Katja

88 2 0
                                    

Kepulangan suaminya disambut dengan girang oleh Sarah. Hampir seminggu lebih suaminya berkelana ke Moscow, Russia kerana urusan kerja.

Kevin berjalan menuju ke arah isterinya yang setia menunggu di balai ketibaan KLIA. Sarah tersenyum girang apabila suaminya seraya memeluk dan mengucup dahinya tanda kerinduan.

'U missed me so much, don't u?'

'Well, can't stop thinking about u. Even the famous Gorky Park cannot beat your charm,' Kevin memuji isterinya lantas berjalan menuju ke car park. Kereta dihidupkan oleh Sarah. Indikator minyak berkelip menandakan minyak kereta kurang.

' U ada beli apa-apa yang famous dekat Russia kat I?' Rengek Sarah. Kereta Peugeot 207 yang dipandunya meluncur laju.

'I belikan U patung Katja. Rare item. U will like it,' Kevin mengeluarkan patung berwajah seram yang diperbuat dari porcelain.

'Orang sana cakap patung ni mistik. Kalau kita tenung mata Katja lebih 20 saat dan patung ni bekerdip, itu bermakna kita telah disumpah. I tak percaya, inikan pula U.' Kevin bercerita. Isterinya hanya mencebik menafikan tahyul tersebut.

'Why not U cuba tenung,'

'Nantilah I cuba. Malam ni I nak tenung isteri I ni,' Kevin menjeling manja.

Setibanya di Petronas, mereka keluar. Patung Katja yang dilempar ke seat belakang ketawa mengekek; tanpa mereka sedari.

Certot(s)Where stories live. Discover now