik. Terkebil-kebil Jiae mendengar pertanyaan tidak masuk akal Mingyu itu.

"M-mana Mingyu tahu semua ni?"

Tersekat-sekat Jiae mahu bersuara. Sungguh dia tidak sangka , secepat itu Mingyu akan mengetahuinya. Jiae mengurut dadanya beberapa kali , cuba untuk menenangkan dirinya yang sungguh cemas ditanya soalan sebegitu.

"Omma kata , Mingyu dah boleh ada baby sendiri. Gyu nak sangat tahu , macam mana orang lain buat baby. Jiae ajarlah Gyu."

Mingyu menggoncang manja lengan Jiae. Gadis itu pula masih diam membisu. Jiae menekan perit liurnya. 'Omma ni kan....' Jiae meniup kembali rambutnya yang berjuntai di hadapan muka.

"Cepatlah cakap , Jiae. Mingyu nak belajar dari Jiae ni." Rengekan manja , penuh kegedikan Mingyu semakin kedengaran. Bibirnya turut dimuncungkan sedepa.

"A-apa kata Mingyu belajar dari Mr.Google?" Jiae menjungkit sedikit kedua-dua belah bahunya. Mingyu mendongak ke siling bilik itu sambil mengurut-urut dagunya , membuat gaya seperti sedang berfikir.

"Okay." Mingyu menjawab pendek. Jiae melabuhkan punggungnya di sisi tubuh Mingyu. Ubun-ubun kepalanya diusap lembut. "Tidurlah dulu , Mingyu. Pagi esok kita tanya Mr.Google sama-sama. Okay?" Tubuh Mingyu dibaringkan perlahan ke atas katil. Ditariknya comforter bagi menutupi tubuhnya itu.

Dahi Mingyu dikucup lembut. Jiae turut baring di sebelahnya. "Mingyu tidur dulu ya sayang?" Jiae mengelus rambut Mingyu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.

Mingyu terlena. Diikuti Jiae yang dari tadi keletihan. Setelah Jiae didapatinya sudah terlena dibuai mimpi indah , Mingyu mula tersengih-sengih. Perlahan lahan dia turun dari katil.

Pintu dikuak perlahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Mingyu berjalan keluar dari bilik itu tanpa menutup kembali dedaun pintu.

Dicapainya komputer riba milik Jiae lalu dibawa ke aras bawah. Mingyu kemudiannya menghidupkan komputer riba itu. Hatinya sudah pun menjerit riang mahu mengetahui perkara itu.

"Apa nak tulis ya?" Bisik Mingyu yang kebingungan itu. Kepalanya diketuk perlahan dengan tangan , mengharapkan hasil yang bernas dari otaknya ketika itu juga.

"Cara buat baby?"

Tajuk itu akhirnya berjaya dibawa keluar dari otak Mingyu. Digarunya kepala yang tidak gatal itu. Satu persatu butang papan kekunci komputer riba itu ditekannya.

Akhir sekali , jari telunjuknya menekan butang papan kekunci 'search'. Pilihan laman web yang akan memberi jawapan pada persoalannya muncul di skrin.

Mingyu menggosok kedua-dua tapak tangannya yang mulai membeku. Tanpa melihat pun info di bawah tajuk yang dipaparkan pada skrin , dia hanya memilih laman web yang mahu dibacanya.

Belum sempat matanya membaca ayat pertama yang terpapar di skrin komputer riba milik Jiae itu , satu laman web yang lain tiba-tiba sahaja muncul.

"Waaaa... banyaknya video."

Mingyu ternganga luas. Tanpa menunggu lama , dia menekan salah satu daripada video-video yang berada di hadapan matanya. Video berdurasi 25 minit itu ditontonnya dengan penuh minat.

Walaupun video itu pada mulanya agak menyeramkan , Mingyu mulai faham setiap 'sentuhan' yang diberikan lelaki kepada perempuan yang ada di dalam video itu. Mingyu menekan liur saat melihat adengan yang tidak sepatutnya dia tontoni.

Matanya tidak lepas-lepas dari menatap skrin komputer riba itu. Malah wajahnya didekatkan lagi bagi mendapatkan pandangan yang cukup jelas. Mata Mingyu membuntang luas.

"Moan for me , baby..."

***

Ohohoho.. otak suami Hee dah tercemar xD Well , pada asalnya dia memang byuntae pun. Ahahahaha.

Vote ✔
Komen ✔
Follow ✔

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now