"Kamu sedia akur jika pihak Utara ingin terus kekal bawah naungan kami?" tanya Penguasa.
"Bagi pihak Selatan, penyatuan akan terus menguatkan kami selaku tanah merdeka. Namun kami sedia maklum akan perbezaan mazhab kami, dan akur jika pihak Utara ingin terus bernaung bawah lembayung Penguasa,"
Penguasa mengurut-ngurut dagu.
"Di Utara majoritinya cucu-cicit kami yang erat berpegang dengan mazhab Protestan. Kami musykil jika mereka ingin bersatu dengan pihak Selatan yang rata-rata bermazhab Katolik. Apa-apa pun, kami cuba dapatkan reaksi dari Utara,"
"Baiklah, terima kasih Penguasa,"
***
April 1998.
"Seperti sedia maklum, majoriti pihak Utara ingin terus kekal berada bawah naungan kami. Hanya segelintir sahaja yang mahu menyertai pihak Selatan. Jadi, secara automatik kami masih lagi berkuasa penuh ke atas pihak Utara,"
"Ya, Penguasa. Kami akur," jawab pihak Selatan.
"Ini merupakan perjanjian bertulis menyatakan 1) Pihak Selatan tidak boleh memaksa pihak Utara untuk menyertai pihak Selatan menuntut kemerdekaan dan 2) jika majoriti pihak Utara tiba-tiba beralih angin ingin menyertai pihak Selatan, barulah kami lepaskan pihak Utara untuk menyertai kamu. Faham?"
"Faham," pihak Selatan terpaksa akur lalu menurunkan tandatangan.
YOU ARE READING
Certot(s)
Short StoryMengumpulkan koleksi certot (cerita kontot) yang kurang dari 200 patah perkataan. Ada sesetengah certot pernah dihantar ke peraduan tapi tak pernah terpilih. Ada juga certot yang ditulis ketika sedang bosan. Selamat membaca. Terima kasih.