Huzairi melangkah laju menyusuri jalan merah menuju ke sebuah ladang sawit yang luas kepunyaan peneroka Felda paling veteran di situ, Pak Kasem. Kali ini dia nekad. Tandatangan Pak Kasem diperlukan untuk perjanjian yang dikatakan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Setelah sampai, kelihatan Pak Kasem telah menunggu di sana sambil menggulung-gulung rokok daun.
'Pak Kasem jelas bukan tentang temujanji kita petang ni?'
'Kalau aku taknak sign macam mana?'
'Semua peneroka dah sign, Pak Kasem. Diorang semua dah dapat 5 ribu setiap seorang sebagai pendahuluan kerana menurunkan tandatangan tanda setuju menjual tanah kepada syarikat untuk diuruskan. 5 ribu bukan nilai yang kecil anak Pak Kasem. Lagipun, tanah area ni sangat bernilai kerana ada logam bauksit di dasarnya,' Huzairi terus meracun.
'Bauksit tu apa?'
'Err. Bauksit ni... Err lebih bernilai pada emas Pak Kasem. Alah, Pak Kasem sign dulu. Lepas sign, saya bagi terus cash 5 ribu ringgit ni. Lepas tanah Pak Kasem diteroka nanti, barulah syarikat memberi komisen lumayan kepada Pak Kasem seperti diwartakan dalam surat perjanjian. Fuhhh.. Kalau kena cara, Pak Kasem akan bergelar jutawan!'
Pak Kasem termenung sejenak. Gelap mata dia mendengar perkataan jutawan. Lama benar dia berfikir.
'So, macam mana?'
'Aku setuju,' balas Pak Kasem lalu menurunkan tandatangan.
YOU ARE READING
Certot(s)
Short StoryMengumpulkan koleksi certot (cerita kontot) yang kurang dari 200 patah perkataan. Ada sesetengah certot pernah dihantar ke peraduan tapi tak pernah terpilih. Ada juga certot yang ditulis ketika sedang bosan. Selamat membaca. Terima kasih.